Memaparkan catatan dengan label Bekal ke Pejabat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bekal ke Pejabat. Papar semua catatan

Selasa, 19 Januari 2016

`Lunch Box' Ayam Panggang Berempah dan Ulam Timun vs Sambal Cili Api

 Ayam panggang


Ulam timun yang segar dari ladang. He hehehe


Berbekal lagi. Tak sempat sebenarnya sebab kelam kabut nak siapkan barangan sekolah anak pada malamnya, nak jahit tanda nama, nak susun buku, nak potong dan jahit seluar yang terlebih inci la. Penat sangat rasanya.

Dah agak memang akan lambat bangun sebab tidur lambat. So, Cik Mun memalam tu dah keluarkan ayam berempah yang diperap. Bangun pagi je terus panggang ayam dan masak nasi. Terus pergi mandi, sembahyang dan siap2. 

Masa nak letak semua makanan dalam bekal baru terperasan tak ada satur. Ekspresss je terpikir. Ulam timun cincah dengan sambal cili api je lah. Alhamdulillah habis je bila makan tengah hari ni (perut tengah lapar lagi pun).

Itu lah menu pilihan Cik Mun kalau tak sempat sangat. Korang macam mana?

Jumaat, 15 Januari 2016

Bekal makan tengah hari

Set lengkap bekal bekal makan tengah hari.
Minuman, air suam je lah ye!

Ikan temenung sardin masak sambal. Ikan masin penambah selera.

Sayur campur: karet, fishcake, bunga kobis, cendawan. Kotak yang warna biru tu sesaja 
menambah sebab ada maklumat RAHSIA BESAR. Ha ahaha...


Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk berblog dan menyediakan bekal makanan untuk diri sendiri dan suami. Walaupun blog sekarang ni jarang diupdate, bukan bermakna Cik Mun tak masak. masih lagi masak sebenarnya cuma tak sempat nak `shooting' gambar makanan je.

Tapi takpe, Cik Mun tetap nak tunjukkan jugak dalam blog ni untuk rujukan masa akan datang. Kalau ada yang nak tengok dan ambil mana yang baik sebagai ikutan tu, lhamdulillah.

Khamis, 10 Disember 2015

Bekal Ikan Masak Tempoyak vs Ikan Masin dan Ikan Pekasam


Set lengkap bekal Cik Mun


 Ikan masin kedera, bahagian ekor aje dan ikan pekasam pun bahagian ekor jugak
Sedikit buah anggur


Ikan masak tempoyak. Tercomot sikit bekas tu sebab kedudukan bekas yang senget masa 
dalam perjalanan. Nasib baik tak tumpah.


Itu je untuk hari ini. Suami Cik Mun tak bawak bekal sebab dia kena kerja outstation. Leceh nak berbekal sebab nanti member asyik ajak makan. kalau terasa nak buat ikan masak tempoyak tu, macam kat SINI tapi gantikan ikan tu dengan ikan temenung sardin okey!

Selasa, 8 Disember 2015

Daging Masak Hitam, Ikan Pekasam Goreng dan Sambal Mangga Muda VS Jus Tembikai

Set bekal yang lengkap

Simple bekal hari ni. Cuma Daging Masak Hitam, Ikan Pekasam Goreng dan Sambal Mangga Muda VS Jus Tembikai. 

Bangun pagi pukul 5.45 pagi, masak nasi, panaskan daging masak hitam, goreng ikan pekasam dan letakkan sambal mangga muda dalam bekas (sebab dah buat siap sambal tu semalam) dan blender tembikai utk buat jus.

Alhamdulillah jimat lagi belanja kami suami isteri hari ni RM16.00 utk makan tengah hari.

Rabu, 2 Disember 2015

Sanwich Berinti Kek Coklat Moist

 Gambar 1


Gambar 2

Pernah tak terbuat dek oang bawak bekal yang macam Cik Mun ni?  Makan roti bekal ke pejabat dengan berintikan kek coklat moist. Hentam je lah labu. Dah kek tu manis sangat. Tak dapat nak telan dek tekak ni. Buat inti je lah.

