Memaparkan catatan dengan label Mendidik Anak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mendidik Anak. Papar semua catatan

Khamis, 21 Januari 2016

Bila Alien Datang Ke Bumi

 Alien 2 beradik

 
Takut tak tengok?

Bila ibu pergi kerja dan abang serta adik dijaga oleh ayah, (sebab adik demam) beginilah mereka. Si ayah pula melayan apa saja projek sains (`kononnya') yang abang dan adik nak buat. Itu sebenarnya pengaruh daripada cerita sains comot yang selalu ditonton oleh abang Iskandar dalam saluran Astro Ceria.

Hmn hmn... bagus jugak lah kalau macam tu. Asal jangan terlalu banyk tengok tv dan main tab udah ler ye ayah cd!

Rabu, 13 Januari 2016

Tazkirah buat Abang Iskandar

 Gambar 1


Gambar 2.

Semalam terbaca di dada akhbar dan media sosial facebook tentang 2 budak berhati waja ni. 

Budak di Gambar 1 
Cerita menengnai budak bernama Ipeng yang disedari oleh guru kelasnya yang asyik tak bawak buku ke bagi matapelajaran yang diajarnya di sekolah. hari pertama tak bawak, bila dipesan, hari kedua tak bawak jugak, bila dipesan lagi, hari ketiga pun tak bawak jugak. Cikgunya pun mula rasa nak marah dan memeriksa begnya.

Masa tengok tu, baru cikgu tu sedar yang beg budak tu cuma ada 1 buah buku je. untuk semua pelajaran. Beg yang ada pun lusuh dan dah terkoyak. Masa tu cikgu tu baru tahu yang budak tu orang susah dan hanya tinggal dengan nenek dan atuk setelah kematian ibu dan ditinggalkan tanpa sebarang berita daripada ayahnya.

Budak di Gambar 2 
Cerita mengenai tentang adik Muhammad Adam Faris yang mengidap penyakit kanser tulang yang menyebabkan kainya terpaksa dipotong. Walaupun begitu, adik adam ni masih gigih ke sekolah dengan dibantu dengan ibunya.


Bila baca je cerita yang macam ni, tersentuh rasa hati sebagai seorang ibu. Cik Mun ambil gambar ni dan abadikan dalam telefon bimbit untuk ditunjukkan kepada anak sulung, Iskandar Ibad. Terdiam dia mendengar cerita tentang dua orang budak ni dan berjanji pada Cik Mun untuk belajar bersungguh-sungguh dan hadir ke sekolah setiap hari sama seperti budak-budak kat atas tu.

Itulah caranya Cik Mun tazkirahkan anak-anak Cik Mun. Semoga perkongsian ni ada manafaatnya untuk yang menbaca.
 

Selasa, 5 Januari 2016

Bekal Nasi Goreng Simple 6.01.16

Nasi Goreng Seconet

Selamat Tahun Baru. Selamat menjalani kehidupan baru kepada semua. Pada awal-awal tahun ni banyak perkara baru dan azam baru yang akan dibuat. Contohnya anak baru masuk sekolah ke, baru dapat kerja/bertukar ke tempat baru ke...macam-macam lagi lah.

Azam Cik Mun pada tahun ni adalah untuk menjadi isteri, ibu dan wanita bekerjaya yang lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. Dan tak lupa juga, azam untuk lebih banyak menulis untuk blog yang tak seberapa ni.

Itulah cerita pasal azam. Sekarang ni meh cerita pasal bekal pulak. Cik Mun hari ni bangun seawal pukul 5.20 pagi. Masak nasi, lauk daging masak kicap, sayur campur tumis, telur goreng dadar (untuk makan tengah hari) dan nasi goreng (untuk `breakfast').

Nasi goreng ni untuk bekal Cik Mun dalam bekas kecik tu (sikit udah le sebab sarapan jer pon) dan bekal untuk anak sulung yang baru hari ke 3 dalam darjah 1.  Cik Mun buat bekal yang simple dan tak berkuah untuk dia. Air pulak Cik Mun bekalkan air oren untuk dia.

Hari ni Cik Mun ajar padanya yang Cik Mun tak dapat gaji lagi, tak ada duit so kena bawak bekal. Tapi dalam masa yang sama dah pesan kat makcik kantin supaya benarkan kalau dia nak makan apa-apa kat lantin tu, ambil je dulu dan Cik Mun akan bayar kemudian.

Tak sabar nak tengok apa hasilnya tengah hari masa dia balik sekolah nanti. Habis ke tidak bekalnya. Sebab kalau `first day' dulu, Cik Mun ada bekalkan jugak sandwich roti telur bercheese tapi dia tak nak makan sebab teruja nak beli kat kantin sekolah.

Apa-apa pun, kalau nak tahu resepi masak nasi goreng seperti di bawah ni ye..

