Memaparkan catatan dengan label Biskut Raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Biskut Raya. Papar semua catatan

Ahad, 22 Februari 2015

Biskut Semperit Simple Sedap

Bekalan siap untuk ke tempat kerja. 12 biji...? cukup la tu. karang kalau makan banyak-banyak kalori pulak....nanti gemok...

Menjelang Hari Raya Cina ni... teringin pulak Cik Mun nak buat biskut raya. Masa Raya Puasa tahun lepas, memang biskut semperit ni salah satu daripada list biskut yang Cik Mun nak buat. Tapi memandangkan banyak sangat biskut raya yang ada (sebab ada juga yang beli selain dari buat sendiri), makanya, tak buat le biskut ni.

Ini untuk dibakar menggunakan Pemanggang Ajaib Ikan.

Untuk mencuba pelbagai kelain dan membuat eksperimen juga, Cik Mun membakar biskut ni menggunakan 2 versi. Ada adunan biskut yang dibakar menggunakan Pemanggang Ajaib Ikan dan ada juga yang dibakar menggunakan oven. Hasilnya berbeza -beza.

Dulang ini untuk dibakar menggunakan avon kecil Cik Mun tu...
 Yang Cik Mun bakar menggunakan Pemanggang Ajaib Ikan tu bawahnya masak ok, tapi yang dalam dan atasnya kurang  masak/masih basah. Kecewa betul Cik Mun.

Siap diangkat dari dulangyang paans, serapkan dulu biskut dengan tisu dapur..

Sudahnya, yang dibakar menggunakan oven jugalah yang masak menjadi kesemuanya, Alhamdulillah, selamat adunan seterusnya daripada tak menjadi biskut yang diidamkan.

Gambar ni sebagai buti, memang Cik Mun buat sendiri biskut ni... ha ha ha...

Kalau ada sesiapa yang nak cuba buat biskut Semperit Cik Mun ni, bahan-bahan dan cara-cara membuatnya seperti di bawah ni...


Bahan-bahannya:

1 1/2 biji butter
1 cawan gula (blender hingga halus dahulu)
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung kastad
3 titik pewarna kuning (kod `yellow egg')
2 biji kuning telur (gred c)
Pewangi (Cik Mun guna pewangi pisang sebab vanila dah abis)

Hiasan : Buah ceri yang dipotong kecil-kecil.

Cara-cara membuatnya:

  1. Dalam satu bekas, satukan butter, gula dan telur. Pukul dengan `mixer; hingga adunan kembang. (lebih kurang 5-10 minit)
  2. Masukkan tepung kastad dan tepung gandum secara berselang seli.
  3. Masukkan adunan ke dalam acuan dan bentukkan hingga menjadi seperti bunga dahlia/semperit.
  4. Letakkan hiasan biskut dengan menggunakan buah ceri.
  5. Bakar menggunakan avon dengan suhu 170 darjah celcius selama 8-10 minit. (bergantung kepada jenis oven)
  6. Angkat dan sejatkan di atas tisu dapur sebelum disimpan/dihidangkan.

Saiz hidangan : 85-95 biji. (bergantung kepada saiz biskut yang dibentuk)


Selasa, 3 Februari 2015

BISKUT SEMPERIT CIK MUN



 Semperit yang dah siap letak dalam bekas. Yang ni nak bawak ke pejabat.

Dah bersawang rasanya blog ni tak ber`update'...rasanya dah 2 bulan kot. Kena `mood' malas...Cik Mun sebenarnya masih masak. Tapi nak menaip ni yang malas...

Semperit ni belum dibakar lagi...kasi testing bakar guna pemanggang ajaib. Cik Mun bakar api kecil 8-10 minit juga bergantung kepada tebal biskut. (tak disyorkan kaedah ni sebab pengalamannya, lembik di tengah)

Takpe lah, memandangkan menjelang Tahun Baru Cina Tahun 2015 ni adik beradik Cik Mun nak datang, Cik Mun pun tumpang semangat tu, buat biskut raya Cina... BISKUT SEMPERIT a.k.a Biskut Dahlia kot?

Biskut ni pulak nak bakar pakai oven je...suhu dan masa, 160o celcius selama 8-10 minit bergantung pada ketebalan biskut dan jenis oven. (Yang ini disyorkan kaedahnya...)

Kalau nak `try' version yang Cik Mun punya, resepi dan cara-cara membuatnya seperti di bawah ni...


Bahan-bahannya;

1 ½ butter

2 cawan tepung gandum

½ cawan tepung kastad

1 cawan gula (diblender halus)

3 titik pewarna kuning (`yellow egg’)

Secubit garam

Pewangi pisang (sebab esen Vanila Cik Mun dah abis)

Kuning telur

Ceri (untuk hiasan)



Cara-cara Membuat/memasak:

  1. Dalam satu bekas, satukan gula, butter, garam, kuning telur dan `yellow egg’. Pukul hingga semua bahan sebati serta gula dan butter kembang. (Anggaran kira-kira 8-10 minit).
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. 
  3.  Rehatkan adunan. Tapi kalau nak buat terus pun bon boleh juga...
  4. Terapkan/picitkan ikut besar/nipis biskut dikehendaki.
  5. Hiaskan dengan ceri merah/hijau...
  6. Bakar dalam oven dengan suhu 160o celcius selama 5-8 minit bergantung pada jenis oven dan ketebalan biskut semperit yang dibuat.

