Pucuk stang, ulaman tradisional.
Kalau dapat makan dengan berseleranya dan `request' lagi... Cik Mun memang tabik. Sebab `husband' Cik Mun sendiri yang orang kampung, kakak dan adik-adik pun tak sanggup nak makan dek kepahitannya.
Tapi kalau dah suka... akan rasa pahit-pahit lemaknya...macam Cik Mun pun masa makan buah pala pada `fisrt time' dulu la. Mula-mula tak suka, tapi bila makan, makin ketagih dan ketagih.
Kalau nak cuba, resepi dan cara membuatnya seperti di bawah ni...
Bahan-bahannya:
2 cekak ulam pucuk stang (dicelur dengan air panas 10-15 minit, toskan dan dipotong)
½
cawan kelapa parut
Cili
besar (merah) secukupnya
1
sudu jus asam limau nipis
Garam secukupnya
½
inci belacan (dibakar dulu)*
Ikan
bilis (goreng garing dahulu) *
2-3
biji cili api (nak pedas sila tambah
lagi) *
Perasa (optional)
1/4 biji bawang besar (hiris nipis-nipis)
Semua bahan bertanda *
ditumbuk halus.
Simpan sedikit ikan
bilis goreng untuk tabur.
Cara-cara Membuatnya;
- Gaulkan kelapa parut dan daun stang yang dipotong dengan semua bahan tumbuk, bawang, air limau nipis dan kelapa parut.
- Sedia dihidangkan dengan nasi panas dan ikan goreng/Lauk pauk lain.
Saiz hidangan untuk 2 orang.