Memaparkan catatan dengan label Mee. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mee. Papar semua catatan

Rabu, 11 Februari 2015

Mee Sizling Si Mee Sanggul

 `Hot Plate Sizzling Mee' Cik Mun yang `first time' guna....he he he...

 Sape yang pernah makan mee sizling...? Selalu makan...?
selalu kot kalau sesiapa yang duduk kat tempat meriah ak.k. `town' tu mesti banyak gerai/medan selera/shopping `complex' yang ada buat menu tu kan?
Makan hingga menjilat sudu garpu.........

Tapi Cik Mun ni duduk kat kawasan pedalaman sikit. Bukannya bandar tapi pekan je...`so', tempat makan pulak `limited' dan kalau nak makan kena la pergi tempat-tempat ada jual benda alah ni...

Kalau dapat makan kat gerai yang dah jauh-jauh pergi ni... dikecewakan pulak dengan hidangan yang tak serupa yang diharapkan. Kecewa sungguh. Dah la kita mintak lebih (dan `willing to pay more') tapi dikecewakan dengan ayam dan sayur yang ditelakkan pun tak banyak.. kuah sikit...sakit hati betol...
Kasi meriah sikit. Ada telur, sayur, taugeh... 
alamak! sambal lupa pulak nak letak!

Kepada sesiapa yang ada rasa sakit hati dan rajin macam Cik Mun, meh kita buat sendiri mee sizzling. Tak payah nak beli kat gerai-gerai yang kedekut tu! Resepi dan cara memasak d bawah ni...Che ki daout!



Bahan-bahannya:

1 bungkus @ +/- 150grm mee sanggul kering
250 gram ayam  (potong kecil-kecil)
75 gm cendawan butang segar
1 kiub ayam knorr
5 sudu makan kicap jalen lemak manis
2 sudu makan kicap pekat
Garam
Lada putih
3 sudu makan sos tiram
4 sudu makan tepung jagung (bancuh dengan air biasa/paip)
3 ulas bawang putih
1 biji bawang kecil
1/4 inci halia muda
Minyak bijan secukupnya untuk menumis 


Makanan lain sebagai penambah selera...
  1. Telur (dipecahkan dalam mee sizzling dalam hot plate)
  2. Sayur sawi bunga (Cik Mun guna sawi bakchoy sebab itu je yang ada dalam peti ais)- celur dan ketepikan
  3. Taugeh (kat kedai tak letak pun tapi Cik Mun letak jugak nak kasi meriah)- celur dan ketepikan

Sambal sizzling sebagai penambah selera...
  1. 10-15 tangkai cili kering (direbus hingga lembut)
  2. 2 sudu makan cuka
  3. 2 sudu makan gula
  4. 1 ulas  bawang putih
  5. Sedikit halia 
  6. sedikit garam
Semua bahan di atas dimasak atas api hingga mendidih. Tambahkan lagi apa-apa bahan dari 1-6 yang dirasakan perlu.



Cara-cara memasaknya:

  1. Tumiskan bahan tumbuk hingga naik baunya.
  2. Masukkan ayam, sos tiram, air, cendawan butang dan kiub ayam. Tunggu hingga cendawan dan ayam empuk.
  3. Masukkan lada sulah, kicap pekat, kicap lemak manis dan bancuhan tepung jagung. 
  4. Rasa dan masukkan garam lagi sekiranya perlu. (Jangan terlalu banyak garam kerana kiub ayam, soso tiram dan kicap sudah agak masin)
  5. Angkat dan hidangkan bersama dengan sayur celur dan sos sizzling.

Saiz hidangan : 7 orang makan.

Rabu, 22 Januari 2014

Maggie Kari `Otter'

Balik dari kerja pada hari Jumaat yang lepas teringin sangat nak makan maggie kari. Dah lama sangat rasanya tak makan maggie kari. Cik Mun buat magie kali ni meriah sangat dengan sayur sebab Cik Mun suka makan sayur. Lagipun, biarlah sekadar kari tapi pastikan semua nutrisi pemakanan lengkap dalam sepinggan hidangan. Hidangan ni untuk Cik Mun dan yang hidangan satu lagi yang kat bawah tu untuk husben. Kuahnya pula Cik Mun otter sikit sebab tak nak gunakan sepenuhnya perencah yang dibekalkan di dalam bungkusan maggie tu. Sekurang-kurangnya, kurang lah sedikit perasa bahan kimia dalam tubuh badan ni kan? Lagi pula, anak-anak Cik Mun masih kecil lagi dan semua bahan kimia ni lagi baik sekiranya dikurangkan.


Hidangan ni Cik Mun tambahnkan telur mata kerbau. Cik Mun punya hidangan takde telur mata kerbau sebabnya Cik Mun rasa ayam dan isi ikan pun dah cukup banyak. Resepi adalah seperti berikut.


