Memaparkan catatan dengan label cerita anak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cerita anak. Papar semua catatan

Selasa, 1 September 2015

Adik Iman VS Kamera, atok dan abang...

Semua ni gambar-gambar gedik adik bila berhadapan dengan kamera. Cik Mun abadikan sekadar untuk renungan diri dan famili pada masa yang akan datang kat dalam blog ni...


Yang penting `peace yo!"
 

Perasan tak nombor-nombor yang bertampal kat belakang tu, 
setiap hari kena hafal semua tu


Bosan betul asyik pace je...


Tempat yang tak boleh blah untuk ambil gambar. 
Tu pun nak peace jugak!




 

Ni lah kerja adik sebelum ibu ganggu dia.


bergambar dengan atok pulak.


Abang yang kepenatan jaga atok sedang berehat. Bukan teruk jaga pun, cuma ambil air dan gosok badan atok bila atok batuk aje...

Atok, cepat sembuhye . Adik dan abang nak jalan2 ngan atok macam dulu!

Sabtu, 25 April 2015

Picorino dan Kesannya...

Gambar 1 : Tarian Si Picorino masa mula-mula cerita.
 
Ada tak anak-anak kita yang tengok cerita ni. Siarannya di Astro Ceria Channel 611 "Untuk Kita Aje"... yang bersiaran pukul 8.00 malam hingga 8.30 mlaam setiap Isnin hingga Jumaat. Bahaya sikit kartun ni kalau tengok untuk akidah anak-anak. (Pada pendapat Cik Mun la...) Sebabnya, Kalau anak-anak tengok tanpa bimbingan ibu-bapa, mesti anak-anak akan ingat pari-pari tu wujud.

Ada la suatu hari tu, Si Iskandar, Anak sulung Cik Mun yang berumur 6 tahun tu, siap tanya lagi sebelum tidur. "Cik Pari-pari tu bila nak datang lawat abang untuk buat magic ke  ibu?" Jenuh Cik Mun nak terangkan yang kita ni Orang Islam, mana ada pari-pari. Tapi kita kena percayakan bukan pari-pari yang jaga kita. Tapi Allah s.w.t dan malaikat yang jaga. Di bahu kanan dan kiri, ada Malaikat Roqib dan Malaikat Atib yang menjaga dan mencatat. Ada juga malaikat-malaikat lain yang ditugaskan untuk tugas-tugas yang masing-masing.

Ha... kesimpulannya, jangan biarkan anak-anak kita tengok cerita kartun sangat sampaikan kita tak sedar benda halus apa yang cuba nak disampaikan/ditanamkan dalam diri rohani anak-anak oleh musuh-musuh islam zaman sekarang ni. Hinggakan kepercayaan pada 6 perkara (Rukun Iman) kita dengan mudah digantikan dengan kepercayaan yang lain.

Diharapkan dengan entry kali ni jangan disalahanggap sebagai promo `jangan tengok ceria pikorino/Astro Ceria' pulak. Ini sekadar luahan pendapat kaum ibu macam Cik Mun. Sesungguhnya, pendapat dan perkataan yang baik tu datangnya dari Allah s.w.t dan yang buruk tu lahir dari diri Cik Mun sendiri.. Wallahualam...

Gambar 2: Sekian, terima kasih kerana sudi membaca...


# Ada banyak lagi cerita kanak-kanak di dalam TV yang boleh mendorong kepada pemikiran kanak-kanak yang tidak sejajar dengan ajaran agama. Kita sebagai ibu bapa harus mengambil tahu dan menjelaskan setiap perkara yang berselisih tersebut. Sesungguhnya, anak yang dianugerahkan Allah s.w.t bukan sekadar untuk dibela, tetapi juga untuk dididik.

Ahad, 14 September 2014

Tukar Inhaler Asma

Bila asma menyerang...perkara yang paling diperlukan adalah inhaler. memandangkan dah `expired' inhaler tu, makanya Cik Mun pun kena la pergi tukar inhaler tu dan membawa tuan punya badan ke klinik berhampiran. Ini lah tuan punya inhaler tu, Iskandar Ibad hero no.1 Cik Mun.


 Dah lama sangat menunggu. Abang Iskandar dah mula panjat sana-sini. Duduk kat meja sebab nak jadi doktor.

 Ini pula test kemahiran panjat memanjat.

 Hebat tak?

Muka bosan.