Bahan-bahannya:

Bahan bahan:
 
1 mangkuk besar nasi putih
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3-5 biji cili padi - boleh tambah ikut pedas disukai
Segenggam udang kering - tumbuk seketika jer
1 biji telur (Goreng dulu berasingan dan hancurkan)
1 keping fish cake (hiris nipis)
Sayur karet (Cik Mun letak)
Sayur kacang panjang (Cik Mun Tak Letak)
Garam secukupnya
Perasa (optional)
Cara cara:
  1. Tumbuk bawang bawang dan masukkan cili padi. Gaul rata. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi dengan api perlahan bersama dengan fishcake sehingga cili benar benar masak.
  2.  Kemudian, masukkan pula udang kering yang ditumbuk kasar sehingga agak masak, masukkan sayuran. Kacau seketika.
  3. Masukkan nasi dan kacau sehingga rata. Taburkan garam dan perasa. Sesuaikan rasa dan bolehlah ditutup api. Sedia untuk dihidangkan.

Isnin, 9 Disember 2013

Iskandar Demam dan Lawak Bodohnya....

Anak Ibu Iskandar Ibad


Hari ni Iskandar demam. Batuk dan asma. Agaknya berubah angin...sebab dia nak masuk umur 4 tahun agaknya. Masa balik rumah lepas main dengan kawan-kawan, terus je masuk rumah dan berselimut. Sejuk katanya. masa tu tak suspek lagi dia nak demam. Sebab time makan malam laju je dia telan  sampai habis sepinggan.

Alhamdulillah masa tidur malam pun ok jugak Iskandar tu. Tak ada jadi apa-apa terjadi.  Cumanya masa dalam perjalanan nak pergi kerja, Cik Mun sentap jugak la bila Iskandar buat lawak bodoh. Dia tidur di belakang tempat penumpang. Matanya terbuka. Bila dipanggil tak menjawab. Dalam hati masa tu dah berderau darah ni. Risau peristiwa lama berulang kembali. SAWAN!

Masa Iskandar kena sawan dulu, tiga-tiga kali masa kejadian... suami tak ada di sisi. Meraung Cik Mu mintak tolong. Amat menakutkan sebab dari cerita orang-orang tua dan pembacaan yang Cik Mun dapat, sawan ni boleh membawa kepada kecacatan kekal/maut sekiranya terjadi dalam tempoh yang lama.

Pernah suatu ketika masa Iskandar berumur 3 tahun dan terjadi sawan, dia ditahan di Wad Kuala Kangsar. Semasa perjalanan menaiki ambulan ke Hospital Kuala Kangsar, seorang jururawat pengiring (Cik Mun tak ingat namanya) bercerita bahawa beliau mempunyai seorang anak lelaki yang berumur 23 tahun yang mengalami epilepsi kesan daripada  terlalu kerap terkena sawan. 
 
Masa di Hospital Kuala pula Cik Mun ditempatkan di wad kanak-kanak. Lagi sedih kerana ada budak yang berada di sebelah katil anak Cik Mun hampir pekak dan telah bisu. Ibunya yang kepenatan bekerja di kilang nyenyak tidur dan tidak perasan anaknya terkena sawan ketika waktu malam.

Malam ni, Cik Mun dan suami kena bergilir-gilir berjaga malam untuk memastikan tiada apa-apa yang berlaku kepada Iskandar. Jika tidak, pasti kami akan menyesal seumur hidup....

Rabu, 15 Mei 2013

Anak Demam

 Sekadar gambar hiasan dari Google Imej.


Susahnya hati ni bila Muhammad Iman demam. dah 2 3 hari dan sampai sekarang hari yang ke 7 pun ada dema-demim sikit-sikit lagi. bermula dari selsema, batuk dan selepas tu demam pulak.

Bila bekerja pun hati rasa tak tenang. Asyik teringat saja. Alhamdulillah la pekerja kerajaan. Boleh isi borang `pelepasan', dapatkan kebenaran lebih awal dan bawa anak untuk dapatkan rawatan.

Bila malam pulak bersengkang mata, bergilir-gilir dengan suami menjaga anak. Cik Mun selalunya akan stat tidur dari pukul 9 ataupun selepas sembahyang isyak hingga pukul 2 pagi. Selepas tu suami pulak yang akan tidur dan Cik Mun akan berjaga gantikan dia.

Kadang-kadang mungkin ibu bapak yang lain tak buat macam Cik Mun sebab anak mereka mungkin demam sahaja tapi tak kena sawan kalau demam tu panas sangat. Tapi anak Cik Mun ni jenis yang kalau demam panas sangat tu boleh jadi sawan. 

So, kepada ibu bapa kat luar sana tu, jangan lah nak mengeluh kalau anak sakit sampai kita kena bersengkang mata menjaga mereka. Sesungguhnya, malaikat akan turut sama menemani kita dan mendoakan syurga setiap kali pengorbanan sebegini dilakukan...