Rabu, 24 September 2014

Baulu Cermai Dan Baulu Gelugur Tidur

 Inilah rupanya baulu cermai.

Ini pulak baulu Gelugur Tidur.

Biskut ni memang glamer bila time raya. Sebenarnya kalau beli pun RM16.00 dah boleh dapat dalam 45 biji. Tapi memandangkan Cik Mun bukan je nak 45 biji. Tapi nak pakai 200 biji. Almaklumlah. kena bagi kat 4 biji rumah. (umah mertua, umah arwah mak dan ayah sendiri, umah sendiri dan umah pengasuh anak-anak). Kalau beli je walaupun RM16, kalau dah 4 biji dah RM64 henggit. Cik Mun pun tray la buat dan kalau nak tahu, modalnya cuma RM16 untuk lebih kurang 213 biji baulu. Tapi sarang yang Cik Mun gunakan kecil sikit la berbanding dengan baulu yang dijual kat kedai tu...tapi tak kisah la janji puas hati dan sedap dimakan.

Kalau nak ikut jejak langkah Cik Mun, jadik menantu, isteri dan majikan yang baik, meh kita buat-buat rajin, buat biskut dan kuih raya sendiri. Kalau nak tahu bahan dan cara membuatnya, tengok resepi dan cara membuatnya kat bawah ni ok! Gambar pun ada sekali...

 
Arwah mak Cik Mun suka gunakan esen pisang. Cik Mun pun gunakan yang ni walaupun ada beberapa blog yang Cik Mun rujuk banyak yang gunakan esen vanila/ros. Guna 4 sudu teh je tau.

2 sudu teh Ovalet untuk menggebukan kuih bahulu.

 2 sudu teh `Baking powder'/serbuk penaik.

 1 kg gula, penyedap rasa...bakar dulu ye...

23 Biji telur. Cantik tak emosi diaorang tu?

1 kg tepung gandum. Goreng/bakar dulu ye...

Adunan yang sudah siap di `mixer'.

 Adunan yang dah siap disudukan ke dalam acuan bahulu cermai

 Adunan yang dah siap disudukan ke dalam acuan baulu gelugur tidur.

 Cik Mun bakar guna oven tua ni la... Kejap bakar kat atas, kejap tu tukar pulak bakar kat bawah. Gilir-gilir la, baru sekata masaknya.

 Minyak dan `berusnya'. Cik Mun gunakan serai sebab arwah mak Cik Mun masa kat kg dulu2 akan gunakan serai yang diketuk pada baahgian hujung ni sebagai berusnya untuk sapukan minyak.




Bahan-bahan (Dalam 213 biji) :

23 biji telur gred A
1 kg gm gula halus
4 sudu kecil esen pisang
2 sudu kecil ovalette
1 kg  tepung gandum diayak
2 sudu kecil baking powder diayak
sedikit minyak untuk sapu pada acuan bahulu
 

CARA-CARA:


1. Pukul telur dan gula sehingga kembang dan pekat.

2. Ayak tepung dan baking powder kedalam adunan yang telah dipukul dan kacau adunan dengan sudu je...

Tips 1. Sebelum bakar bahulu, isikan acuan dengan minyak dan bakar dalam oven selama 10 minit untuk memanaskan acuan dan supaya adunan tidak melekat. (Cik Mun gunakan api dapur je nak panaskan acuan. Itu pun boleh jugak...).

Tips 2. Sediakan kain yang dibalut pada kayu untuk sapukan minyak ke acuan setiap kali sebelum masukkan adunan ke acuan.

Tips 3. Bakar gula dalam oven sebentar sebelum guna sehingga agak-agak hangat dan terus tuang kedalam telur. Tips ini untuk ketahanan kuih bahulu. Tahan sehingga sebulan tanpa pengawet. Kalau tidak mahu buat cara ini, kuih bahulu boleh tahan selama 2 minggu. In sha Allah.

Tips 4. Untuk meringankan kuih bahulu, bakar tepung dalam oven/ (Cik Mun goreng tepung) .... Tapi jangan terlalu lama. Cuma sebentar sahaja dan tepung agak-agak hangat. Ini sama juga seperti kaedah orang diulu-dulu menjemur tepung.

Peringatan! Suhu bakar 180C / bergantung kepada jenis oven yang digunakan sehingga bahulu kekuningan. Bahulu naik lebih cantik jika anda 'off' kan fat oven kerana kalau anda guna fan tersebut, bahulu akan mengecut sedikit nanti dan kelihatan tidak cantik.