Ada jugak kadang-kadang buah Cik Mun jadikan buah sebagai inti. Buah pisang memang sesuai. Buah yang lembut-lembut dan manis je dah le kalau nak ganti dengan buah yang lain, buah kiwi contohnya masam la pulak, nanti kena tambah gula okey!

Korang pilih lah nak ikut yang mana satu? Apa-apa pun Cik Mun ni kalau dah bangun lewat sangat pun mesti berbekal walaupun yang ringkas macam gini. Kalau tak berbekal ke ofis, rasa macam sesuatu yang tak lengkap je hidup ni.

Ahad, 22 November 2015

Kejap ada, Kejap takde


 Nasi kiub bersayur dengan sambal kuah kacang

Cik Mun buat sate hari minggu yang lepas. Ada lebihan kuah dan nasi himpitnya.  Tak nak membazir, Cik Mun buat sebagai bekal ke pejabat pada hari Isnin yang berikutnya. Resepi sate dan kuah kacang seperti di SINI


Dah habis kena ngap!

Jumaat, 20 November 2015

bekal ikan masin gelama, sambal bijak, telur dadar, timun `sliced'

 Set lengkap bekal Cik Mun 


Dok berbekal lagi. Kalau bangun pagi dan tak masak apa-apa tu rasa macam tak `complete' je dunia ni satu hari. Set bekal untuk hari ni, ikan gelama masin, sambal bijak, telur dadar, ulam timun dan buah epal sebagai pencuci mulut. Air? Air suam je lah.


 Sambal bijak. Sebenarnya Cik Mun dan `family' panggil ni sambal bodo. Resepi seperti di SINI. Tapi Cik Mun tak masukkan kentang la. Sebab nak cincah dengan telur dan ulam timun.



Yang penting, banyak ulam! I like!

Masak yang `simple-simple' je, itu pun dah puas makan. Alhamdulillah.

Sabtu, 14 November 2015

Rupa Beg Bekal Saya

 Pandangan hadapan

Ada tak tertanya-tanya camner Cik Mun angkut bekal makanan dan minuman ke pejabat setiap hari? Well... macam ini lah rupanya beg bawa bekal ke ejabat Cik Mun. cantik tak?


Pandangan dalam beg

Beg ni Cik Mun beli dari dealer Avon kat tempat kerja Cik Mun. Rege RM24.90 je. Bab membeli barangan daripada katalog ni Cik Mun memang sukeeeeee sangat. 

Dalam ni ada tempat untuk simpan bekal dan air sekali. Memang amat-amat-amat berguna pada Cik Mun dan keluarga. Mr Hubby pun mula-mula malu kat kawan pejabatnya nak bawak bekal. Cik Mun asyik kena bungkus makanan bekalnya pakai bekas polisterin, plastik dan kertas makanan ala-ala kedai je.. Tapi sekarang ni dia dah tak  kisah semenjak Cik Mun belikan beg ni untuk dia. Siap dia boleh bangga lagi promote kan `go go green!'

Rasanya lepas ni nak beli beg yang tahan panas pulas. Bosan jugak asyik makan nasi dan lauk pauk yang dah sejuk. Tapi kena menggogle dulu lah nak cari maklumatnya...

Khamis, 12 November 2015

Udang Sambal Berpetai vs Ikan Masin Sepat


Berbekal lagi. Sementara diberikan Allah dengan kesihatan ang baik untuk bangun pagi seawal 5.30 a.m dan bersilat kat dapur sorang-sorang sementara anak dan `mr hubby' masih lena dibuai mimpi. Z z zzzz....


Cik Mun berbekal dengan udang ang dimasak dengan petai. He he he.. petai yang bagus untuk pencernaan. Teman untuk lauk ni ikan masin sepat. Kalau sebelum ni Cik Mun suka goreng kan kedera masin. Tapi yang tak bestnya, sisik ikan kedera tu akan tak sedap bila sejuk dan akan perangkap banyak minyak bila digoreng. So, alternatif yang dibuat; gantikan ikan kedera masin dengan ikan gelama masin.

Dah ada masakan bersambal ni, tak lengkap rasanya kalau tak makan besekali dengan kicap. Air tu, air suam je dah la.

