Jumaat, 20 September 2013

Bihun Goreng Simple Giler


Entri ni adalah masakan yang Cik Mun masak pada ari Khamis yang lepas. Konon-kononnya nak buat makan semasa sahur. Pukul 5 pagi Cik Mun masak. Tapi dek kerana nak tunggu makan bila sejuk, terleka Cik Mun buat kerja rumah sampaikan azan dah berbunyi. Sudah-sudahnya, cancell puasa, buat bekal ke pejabat sahaja. Resepinya senang sahaja, tak berat sangat dan amat sesuai dengan orang yang ada alergik kepada makanan yang gatal. Jemputlah tengok resepi seperti yang di bawah ni.


Bahan-bahan

210gm bihun
2 keping` fish cake'
Daun bawang
Daun sup

2 biji bawang kecil*
2 ulas bawang putih*
8-10 ekor ikan bilis*
5biji cili kering* boleh tambah lagi jika mahu lebih pedas

Semua bahan bertanda * ditumbuk hingga lumat

Bahan sos

2 sudu besar tomato paste
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap pekat
1/2 sudu besar gula putih
1/2 sudu teh gula merah
1/4 kiub ayam maggie
Garam secukup rasa
Minyak 3 sudu besar


Cara-cara memasak:

  1. Goreng` fish cake' dan ketepikan.
  2. Tumiskan semua bahan tumbuk hingga naik baunya.
  3. Masukkan semua bahan sos dan air (anggaran 1 cawan/150ml) untuk melembutkan bihun.
  4. Masukkan bihun dan sebatikan dengan semua bahan-bahan.
  5. Akhir sekali, taburkan daun bawang,daun sup dan `fish cake'.
  6. Sedia dihidangkan.

Saiz hidangan untuk 2 orang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan