Memaparkan catatan dengan label PUDING. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PUDING. Papar semua catatan

Khamis, 11 Jun 2015

Puding Karamel Gula Hangus Beroti


 Gambar 1 : Pinggan ni masa makan kat rumah.

 Gambar 2 : Rasanya lemak-lemak manis gitu.

Gambar 3 : Sebab banyak jugak yang dapat, sempat la bawak
ke pejabat dan makan dengan kengkawan.


Gambar ni dah lama terperuk. Baru sekarang nak `update' gara-gara sibuk memanjang dengan tugasan yang boss beri. `Anyway', kali ni nak kongsi pasal Puding Karamel Gula Hangus Beroti. Anak kedua Cik Mun suka sangat makan puding ni. Boleh kenyang juga. Pulak tu bila makan `time' puding ni sejuk. Lagi la laris je. Pada sesapa yang nak cuba, resepi dan cara buatnya seperti di bawah ni ye!


Bahan-bahan

1 sudu serbuk agar-agar
200ml air (lebih kurang 1 cawan)
3 sudu susu pekat
2 sudu milo
2 keping roti (Cik Mun gunakan roti gardenia)
1 biji telur gred C
1 sudu margerin
1/2 sudu teh esen vanila
1 sudu gula putih*
50ml air panas*

* Bahan-bahan untuk buat gula hangus

Cara Memasaknya:

  1. Masak gula di atas api hingga perang (manandakannya hangus, tapi jangan ter'over hangus), dan masukkan air panas. Ketepikan.
  2. Masukkan susu, telur, roti dan air ke dalam blender dan kisar hingga halus. ketepikan.
  3. Dalam satu bekas, masukkan bahan kisar, serbuk agar-agar, margerin dan esen vanila. Masak hingga mendidih.
  4. Dalam bekas/acuan yang dikehendaki, tuang adunan dan biarkan hingga sejuk sebelum dimasukkan ke dalam peti ais. 
  5. Bila dah sejuk, taburkan dengan milo di atasnya dan masukkan ke dalam perti sejuk. 

Saiz hidangan untuk 4 orang

Khamis, 11 September 2014

Resepi Puding Roti Sos Kastard Sedap

Banyak sangat roti yang dah nak expired. Asyik-asyik makan roti dengan jem je, dah jemu agaknya husband dan anak-anak ni. Cik Mun pun melaram la roti ni cuba buat puding riti kastad pulak. Bukan susah pu. 

Resepi ni Cik Mun ambil dari blog http://www.kujie2.com. Terima kasih banya-banyak atas perkongsian ilmu yang Allah bagi tu. Izinkan Cik Mun copy paste dan olah ikut selera anak tekak sendiri ye...

Kalau nak tahu versei yang Cik Mun buat, sila tengok lagi dan lagi kat bawah ni. Gambar pun ada...
 

Nampak sedap tak?

`Close up'! Sedap dan `marbeles'...

Sebelum dimasak. Kaler tak berapa nak cantik lagi...

 Selepas dimasak. Rangup di luar, lembut di dalam!

 Kuah yang dibuat. Gunakan periuk dan pemukul bercabang ni je....(tak tahu nama) senang dan cepat!


Adik Iman makan hingga menjilat jari...

Resepi Puding Roti  Sos Kastard Sedap

Mangkuk A
  • 8 keping roti
  •  2 cawan susu segar
Carikkan roti dan rendam dengan susu 30 minit.
Satu bekas untuk roti yang direndam susu dan satu lagi campuran gula, butter, telur, tepung jagung dan esen vanila.

Mangkuk B
  • 4 sudu besar gula
  • 2 sudu besar butter
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh tepung jagung
  • esen vanila
Pukul hingga sebati.
Campur kesemua bahan Mangkuk A dan B.  Boleh camput kismis, chip cokelat, buah-buahan seperti pisang, strawberry. (Cik Mun guna kismis je...)
Bakar selama 30 minit atau hingga masak dengan suhu 180°C
Biarkan sejuk.
Bila nak makan, hidangkan dengan sos kastard.

Puding Roti ni nipis, sebab saya guna loyang yang besar. Sos Kastard pula  memang pekat, kalau nak cair pun boleh, ikut kesukaan masing-masing.

Cara Buat Sos Kastard
  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu tepung kastard


Rabu, 23 April 2014

Puding Karamel Tanpa Telur

Masakan pudding ni dah lama Cik Mun buat. Cuma masa yang tak mengizinkan untuk dimuatkan dalam blog. Cik Mun sekarang ni baru berkesempatan untuk nak kongsikan dalam dunia siber ni. 

Hasilnya kurang menjadi sebab Cik Mun pada masa buat tu tak tapiskan adunan hingga habis sebatian yang dibuat. Lawan cikgu google...Tulah sebabnya kalau `ualls’ perasan, gambar kat atas tu menunjukkan kesan bergentel dalam pudding tu. Walaubagaimanapun,  Cik Mun nak post jugak dalam blog ni sebagai rujukan Cik Mun dan sesiapa yang membaca hasil ekperimen di dapur Cik Mun ni, supaya jangan ulangi kesilapan yang sama macamni.

Lepas ni Cik Mun akan buat lagi sebab suami cakap sedap, cumanya bergentel sikit dan hilang tekstur lembut yang sepatutnya ada pada pudding caramel ini. Kalu dah Berjaya cubaan yang kedua nanti, Cik Mun akan post sekali lagi gambar kenangan kejayaan untuk dikongsikan bersama.