Ahad, 8 November 2015

Mee Goreng Tak Berapa Basah

 Mee goreng 

Salam Isnin. Masih lagi dengan semangat berbekal. Cik Mun buat mee goreng. Jangan ingat Cik Mun beli tau. Ini masak sendiri la tapi disebabkan baru beli kertas pembalut, maka teruja nak mencubanya so Cik Mun pun masak lah mee ni yang agak-agak senang nak bungkuskan dengan kertas pembalut makanan ni. 


Set Lengkap mee dan air suam


Resepinya seperti kat bawah ni:


Bahan-bahannya:
250gm mee kuning
sedikit sayur kobis bulat200gm daging lembu 
1/4 kiub ayam (Jenama Maggie)
2 biji telur
minyak 5 sudu untuk menumis/secukupnya
hirisan limau nipis secukupnya

Bahan tumbuk 
3 biji bawang kecil
4 ulas bawang putih
10-15 ekor ikan bilis
9 biji cili kering  (boleh tambah lagi jika mahu lebih pedas)

Bahan sos
2 sudu sos tiram
1 sudu kicap pekat
2 sudu gula putih
1 sudu gula merahz



Cara-cara memasak:
  1. Tumiskan semua bahan tumbuk beserta daging yang telah dipotong. Tunggu hingga naik baunya.
  2. Masukkan bahan sos, air dan tunggu seketika hingga daging sedikit lembut.
  3. Masukkan telur dan carakkan telur hingga pecah besar-besar dan sedikit masak. Seterusnya, mee kuning dan gaul ratakan.
  4. Masukkan kobis dan gaul sebati sebelum matikan api. 
  5. Saiz hidangan untuk 6 orang. 

# Tips: 
  1. Kalau suka telur berpalut pada mee kuning, boleh masukkan telur bersekali dengan mee dan sebatikan.
  2. Sedap jika sebelum dinikmati, hidangan diperah dengan asam limau nipis dahulu.
 
 
 
 

Jumaat, 6 November 2015

Jimat bawa bekal

Cik Mun punya perbelanjaan makan kat ofis Kira utk 2 orang  (husband and i) hari-hari untuk LUNCH sahaja macam kat bawah ni

rm8.00 x 2 orang
TOTAL : RM16.00

KADAR PENJIMATAN
sehari rm16.00
seminggu rm80
sebulan rm320
setahun rm3,840

Kalau untuk sarapan, Cik Mun selalu beli kuih je RM1.00 dapat dua ketul satu makan waktu pagi dan satu ketul lagi waktu petang.

Kalau encik husband, makan pagi kat kedai dia selalunya heavy sebab tengahhari dia tak akan makan dah. petang pulak le dia akan lapar dan ajak Cik Mun santap di kedai/warung.

Lupa lak nak bagi tau, ekceli, ofis husband Cik Mun tu dekat je dengan ofis Cik Mun. Laung pun dengar. Tapi kami jarang makan kat luar sebab siang panas, tak selesa peluh-peluh dan baju lekat bau masakan yang kat kedai makan pastu nak kerja pulak sampai ke petang.



Tahun depan Iskandar masuk darjah 1. bawak bekal untuk dia juga..semoga azam dan semangat ni dapat diteruskan ya Allah. Amin!

Lagi la banyak penjimatan boleh dilakukan. Lagi banyak duit tabung untuk jalan-jalan dan kecemasan.

Gaji pon naik stat April dan Julai 2015, boleh jalan-jalan lagi banyak Hooreyyyyyyyyyyyyy!

Rabu, 4 November 2015

Bekal 4 Okt 2015

 set lengkap

Kerang Cili Berpetai

Masak yang simple-simple je, campak-campak je. Menu hari ni ialah kerang cili berpetai (`first time' buat), sambal mangga muda dan ikan pekasam goreng. Owh, lupa lak nak introduce dengan eksennya, jus tembikai `hommade'. 

