Memaparkan catatan dengan label MASAKAN ULAM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MASAKAN ULAM. Papar semua catatan

Isnin, 18 November 2013

Kaduk Naik Junjung

Bak pepatah lama melayu ada yang mengatakan.. Jangan jadi kaduk naik junjung. Tapi bagi Cik Mun dalam kes ni lagi Cik Mun suka. Banyak la Cik Mun boleh makan ulam kaduk kalau sampai ke junjung naiknya. Ulam ni Cik Mun petik dari belakang rumah je. Tanah untuk berkebun ulam-ulaman ni tak lah sebesar mana, tapi cukup untuk keluarga Cik Mun.


 Secekak pucuk kaduk yang telah disiang.


Wajah kaduk yang telah direbus. Rebus kejap je tau, 
lebih kurang 30 saat dalam air menggelegak.



Sambal belacan sebagai Air cincahnya.

Yang rebus-rebus tu Cik Mun `confirm' semua orang tahu. Tapi kalu nak buat air cincahnya, macam biasa la...Rupa sambal belacan yang Cik Mun buat cam gini...



Bahan-bahan:
Semua bahan-bahan ni ditumbuk
  1. Cili padi 3 biji (Kalau nak pedas boleh tambah lagi)
  2. 8-10 ekor ikan bilis
  3. 1/2 sudu teh belacan
  4. 1/2 sudu teh garam
  5. Perasa ajinomoto (Cik Mun tak letak sebab ikan bilis dah manis)
  6. 1/2 sudu teh gula 
Jika ada yang terkurang, bolehlah adjust rasanya.Saiz hidangan untuk 2 orang.



Makan pulak dengan ikan masin kedera + ikan temenung goreng...nyum nyum nyum...


Jumaat, 15 November 2013

Kerabu Salad Lemak Manis


Terasa penat jika balik dan nak masak lauk pauk yang berbagai renyahnya. Cukup sekadar ulam salad dan ikan goreng saja. tapi mesti boring kalau salad tu takde apa-apa sentihan `magis' nya. Cik Mun cadang petang ni nak buat Kerabu Salad Lemak Manis. Resepi dan bahan-bahanya adalah seperti berikut:


Bahan-bahannya:

1 cekak salad

2 ulas bawang merah (racik halus)
3-5 helai daun kesom (racik halus)
1 biji air perahan asam limau nipis
1 cekak kelapa parut **
5-7 biji cili padi (jika nak pedas boleh tambah lagi)*

1 sudu teh belacan*
1 sudu teh garam*
5-8 ekor ikan bilis*


Semua bahan bertanda *  hendaklah ditumbuk halus.
Bahan bertanda ** ditumbuk sedikit sahaja / tumbuk main-main sekadar malayukannya.


Cara-cara membuatnya:

  1. Hiriskan secara kasar daun salad.
  2. Masukkan semua bahan hirisan dan bahan yang diracik halus dengan bahan yang ditumbuk halus(*) dan bahan yang ditumbuk main-main itu (**) .
  3. Adjust rasanya dengan menambah apa-apa yang kurang seperti gula dan garam.
  4. Sedia dihidangkan.
Saiz hidangan untuk 3 orang.

Close -up sikit!
Cuba lah!


Ahad, 24 Februari 2013

Bendi Panggang Budu


BENDI PANGGANG BUDU

Suka makan ulam bercincah budu. Tapi xde masa nak buat masakan secara berasingan. Mari cuba resepi ni. ringkas dan jimat masa. Cik Mun suka sangat.


Bahan-bahannya

Bendi
Budu
Cili padi (sebanyak mana pedas yang dikehendaki)
Bawang kecil
Cili padi
Gula, asam jawa & garam secukup rasa


Cara-cara membuatnya:

  1. Bendi dipotong kepala dan ekornya.
  2. Cili padi ditumbuk bersama bawang dilumur kepada bendi.
  3. Bendi kemudiannya dipanggang menggunakan pemanggang yang berpenutup sehingga ianya masak dengan anggaran masa 5 minit dengan api sederhana. (Cik Mun menggunakan Pemanggang Ajaib Ikan. Tapi kalau nak panggang menggunakan bara/kayu biasa pun boleh juga...)

Petua:

Bendi dibasuh dahulu sebelum dipotong bagi mengelakkan lendirnya keluar semasa proses melumur/semasa memanggang.