Bahan-bahannya:

3 bungkus maggie kari (Cik Mun celur dan ketepikan)
1 papan isi ikan
1 ketul ayam (bahagian dada-potong kiub)
Sedikit bunga kubis
Sedikit brokoli
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit Daun bawang (hiasan)
Sedikit bawang goreng (hiasan)
2 biji limau kasturi (ambil jusnya)
5-7 biji cili padi
 1 biji telur (digoreng mata kerbau)
Bahan sos
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos ikan


Cara-cara memasaknya:
  1. Tumiskan bawang merah, bawang putih yang dimayang halus bersama dengan dan isi ikan hingga garing/naik baunya.
  2. Masukkan air secukupnya anggaran sendiri sebagai kuah diikuti dengan sayur caret, brokoli, bunga kobis dan perencah magie. (Cik Mun gunakan hanya 2 paket perencah walaupun jumlah maggie yang digunakan adalah 3 bungkus)
  3. Masukkan semua bahan sos dan tambahkan jika ada apa-apa yang kurang.
  4. Angkat dan hidangkan bersama dengan maggie yang telah dicelur. Sudahinya dengan hiasan daun bawang, telur mata kerbau, cili padi dan bawang goreng.
Saiz hidangan adalah untuk 4 orang.


Rabu, 27 Mac 2013

Mee Goreng Berempah

Ni Cik Mun gelarkan sebagai Mee Goreng Berempah. Sebabnya Cik Mun gunakan ayam masak kicap yang semalam punya untuk buat Mee Goreng hasil dari saki baki Cik Mun buat mee jawa. So, Mee yang tak habis dan masak kicap ayam yang tak habis tu, Cik Mun kombine kan sekali. Bijak tak? jimat juga kan. Ini resepinya kalau krang semua takder ayam yang lebihan tu.

Bahan-bahan:
  1. 100 gm mee kuning
  2. 2 pohon sawi bunga
  3. 3-4 ketul ayam dipotong kiub
  4. 2 sudu kicap
  5. 1 sudu teh gula
  6. 1 sudu makan sos tiram
  7. 4 tangkai cili kering* (boleh tambah kalau nak lagi pedas)
  8. 2 labu bawang kecil merah*
  9. 1 ulas bawang besar*
  10. Cili besar  (hiasan)
  11. Sebatang kulit kayu manis.
  12. Sebuji telur gred c
Bahan-nahan bertanda * ditumbuk hingga lumat.
 
 
Cara-cara memasak:
  1. Mee kuning dicelur dan dibuang minyaknya. Ketepikan.
  2. Dalam satu kuali, tumiskan bahan tumbuk hingga naik bau. Letakkan sedikit air dan diikuti dengan ayam (air anggaran cukup untuk menyalut mee dengan bahan tumis.)
  3. Seterusnya masukkan telur, sawi bunga yang dipotong dan mee kuning. Kaup balikkan hingga sekata.
    Siap dihidang dengan hiasan cili besar potong untuk dimakan. Saiz hidangan untuk seorang je...

Rabu, 20 Mac 2013

Mee jawa ala Cik Mun


Petang-petang cam gini lapar rasanya. Bapak mentua boleh makan mee je sebab keras sikit. Kue tiaw dan bihun dia tak suka sangat sebab tekaknya dah rosak akibat pembedahan dulu dan sebabkan dia asyik terbatuk kalau makan. Alang-alang kacang tanah dan udang kering masih berbaki, Cik Mun buat je lah mee jawa. Yang lain-lain tu memang Cik Mun ada simpan stok dalam peti ais. so, xder masalah...


Bahan-bahan
  1. 1 paket mee kuning
  2. 200 gm kacang tanah
  3. 200 gm daging
  4. 1/2 sudu gula merah
  5. 1 sudu gula putih
  6. 1 sudu garam/secukupnya
  7. 10-15 tangkai cili kering*
  8. 1 labu bawang besar*
  9. 3 ulas bawang merah kecil*
  10. 3 ulas bawang putih*
  11. 100 gm udang kering*
  12. Ubi kentang* direbus dahulu sebelum dikisar
Bahan bertanda * dikisar bersama-sama.


Bahan-bahan hiasan
  1. Sawi bunga dicelur
  2. Sedikit Taugeh dicelur
  3. 4 biji Telu direbus hingga masak
  4. 4 keping Taufu digoreng garing
  5. 4-5 tangkai cili besar dipotong


Cara memasak kuah:

  1. Tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
  2. Masukkan air secukupnya untuk dijadikan kuah. 
  3. Setelah mendidih, masukkan kacang tanah dan daging. Tunggu hingga daging empuk. Perasakan dengan garam, gula
  4. Setelah daging empuk, angkat dan hidangkan dengan mee yang telah dicelur. Susunkan bahan-bahan hiasan.
  5. Suap untuk dimakan. Saiz hidangan adalah untuk 8 orang.