Kalau beli kat kedai berapa ye?

nasi kosong = rm1.50
kerang cili berpetai = rm2.00
ikan pekasam = rm1.50 (sebab kecil je)
sambal mangga muda = rm0.50 
jus tembikai = rm2.50

Isnin, 2 November 2015

Bekal 3 Okt 2015


 Set hidangan 

Hari-hari sekarang ni Cik Mun bawak bekal ke pejabat. Bersemangat bila baca dan tengok blog sorang wanita rajian ni di http://pijahyusof.blogspot.my .  Terus je Cik Mun rasa nak jadik rajin macam dia jugak.  hehehe...

 Sup ayam

Ini sup ayam bercampur dengan kentang dan carot. `Base' bagi sup tu Cik Mun buat dari kaki ayam. Buat base/stok banyak-banyak dan simpan dalam freezer. Bila dah tau pepagi nak masak sup, Cik Mun keluarkan base/stok dan tinggal pagi tu cuma nak masukkan ayam dan sayur je. Cepat. garam ke, perasa ke, dah tak perlu nak masukkan sebab semuanya dah siap dalam stok/base tu. Cuma masukkan bahan basah je.

Kuahnya nampak hitam sikit. Sebab Cik Mun gunasup  bunjut untuk tulang. Kalau bunjut tu untuk ayam, warnanya akan jernih la.

Telur dadar masak sambal

Telur dadar masak sambal ni pun sama jugak. Base/kuah sambal tu Cik Mun dah masak pada hujung minggu. Buat banyak-banyak anggaran untuk makan 4 mangkuk ke, lepas tu bila nak masak, cuma gorengkan telur, curahkan sos tu yang dah dipanaskan beserta dengan sedikit bawang besar. Sebenarnya kalau tak letak bawang besar potong tu pun takpe sebab sos/kuah sambal tu dan cukup rasa semuanya.

Simple kan. Masak kalau cenggini Cik Mun selalunya perlukan 30 minit je setiap pagi. Kena tambah lagi 15 minit untuk kemas, dan basuh kuali dan periuk yang digunakan.

Air, macam biasalah, kalau bawak bekal Cik Mun lebih suka air suam je. Tapi kalau makan kat kedai, tergoda juigak bila kawan-kawan oder air buah ada ais lagi.. mahunya Cik Mun pun air tembikai ais ke, limau ais ke... 

Nasib baik sejak stat bawak bekal ni Cik Mun hadkan jumlah nasi. Berat badan pun dah turun 1.5 kilo dalam masa 3 bulan. Sekeeeeeeeeee!

Ahad, 1 November 2015

Bekal 2 Okt 2015

Bekal simple

Bekal ni Cik Mun tak lah masak beriya pada waktu pagi. Ini adalah lebihan makanan yang Cik Mun kukuskan kembali (guna pem pengukus ajaib ikan) dan bawak ke pejabat untuk makan `breakfast'.

Kalau beli di kantin selalunya Cik Mun makanan yang sepesen macam ni, Nasik lemak contohnya dah RM2.50. Makcik kantin tu bukannya nak tengok nasik yang diambil tu sikit ke, banyak ke, dia kira kalau orang beli nasik lemak, sekepala dia akan dapat RM2.50. So, rugilah Cik Mun yang ambil sikit ni, sebab cajnya sama jugak macam orang yang ambil banyak.

Kat atas tu yang bukannya nasi lemak, tapi pulut tanak beserta dengan santan dan sedikit garam untuk melemakkannya. lauknya pulak ialah serunding daging ayam Lebihan juga daripada rendang ayam yang Cik Mun buat untuk makan tengah hari pada hari sebelumnya. Dah ada berbaki tu, Cik Mun panaskan sampai kering kuahnya dan jadikan rendang. Jimat!

Kalau makan kat kedai/kantin, dah mesti-mestinya ambil sikit kena cas jugak, dah nampak telur mata tu akan tambah lagi telur dalam hidangan, air pun mestinya paling koman teh ais/milo. 

Cer kira dah berapa total tu?
nasi lemak = rm1.50
telur mata = rm1.00
air teh ais/milo = rm2.00

TOTAL = RM4.50

Dah save budjet RM4.50 di pepagi hari tu dengan makanan lebihan dari rumah tu.