Walaubagaimanapun, Cik Mun kongsikan jugak resepi, bahan-bahan dan cara memasak pudding karamel tanpa telur ni...

Bahan-bahannya:

2 sudu besar gula pasir
10 gm agar-agar
4 cawan air
½ cawan gula pasir
½ cawan susu pekat manis
1 tin susu cair
3 sudu besar tepung kastad
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara memasaknya

1.       Masak gula di atas api daput hingga ianya perang berkaramel/sedikit hangit. Matikan api dan ketepikan.
2.       Dalam satu bekas yang lain, sebatikan semua bahan-bahan di atas api kecil. Sentiasa kacau bagi elakkan adunan jadi bergentel.
3.       Bila sudah menggelegak, tapiskan dan tuang di atas dulang yang mengandungi gula karamel.
4.       Tunggu  hingga benar-benar sejuk sebelum dimasukkan ke dalam peti aias sebelum dinikmati.

Saiz hidangan untuk 4 orang.

 

Khamis, 17 April 2014

Puding Cendol Gula Melaka

Cik Mun buat puding ni malam2 buta masa bosan tahap gaban tu. `First time' buat alhamdulillhah ianya menjadi dan sedap. Lgipun resepi ni bukannya mencabar sangat kalau nak buat...


Macam biasa la...makan kat rumah kalau tak habis Cik Mun akan bawak bekal ke pejabat.

Dah rajin masak2 ni kat rumah tak ramai rakyat jelata, bwak gi ofis mintak kawan tolong perabihkan... dapat gak pahala. Hi hi hi...

Pagi pagi simpan je dalam peti ais kat ofis. Dah petang lepas bangun tidur kat surau tu terus ngap je. Ha ha ha... bijak kan?

kalau nak try buat, resepi seperti di bawah ni...


Bahan-bahan
10 gram serbuk agar-agar
1 liter air (lebih kurang 5 cawan)
1 cawan gula halus
1 cawan susu cair
2 cawan cendol
1 cawan gula merah..


Cara Memasaknya:
  1. Masakkan serbuk agar-agar bersama gula dan sehingga mendidih dan gula larut.
  2. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian. 
  3. Asing dan panaskan 2/3 bahagian. Masukkan susu cair dan cendol.  Ketepikan dan biarkan mengeras sedikit.
  4. Dalam acuan yang lain pula, Panaskan 1/3 bahagian dan masukkan gula merah
  5. Kacau Rata dan biarkan mendidih..kemudian tapis dan tuangkan ke atas acuan yang berisi cendol tadi.
  6. Sejukkan untuk disimpan di dalam peti sejuk sebelum dinikmati...
Saiz hidangan untuk 8 orang
 

Khamis, 20 Mac 2014

Kuih Lompat Tikam

Lompat Tikam. Buat malam-malam... Simpan dalam peti ais.. Makan tengah hari esoknya `time' cuaca panas...Pergh...! Rasa macam aiskrim. Sejuk... je tekak ni bila memakannya.
Anak-anak Cik Mun panggil lompat tikam ni pon sebagai aiskrim. Nak tergelak pun ada.
Aiskrim pun aiskrim la.. janji sedap! Masuk bakul angkat sendiri

Lain-lain pic...(sebab penat tangkap, kena la tunjuk!)
Pandangan tepi

Pandangan tepi lagi...

Pandangan tepi lagi lagi

Dan pandangan tepi.. tepi.. dan tepi... lagi dan lagi.....


Dah habis kena makan...


Kalau nak makan, beli atau buat sendiri. Ha ha ha ha ha...

Kepada yang nak mencuba tu..., bahan-bahan dan resepi adalah seperti di bawah ini...


Bahan-bahannya:

Lapisan hijau
1 cawan tepung beras
3 cawan air paip
1 cawan air daun pandan - (air dari 4-5 helai daun pandan yang diblender )
300ml santan pekat
1 sudu teh air kapur
sedikit pewarna hijau pandan

Lapisan putih
1/4 cawan tepung beras
3 sudu tepung gandum (tak letak pun tak apa)
1-1/2 cawan air paip
200ml santan pekat
1/4 sudu teh air kapur
1 1/2 sudu teh garam


Cara-cara memasaknya:

Lapisan hijau
Dalam kuali, satukan semua bahan-bahan dan masak atas api sederhana hinggga aduan berkilat (tanda separuh masak). Angkat dan tuangkan ke dalam bekas.


Lapisan putih
Dalam kuali, satukan semua bahan-bahan dan masak atas api sederhana hinggga aduan berkilat (tanda separuh masak). Angkat dan tuangkan ke dalam bekas yang ada lapisan hijau. 

Akhir sekali, kukus dengan api besar selama 30-40 minit. Pastikan penutup alat kukus dibalut kain bagi elakkan air menitis dan rosakkan lompat tikam.

Hidangkan dengan air gula merah yang disediakan.


Bahan-bahan dan cara membuat air gula merah:

5 sudu gula merah
3 sudu gula putih
1 sudu teh garam

Masak semuanya di atas api hingga mendidih.
Angkat dan tapiskan ke dalam bekas sebelum dihidangkan bersama dengan lompat tikam.


Selamat mencuba...

Saiz hidangan adalah untuk 5 orang. 1 orang dapat 1 bekas.