Memaparkan catatan dengan label Udang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Udang. Papar semua catatan

Khamis, 16 April 2015

Peria Masak Sweet Sour Sama Udang

Gambar : Peria Masak `Sweet Sour' Sama Udang


Rasa nak makan peria pulak kebelakangan ni. Kalau makan yang dibuat kat kantin tu, selalunya makcik kantin akan buat goreng peria sama telur. Agak bosan sikit sebab Cik Mun sukakan peria yang dicampurkan dengan udang. Tapi kalau nak yang macam-macam tu, baik buat sendiri kan... Kalau nak cuba, resepi dan cara membuatnya seperti di bawah ni...

 
Bahan-bahannya;

1 biji (300gm) peria ( di rendam dlm air garam 1/2 jam sebelum masak, toskan )  
250 gm udang  (buang ekor dan kepalanya)
Garam, asam keping @ Air asam jawa (secukup rasa)
Gula merah 1/2 sudu makan & gula putih 1 sudu makan
Perasa (jika perlu)

 

Bahan Kisar;

3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah, 
1 biji bawang besar
+/- 10-15 tangkai cili kering 

1 sudu teh belacan

Cara-cara Memasaknya:
  1. Tumiskan semua bahan kisar hingga garing/naik baunya dan pecah minyak
  2. Kemudian masukkan peria, garam, asam keping, gula merah, gula putih dan perasa secukupnya. Jika suka berkuah boleh tambah sedikit air. kacau sehingga peria separuh empuk. 
  3. Masukkan udang dan tunggu hingga udang kemerahan menandakannya masak.
  4. Angkat dan siap dinikmati dengan telur goreng dadar. Selamat mencuba...

Saiz hidangan : 4 orang makan. 


Jumaat, 6 Februari 2015

Masak Lemak Kuning Udang Sama Betik Tua




Pernah makan betik masak pelbagai sikit tak? Ada sesetengah orang yang bukan berasal dari kampung mungkin tak tahu betik tua ni boleh buat macam-macam. Kalau Cik Mun, berasal dari Daerah Hulu Perak memang dari kecil dah diajar mak dan ayah untuk makan bahan-bahan yang ada di sekeliling rumah/kampung je. Sebut je pucuk yang pelik2, masakan yang pelik pun, Insya Allah ada pengalaman memakannya.

Malas nak membebel panjang-panjang...(malas nak menaip), meh `zoom in' resepi dan cara memasak seperti di bawah ni ye...


Bahan-bahan

300 gm udang
2 sudu teh serbuk kunyit
4 jurai biji betik (potong kiub)
400ml pati santan
1 batang serai (dititik)
4 biji cili padi (jika suka pedas boleh tambah lagi)*
1/2 sudu teh belacan*
3 biji bawang merah*
1 ulas bawang putih*
1 hiris asam keping
perasa (optional)

Bahan-bahan bertanda * ditumbuk halus.



Cara-cara memasaknya:


  1. Dalam satu bekas, satukan semua bahan  yang bertanda *, asam keping  dan betik. Tunggu hingga betik  empuk. 
  2. Masukkan udang dan santan. Sentiasa kacau untuk elakkan santan bergentel.
  3. Perasakan dengan garam dan perasa secukupnya.
  4. Angkat dan hidangkan dengan nasi panas beserta ulam-ulaman mentah.
Saiz hidangan untuk 4 orang. 

*Udang jangan dimasak terlalu lama, cukup sekadar merah kulitnya. Jika terlalu ama, isi udang akan terlebih masak dan jadi keras...

Isnin, 22 September 2014

Udang Goreng Kunyit Simple

Bosan asyik semenjak dua menjak ni beli kat kedai. Teringin nak masak tapi malas. Kita masak yang simple-simple je lah! Semua orang pun konpem reti masak yang cam gini-gini kan? pejam mata je..

Tapi Cik Mun nak `share' jugak kat sini sebab nanti-nanti Cik Mun nak tegok bila  rasa tension  kat opis. Kalau nak tahu, bahan-bahan dan cara memasak seperti kat bawah ni...

Bahan-bahannya:

300 gm udang putih
1 biji bawang besar
1 biji cili besar
Garam secukup rasa
1/2 sudu serbuk kunyit
Minyak secukupnya untuk menggoreng


Cara-cara memasaknya:

  1. Salutkan udang dengan garam dan serbuk kunyit.
  2. Goreng udang di dalam minyak panas bersama-sama dengan bawang dan cili besar.
  3. Tunggu hingga udang masak- kulit udang bewarna merah- dan bawang layu - Lebih kurang 2 minit. (Masa bergantung kepada saiz udang. Kalu udang kecil kurangkan masa)
  4. Angkat dan hidangkan bersama nasi panas. (Makan dengan kicap lagi sedap wo....) 

Saiz hidangan: 1 org makan


Khamis, 24 Julai 2014

Tomyam Udang Bersayur Simple Sedap







Al cerita, di bulan Ramadan Tahun 2014 ni, Ramadan yang ke 26 baru la Cik Mun datang rasa rajin nak mengupdate blog yang dah bersawang ni.