Jumaat, 30 Oktober 2015

Bekal 1 Okt 2015

Set lengkap Bekal 1 Okt. 2015

Dah lama Cik Mun tak menulis di blog sendiri. Bukannya dah tak masak. Masih dan akan masih masak lagi. Tapi dek kerana internet yang `slow' sangat dan keje yang melambak serta bz membatas kan waktu.

Cik Mun nak kongsikan cerita pasal bekal-bekal yang dah disedia dan dah habis makan zaman berzaman ni. Cik Mun dah tak ingat bila tarikhnya, so labelkan dengan nama Bekal 1 Okt 2015, Bekal 2 Okt 2015 dan seterusnnya je lah.


Nasi dan daging masak hitam. Resepi daging masak hitam macam kat SINI


Sambal mangga muda dan ikan pekasam Lenggong

Pekasam tu sikit je ambil lauknya. sebab nasik Cik Mun pun sikit jugak. Kasi husband je banyak2. 


Nak resepi sambal mangga muda jugak ke? Len kali lah ye. He he he he

Isnin, 21 September 2015

Bekal Ke Pejabat 22.10.2015 (Daging Kijang Kunyit + Black Pepper dan Cendawan Butang Sizzling)

Masa dok menaip ni, Cik Mun tengah dok makan apa yang ada dalam gambar ni... Nikmatnya makan bekal hasil air tangan sendiri. Bekal yang sama jugak dibuat untuk En. Hubby. Buah anggur tu masa dah tinggal sikit masa snap picture. Kebulur sangat, lupa nak posing dulu...hehehe


Set makan tengah hari ni nasi putih (ari ni terbanyak sangat), buah anggur, 
daging kijang goreng kunyit +black pepper (ada bawang, halia dan cili besar jugak)


 Ni pulak cendawan butang masak sizling sama carot. Kalau nak resepinya macam kat SINI cuma Cik Mun tambahkan sikit cili kering, goreng sekali masa tumis bawang putih tu...


Betul ke idak taip pepper tu? macam salah je...?
Taram je la labu...

Jumaat, 11 September 2015

Bekal ke Pejabat 28.08.15

Cukup je 4 jenis lauk dan nasi putih

Bangun seawal 5.45 pagi. Cik Mun masak telur dadar dan sayur. Yang ikan masin sweet sour dan taufoo petak tu Cik Mun panaskan kuah dan siram je kat taufoo petak tu. Taufoo tu goreng pagi. Kuahnya memag dah buat masa hujung minggu. Tinggal nak lebur dan siram je pada lauk pauk kegemaran. Boleg ubah samaada ikan/ayam/taufoo/lain1 yang sesuai.

 Telur dadar dalamnya ada bawang dan cili besar, ikan masin sweet sour dan 
kobis tumis campur fish cake...

Resepi Ikan Masin Sweet Sou tu macam kat SINI


Ni pulak taufoo petak masak sambal `sweet sour'.


Rabu, 9 September 2015

Telur Goreng, Ikan Masin Sweet Sour, Sambal Taufoo Petak Sweet Sour dan Sayur Tumis Kobis Bulat'.

Ini keadaanya kalau makan bekal. Meja perlu dilapik dengan kerta A4 yang  dah guna. Supaya meja tak kotor. Agak-agak kalau kat tempat korang dah berapa kos nya ek?? RM8.50 ada?

Telur tu separuh je..separuh lagi `Mr Hubby' bawak. Letak cili besar dan bawang besar di dalamnya.

Ikan masin tu sejemput je.. takleh banyak-banyak. Nanti kena darah tinggi lak. Sayur kobis tu tambah ngan fish cake, ikan bilis dan cili besar.

Taufoo petak. First time masak cenggini. Simple tapi sedap.

  Semua lauk pauk ni masak dan bahagi dua denga mr hubby. Dia pun suka bawak bekal jugak. Jimat katanya. Duit dalam walletnya tak terusik. Sukeee...Suke...Suke....

Tapi dapat komplen dari mr hubby, katanya lauk banyak sangat. Nasi sikit. Muhahaha .. kata nak diet atkin. Ni kira baik la juga ada nasik!

