Memaparkan catatan dengan label Sandwich Roti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sandwich Roti. Papar semua catatan

Isnin, 15 September 2014

Sandwich Ayam Ala Burger Bercheese

Hari ni Cik Mun rajin nak bawa bekal ke Pejabat. Tapi sebenarnya, rajin atau tak rajin pun, kena lah bawak bekal. Sebab kantin pejabat tutup. Cik Mun dapat agak dah. Kalau hari Selasa cuti umum, Hari Isnin tu mesti kantin tu tutup.

Makan kat depan pc sambil dok update blog. Ha hahaha...

Cik Mun bukannya tak boleh beli makanan dari tempat lain / makan kat tempat lain selain dari kantin pejabat. Cuma masaalahnya bila dah sorang-sorang ni nak buat apa pun malas. Kawan rapat yang selalu pergi teman makan cuti. Kawan yang tak rapat tu ada, cumanya tugas mereka yang tak boleh berada lama di luar.

Kalau ada yang terliur nak teringin nak cuba, bahan-bahan dan cara membuatnya seperti di bawah ni...



 Roti yang beharga RM3.50. Sukee......... sangat sebab makan boleh kenyang lama. Bagus untuk pencernaan dan elak sembelit. Ha ha ha...

 Daging burger Ramly.. tetap menjadi pilihanku. Sumber: pakcik google. Sebab tu x letak htp; Cikmon.blogspot berbagai....

 Yang ni konpem Cik Mun abang-abang burger kat luar sana tu guna kalau nak buat burger.

 Sos cili. Nak pedas sila tambah banyak-banyak. Kalau tak cukup pedas lagi, letak cili api a.k.a bom api. Keh keh keh!

 Sos lada hitam. Susah bebeno nak dapat gambar penuh. Ini pun jadi le tangkap muatnya...

Erk...! gambar mayonese takde. Korang bayangkan je la ye. 


 Cik Mun buat kat rumah dan letakkanya secara berasingan. Ini untuk elakkan sayur tu keluar air bila (sayur kalau dah campur dengan sos yang ada garam akan keluar airnya dan sayur tak akan segar lagi).

Ini pulak daging burger yang dah dibalut dengan telur goreng dan cheese di dalamnya.

 Dah sampai kat ofis time nak makan dalam pukul 1 tengah hari tu, baru Cik Mun letakkannya secara berlapis-lapis. Air kat sebelah tu, air masak je lah. Jangan nak ngada-ngada air manis berbagai. Cheese tu pun dah kaya dengan lemak. Diet sikit Cik Mun oi!

Kalau ada yang terliur nak teringin nak cuba, bahan-bahan dan cara membuatnya seperti di bawah ni...


Bahan-bahannya:

2 keping roti berserat
1 Keping daging burger ayam (Cik Mun gunakan jenama Ramly)
1  keping keju (Jenama Cheesedale)
1 biji telur

Sayur salad
1/4 biji bawang besar
Sos cili
Sos lada hitam
Mayonese
perasa burger (Cik Mun gunakan Jenama Magie)


Cara-cara memasaknya:

  1. Gorengkan daging burger hingga masak. perasakan dengan perasa burger magie ketika menggorengnya.
  2. Pecahkan telur, campurkan setitik dua perasa magie dan pukul sedikit.
  3. Sebarkan telur menipis di atas kuali. letakkan daging burger yang telah digoreng dan seterusnya letakkan juga cheese. 
  4. Balutkan  daging burger dan cheese tersebut dengan telur (di buat ketika telur sedang digoreng).
  5. Angkat dan ketepikan.
  6. Potong sayur salad dan bawang. Gaulkan bersama dengan sos cili, soso lada hitam dan mayonese.
  7. Susunkan semua sayur beserta bawang dan daging ayam yang telah dibaluti telur di atas roti.
  8. Sedia dimakan dengan teh tarik/lain-lain minuman.

Saiz hidangan : seorang makan.
 

Selasa, 13 Mei 2014

Sandwich Sardin Berjalapeno Simple Sedap

Hari-hari sekarang ni Cik Mun akan bawak bekal ke pejabat. Ada je lebihan kat dalam peti sejuk ataupun lebihan masakan semalam tu kira jadi la projek masak `ekpress' Cik Mun. Bukannya apa, sekarang ni kalau tak pandai berjimat cermat, alamat tak boleh menyimpan la. Apa-apa hal kalau kecemasan, nak pinjam duit orang tu la yang Cik Mun tak suka tu. Meh contohi sikap baik Cik Mun yang buat sarapan sendiri dan bawa bekal ke tempat kerja. Bukan setakat boleh makan semasa sarapan pagi je. Tapi boleh `maintain' sampai ke petang kenyangnya. Tapi kena simpan la satu makan untuk pagi, satu untuk tengahhari dan satu lagi untuk petang. Konpem korang boleh kurus cam gini. Boleh kaya jugak sebab jimat. Ha ha hah LOL....

Kat bawah ni ada gambar gambar best Cik Mun nak share...

`Breakfast' pepagi di dalam opis.. di depan `pc' ku...Kol 8.00 am dah kena santap sebab kalau tak, meragam la perut ni.

Ada bom jangka. a.k.a cili padi... hati2 terkena...


Ada lagi 2 keping tersimpuh ayu dalam bekas `tuppaware' ku. Rezeki Cik Ida juga la. `Opismate' yang selalu jadi teman sebekal semakan..


 Satu set `breakfast' yang `complete'. Agak-agak kalau beli kat kedai dah berapa RM?
Sandwich sardin + cheese + salad + cili (3 keping = $5.00)
air milo $2.00) JUMLAH: RM7.00


 CARA BUAT DAN BAHAN-BAHANNYA:
  1. `Of course' la roti. Cik Mun gunakan roti yang banyak serat tu..
  2. Lebihan sardin  yang masak semalam je...
  3. Jalapeno cheese powder/apa-apa jenis cheese - Suka hati nak letak banyak aman yang korang suka. Lagi banyak cheese lagi sedap.
  4. Cili padi a.k.a bom jangka
  5. Mayonese Sikit je sudah (ikut sedap rasa)
  6. Salad / apa-apa sayur yang korang suka.
Susun dan lipat macam gambar kat atas tu. Dah siap letak dalam bekal bawak g opis. Bagi free kat kawan. Tak sedap pun konpem dia cakap sedap sbb free. Ha ha ha ha...

Saiz hidangan untuk  2 orang makan.