Bukannya malas nak masak, tapi tak sempat nak `shooting' je. maklumla, badan penat dan lese seharian berpuasa, nak `shooting' berbagai lagi...Lain la kalau Cik Mun `full time housewife' kan?

Tu la yang blog ni sepi je tanpa `post-post' terbaru dari Cik Mun. 

Kalau dulu, selang sehari je Cik Muna kan `update' kan je. Tapi sekarang ni, dengan kesibukan tugas kat opis dan rumah buat Cik Mun lupa sebentar kat dunia blog ni. Sekadar membaca yang kawan-kawan punya je.. tapi lupa nak `update' yang sendiri punya.

Tapi terkejut jugak Cik Mun bila buka blog yang dah sebulan tak dijenguk ni, Cik Mun dapati ramai juga yang singgah di blog Cik Mun, ada juga pertambahan bilangan `blogger' yang join jadi member. Semangat Cik Mun timbul balik. terima kasih kepada semua yang sudi singgah dan sudi baca blog picisan yang tak seberapa ni...

Apa pun, tak ada yang kosong untuk hari ni, Cik Mun nak kongsi dengan semua, satu resepi yang biasa-biasa, tapi dibuat dengan penuh kasih sayang dan doa, untuk keluarga Cik Mun yang tersayang...


Bahan-bahan:

400gm udang
1 batang serai (dititik)
3 ulas bawang putih (dititik)
1 biji bawang besar sederhana kecil
1 biji kiub tomyam (Cik Mun guna Jenama Knorr)
½ biji kiub ayam (Jenama Knorr jugak)
80gm cendawan tiram (3-4 tangkai cendawan je)
2 inci caret
1 helai daun limau urut
1 keping asam keping
1 biji tomato
3 biji cili api (Cik Mun tak letak pun- sebab x suka pedas)


Cara-cara Memasaknya:

  1. Panaskan air dalam periuk, masukkan serai, bawang putih, bawang besar yang telah dipotong, bersama dengan kiub ayam, kuib tomyam dan asam kepig. Tunggu hingga caret sedikit empuk.
  2. Akhir sekali masukkan cendawan, garam dan daun limau purut.
  3. Sedia dihidangkan dengan telur dadar dan nasi panas.

Saiz hidangan untuk 4 orang.

Selasa, 3 September 2013

Udang Sweet Sour Dan Petai



Sedapnye bukan main lagi. Tapi malangnya masakan ni Cik Moon tak boleh nak makan banyak-banyak. Entah kenapa Cik Mooon akan sakit perut memanjang je kalau makan petai. Tapi lantaklah. kalau sikit sakit tu, sesekali `mencemar duli ' katakan... 


Bahan-bahan:

100gm udang (8-9 ekor) bersaiz sederhana
petai 10-12 mata 
1/2 sudu  gula merah
1/2 sudu gula putih
garam secukup rasa
air asam jawa secukup rasa
8-10 tangkai cili kering*
1 labu besar bawang besar*
1 bii bawang kecil*
2 ulas bawang putih*

 Bahan-bahan bertanda * ditumbuk/blender.


Cara-cara:

  1. Tumiskan dengan sedikit minyak semua bahan tumbuk/blender hingga naik baunya.
  2. Masukkan petai, gula putih, gula merah, air asam jawa dan garam hingga semuanya secukup rasa.
  3. Masukkan air sekiranya mahu berkuah. Tunggu hingga mendidih dan akhir sekali masukkan udang.
  4. Hidangkan bersama nasi panas.  
 Hidangan sesuai untuk 3 orang.
 

Khamis, 21 Mac 2013

Masak Lemak Kuning Udang Bersama Kacang Pin Dan Carot.

Hari-hari dalam minggu ni Cik Mun buat masak lemak kuning. Nak buat camner. walaupun Cik Mun tak suka, ada ramai peminat kat rumah tu. Buat je lah. Janji orang-orang yang Cik Mun sayang semua puas makan. Ni resepinya. Jom le kalau nak `try'...


Bahan-bahan:

  1. Udang 100 gram
  2. 10-15 batang kacang pin 
  3. 4 inci carot
  4. 300 ml pati santan kelapa
  5. 1 keping asam keping
  6. Garam secukup rasa
  7. Serai*
  8. 2 labu bawang merah kecil*
  9. 1 ulas bawang putih*
  10. 2 biji cili padi*
  11. 2 tangkai cili kering*
  12. 1/2 teh sudu belacan*
Semua bahan bertanda * ditumbuk hingga hancur.


Cara-cara memasak:
  1. Di dalam satu periuk masukkan bahan tumbuk dan sayur-sayur yang telah dipotong dan dibersihkan.
  2. Tuangkan 200 ml air bersama-sama santan, asam keping dan garam. Tunggu hingga mendidih.
  3. Setelah mendidih, masukkan udang dan angkat setelah udang nampak kemerahan.
  4. Angkat dan hidangkan dengan nasi panas.
  5. Saiz hidangan untuk 6 orang.  
 Petua:
  1. Jika memasak lauk bersantan, guna api kecil dan selalu mengacaunya bagi mengelakkan santan bergentel/pecah minyak.
  2. Diingatkan juga agar jangan memasak terlalu lama bagi mengelakkan keadaan di atas.