Sabtu, 5 September 2015

Ikan Masak Sambal VS Kacang Bendi Rangup Bertaucoo Bekal ke Pejabat 21.08.15


Untuk ikan masak sambal, Cik Mun dah goreng ikan semasa masak makan malam sebelummnya. pepagi esoknya Cik Mun siram dengan paste `ready mix' untuk sambal ikan. Bendi rangup bertaucoo tu pulak, tu memang dah ada paste `ready mix' yang Cik Mun buat dan simpan dalam freezer. Tinggal pagi leburkan dalam kuali dan campak bendi je.

Nampak tak kesenangannya bila semua dan buat paste `ready mix' dan letak dalam peti ais. Kalau Cik Mun bangun pukul 6.00 pagi pun sempat siap semuanya pukul 6.30 pagi. Tapi, semua bahan macam bendi kena basuh siap2. Sambal tempoyak pun Cik Mun buat banyak-banyak dan simpan dalam freezer dalam bekas kecil-kecil. Time nak makan, ambil dan panaskan serta masukkan bahan basah yang disukai je...

Bekal nasi, ulam timun, ikan sweet sour

Bekal Bendi rangup bertaucoo dan bekas yang cute tu sambal tempoyak

Set lengkap makan tengah hari Cik Mun

                                                           Lupa lak nak introduce, air hijau

Khamis, 27 Ogos 2015

Bekal Sarapan di Pejabat 28.08.15


Mee goreng simple sedap Cik Mun

Semangat dalam beberapa minggu kebelakangan ni nak bawa bekal ke pejabat. Masak yang simple-simple je. Alasan bawa bekal sebab tak nak membazir. Jadi, bahan-bahan masakan adalah terdiri je daripada apa saja yang tersisa (tapi masih elok) kat dalam peti ais tu..

Nikmatilah mee goreng yang Cik Mun masak ni. Tengok je lar sambil bayangkan betapa sedapnya. Hehehe.... Jimat RM6.00 untuk makan pagi pada ari ni [ Kalau makan kat luar RM4.70 (mee goreng) dan RM1.30 (air kopi panas)]

Lepas makan ni nak pergi ambil anak dari sekolah pulak. Jimat masa tak payah bertenggek kat kedai makan. Masa tu digunakan untuk ambil anak dari sekolah.


Kot-kot ada yang nak masak tapi tak tahu, resepi macam kat bawah ni...

Bahan-bahannya:

45gm mee kuning
3 pohon sayur bby kailan
8 biji `fishball'
1 paha ayam (potong kecil dan ambil isi sahaja)
1 biji bawang kecil*
2 ulas bawang putih*
8-10 ekor ikan bilis*
6 biji cili kering* boleh tambah jika suka
1 sudu makan serbuk sedap rasa Maggie
1 sudu makan emping quaker oat (xde pun takpe)
Minnyak 3 sudu besar (untuk menumis)
1 hiris limau nipis  (secukupnya)


Bahan sos
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar gula putih
1 sudu teh gula merah

Cara-cara memasak:

  1. Tumiskan semua bahan tumbuk hingga naik baunya/pecah minyak.
  2. Masukkan `fish ball' beserta ayam yang telah dipotong. Tunggu hingga ayam separyh masah.
  3. Masukkan semua bahan sos, dan sedikit air sebagai kuah.
  4. Apabila semua bahan sudah mendidih, letakan mee kuning, sayur dan quaker oat.
  5. Kikacau sebati dan matikan api.
  6. Hidangkan dan perahkan asam limau sebelum dinikmati.
  7. Sedia dihidangkan.
Saiz hidangan untuk 2 orang.


Tips:
  1. Cik Mun tak letakkan garam sebab sos tiram, ikan bilis dan mee sendiri dah masin.
  2. Cik Mun letakkan quaker oat dalam masakan ni untuk pekatkan kuah dan nak kasi mee tu terpalit dengan semua rencah masakan. Kalau nak gantikan dengan bahan lain (untuk pekatkan kuah salutan) seperti  telur dan taufoo petak hancur pun boleh juga.