Memaparkan catatan dengan label masakan laut. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label masakan laut. Papar semua catatan

Khamis, 16 April 2015

Peria Masak Sweet Sour Sama Udang

Gambar : Peria Masak `Sweet Sour' Sama Udang


Rasa nak makan peria pulak kebelakangan ni. Kalau makan yang dibuat kat kantin tu, selalunya makcik kantin akan buat goreng peria sama telur. Agak bosan sikit sebab Cik Mun sukakan peria yang dicampurkan dengan udang. Tapi kalau nak yang macam-macam tu, baik buat sendiri kan... Kalau nak cuba, resepi dan cara membuatnya seperti di bawah ni...

 
Bahan-bahannya;

1 biji (300gm) peria ( di rendam dlm air garam 1/2 jam sebelum masak, toskan )  
250 gm udang  (buang ekor dan kepalanya)
Garam, asam keping @ Air asam jawa (secukup rasa)
Gula merah 1/2 sudu makan & gula putih 1 sudu makan
Perasa (jika perlu)

 

Bahan Kisar;

3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah, 
1 biji bawang besar
+/- 10-15 tangkai cili kering 

1 sudu teh belacan

Cara-cara Memasaknya:
  1. Tumiskan semua bahan kisar hingga garing/naik baunya dan pecah minyak
  2. Kemudian masukkan peria, garam, asam keping, gula merah, gula putih dan perasa secukupnya. Jika suka berkuah boleh tambah sedikit air. kacau sehingga peria separuh empuk. 
  3. Masukkan udang dan tunggu hingga udang kemerahan menandakannya masak.
  4. Angkat dan siap dinikmati dengan telur goreng dadar. Selamat mencuba...

Saiz hidangan : 4 orang makan. 


Jumaat, 20 Mac 2015

Ketam Masak Lemak Kuning Sama Rebung

 Gambar 1 :Tak sempat nak melawa. Snap dalam kuali je lah!

Gambar 2 :Walaupun gambar tak cantik, tetap kena makan sampai habis licin.


Berhujung minggu dengan keluarga sememangnya `best'. Timbul macam-macam idea nak masak. Terutama sekali benda yang susah nak jumpa kat kedai makan. Al-maklumlah, tempat yang Cik Mun duduk ni pekan kecil je... pilihan kedai makan tu tak banyak, menu masakan yang disediakan juga agak terhad. Balik-balik, kedai yang sama je... lauk pauk pun lebih kurang sama je...

Makanya... kalau hujung minggu tu mula lah nak masak yang bukan-bukan ikut selera tekak sendiri... Kali ni Cik Mun buat Masak Lemak Kuning Ketam Sama Rebung. Nak tahu resepi dan cara memasaknya, tengok kat bawah ni...


Bahan-bahannya:

4 ekor ketam / 500 gm (sederhana besar)
1 sudu teh serbuk kunyit
1 keping asam keping
200ml santan pekat
5 helai daun kesom.
1 batang rebung segar/jeruk
1 batang serai *
3 biji cili padi (kalau suka pedas boleh tambah lagi)*
2 biji bawang kecil*
1/4 biji bawang besar*
1 ulas bawang putih* (tak nak letak pun ok...)
Garam secukup rasa.
Perasa (optional)

Bahan yang bertanda * diblender/ditumbuk hingga halus.



Cara-cara memasaknya:

  1. Celurkan rebung dengan air bergaram hingga empuk dan buang airnya. Kalau rebung tu rebung jeruk, tak perlu tambah garam lagi pada air rebusan tu.
  2. Dalam satu kuali, masukkan sedikit air (anggaran 1 cawan), bahan kisar, asam keping, serbuk kunyit dan daun kesom dan tunggu hingga mendidih.
  3. Masukkan ketam, santan, perasa dan garam. Kacau selalu bagi mengelakkan santan bergentel.
  4. Sedia dihidangkan, lagi `best' kalau dapat makan dengan sambal dan ulam-ulaman besera nasi panas....
 Saiz hidangan : 2 orang makan.

Tips : rebung dicelur terlebih dahulu untuk membuang rasa payau pada rebung tu...
 

Jumaat, 6 September 2013

Sotong Sweet Sour Simple Bertomato

 Sotong Oh Sotong! sedap sangat.....! Sotong masak sweet sour hasil tangan Cik Moon
untuk keluarga tercinta...


Bahan-bahan:

250gm / Sotong 6-7 ekor (sederhana besar)
Garam secukupnya
Air asam jawa secukupnya
8-10 tangkai cili kering*
1 labu bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1/2 sudu teh belacan*
1 sudu besar gula putih*
1/2 sudu gula merah*
1 biji tomato*
Air secukupnya*

Semua bahan-bahan bertanda * diblender bersama-sama


Cara Memasak:
  1. Tumiskan semua bahan kisar hingga naik baunya.
  2. Apabila sudah pecah minyak, masukkan gula putih, gula merah dan garam secukup rasa. 
  3. Akhir sekali masukkan sotong, air asam jawa dan tunggu hingga empuk.
  4. Angkat dan hidangkan bersama nasi panas.
Saiz hidangan adalah untuk 4 orang.


Tips: Bahan blender boleh dibuat lebih awal/hari minggu. Bila waktu balik dari kerja, boleh terus sahaja masak dan ini boleh menjimatkan masa. Tapi jangan lupa simpan bahan blender ni dalam peti ais. Boleh tahan hingga sebulan atau lebih. Tapi kalau kat rumah Cik Mooon, bahan blender ni selalu pun ada kat dalam peti ais tempat sayur/tempat biasa tu...