Isnin, 9 September 2013

Masak Lemak Putih Daun Salam


Sayur yang dah tinggal separuh. Nasib baik masih berbaki  lagi untuk
diambil gambarnya...huhuhu...


Masak lemak Putih Daun Salam ni Cik Mun masak ringkas saja. Main campak campak saja. Tadi pagi kantin tempat Cik Mooon kerja tutup. Dah tak tahu nak beli lauk pauk makan malam kat mana, terdetik hati ni rasa nak makan masak lemak putih. Kebetulan pula masa Cik Mooon pergi pasar ternampak pulak daun salam ni. Maka lahirlah resepi ni. Kalu nak sedap, makan bersama nasi panas, ikan temenung nipis goreng atau ikan masin kedera. Ditambah pula dengan sambal tempoyak. 


Bahan-bahan

Secekak daun salam
200ml santan pekat
sedikit soo un
sedikit fucuk (soya berbentuk kertas tetapi keras)
1 biji kecil ubi keledek merah
1 biji bawang merah kecil
8-10 ekor Ikan bilis


Cara-cara memasaknya:

  1. Didihkan air bersama dengan ikan bilis, soo un, fucuk, ubi keledek yang dipotong bulat dan daun salam  yang telah dipotong. Tunggu hingga daun salam lembut dan bahan-bahan rebus dan lain lembut.
  2. Masukkan santan, garam secukup rasa dan kacau selalu bagi mengelakkannya bergental.
  3. Angkat dan hidangkan.

Saiz hidangan untuk 4 orang.


Ini hidangan sampingan yang Cik Mooon masak, ikan temenung goreng kunyit beli 6 ekor baru $2.80 tapi kalau beli yang dah siap $9..00, masak sendiri lagi jimat. Perasan tak ada nampak gambar tangan. Putera sulung Cik Moon dah tak sabar-sabar nak makan. Itu lah tangan dia. Kah kah kah!



Lepas tu ditambah lagi pula dengan sambal tempoyak. Kasi kaw sikit.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan