Ahad, 8 September 2013

Rendang Ayam Ala-ala Satay

Rendang ayam ala-ala satay ni Cik Mooon buat bila rasa malas masak ni terbit. Rempah ratus yang nak digunakan sebagai bahan utamanya ni memang selalu ada dalam peti sejuk Cik Moon blender dan simpan dalam tempat sejuk beku. Boleh tahan sampai 3 bulan. Bila nak pakai, ambil je sikit-sikit. Tambahkan bahan-bahan lain dan dah siap. Yang penting, bila balik dari kerja masih sempat nak masak dengan waktu yang singkat dan sedap pulak tu. Resepi seperti di bawah ini.


Bahan-bahan (1) - Blender:

2 batang serai
1/2 inci lengkuas
1/2 inci halia
1/2 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk teh jintan manis
1/2 sudu teh serbuk teh jintan putih
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 biji bawang merah kecil
1 sudu besar gula putih
Cili kering 6-8 tangkai (kalau nak pedas boleh tambah lagi cili padi)
Garam secukup rasa
Perasa seperti ajinomoto/kiub ayam (optional)
1/2 sudu serbuk kunyit


Bahan-bahan (2)

Ayam 1/2 ekor (sederhana besar potong 6)
Daun kunyit diracik/siat sahaja
4 sudu besar kerisik
200ml santan pekat


Cara Memasaknya:

  1. Dalam satu kuali campurkan bahan blender (Bahan-bahan1) bersama bahan-bahan (2). Masak semuanya hingga harum. 
  2. Angkat dan hidangkan bersama nasi panas dan ikan masin goreng.
  3. Saiz hidangan untuk 6 orang.

Tips : 
Semua bahan-bahan blender diatas  boleh disimpan hingga 3 bulan di tempat sejuk beku. Cik Moon boleh buat banyak-banyak masa cuti hminggu dan simpan. Bila balik dari kerja je boleh terus masak. Ini menjimatkan masa sebab Cik Mooon tak perlu lagi susah-susah nak sediakan rempah ratusnya. Main campak-campak je dah siap....

Apa yang mesti disediakan cuma bahan 2 sahaja. ...kalau bahan 1 memang dah ada.


2 ulasan: