Memaparkan catatan dengan label Pulut. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pulut. Papar semua catatan

Selasa, 10 November 2015

Pulut Nyior Tabur

 Kalau hujan-hujan Cik mun mesti akan teringat hidangan ni. Satu lagi yang sinonim ialah ubi kayu rebus cindah dengan gula perang dan kalapa/nyior tabur. Tengok balik hidangan ni pun boleh meleleh air liur.


Maklumlah, sekarang ni musin hujan. Kalau makan ni waktu pagi pekena pulak dengan kopi o yang dibancuh kaw kaw. Kasi terangkat. Boleh pergi sampai 2 pinggan. `Mr Hubby' Cik Mun pun sukakan masakan ni.

Kalau berminat, resepi yang Cik Mun nak abadikan kat sini:


Bahan-bahannya:
2 cawan beras pulut (basuh dan toskan)
2 cawan air
secubit garam
1-2 titik minyak masak

Ikan sepat kering (goreng)
Kelapa parut

Cara memasaknya:
  1.  Didihkan air hingga menggelegak, masukkan beras, garam dan minyak.
  2. Masak seperti memasak nasi hingga siap.
  3. Hidangkan dengan kelapa parut dan ikan gelama kering.

Saiz hidangan : 3 orang


 

Sabtu, 13 Jun 2015

Pulut Kacau Sama Harum Manis

 Gambar 1 : Dah lama teringin nak makan

Gambar 2 : Harum manis yang menggoda

Sekarang ni kat tempat Cik Mun dok femes pasal mempelam harum manis. Ada keluar kat paper beritanya ada pemilik kebun harum manis yang duduk kat perlis tu sanggup menggaji pengawal untuk jaga harum manis ni. Terasa nak tahu juga apa yang hebat sangat harum manis ni sampai menjadi sebutan, sampai kan harganya mencecah RM23.00 sekilo.

Buah ni mr. Husband yang beli dari ofismatenya. Punya la nak menggalakkan beli, sampai satu ofisnya disuruh ambil dulu. Dah gaji baru bayar. Husband pun terpengarauh jugak la. Dah ramai membernya yang order, dia pun order la jugak.

Tapi memang patut lah menjadi sebutan. bila masa dok kupas kulit pun, wangi harum je bau buahnya. Husband beli 3 biji je, dalam sekilo lebih beratnya. Anak tak suka makan. Kami dua beranak je yang tibai. Dalam pasa tu, Cik Mun buat jugak le pulut kacau untuk lepas hajat nak makan harum manis sama pulut. 

Pada sesiapa yang nak tahu resepi dan cara memasaknya seperti di bawah ni.


Bahan-bahannya:

250gm beras pulut
200ml santan pekat
1 sudu teh garam
1 sudu gula putih
3 biji / 1.5kg.  mempelam harum manis

Cara memasaknya
  1. Beras pulut direndam dengan air suam selama 1 jam
  2. Campurkan santan, beras pulut, gula dan garam dalam satu bekas.
  3. Kukuskan campuran tersebut selama 45 minit hingga 1 jam dengan ianya dikacau/diadukkan sekali sekala bagi memastikan semua campuran sekata/sebati. 
  4. Jika kurang masak/mentah, teruskan mengukus hingga beras betul-betul masak. 
  5. Angkat dan hidangkan dengan mempelam harum manis yang telah dikupas.
Saiz hidangan untuk 4 orang.

Jumaat, 21 Mac 2014

Pulut Jagung Kukus Sama Sambal Tempe Berkacang Panjang.

 Rasa mulut ni teringin  sangat nak makan pulut yang dalammnya ada jagung. Kalau kat pasar malam tempat Cik Mun jarang ada orang jual benda yang `cam gini'. Sebab teringin sangat nak makan, Cik Mun buat la sendiri. Boleh la walaupun tak sama macam masakan emak, tapi Cik Mun belajar buat sendiri. `First time' buat, terus menjadi. Resepi pulut ni Cik Mun ikut pengalaman suami yang dah biasa buat lemang. Kalu nak `try', boleh intau resepi kat bawah ni.


RESEPI PULUT JAGUNG KUKUS

Bahan-bahannya:

250gm beras pulut
1 tongkol jagung
200ml santan pekat
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk kunyit (tak letak pun tak mengapa)
1 sudu gula putih

Cara memasaknya


  1. Beras pulut direndam dengan air suam selama 3 jam
  2. Campurkan santan, beras pulut, gula, garam dan serbuk kunyit dan jagung dalam satu bekas.
  3. Kukuskan campuran tersebut selama 45 minit hingga 1 jam dengan ianya dikacau/diadukkan sekali sekala bagi memastikan semua campuran sekata/sebati. 
  4. Jika kurang masak/mentah, teruskan mengukus hingga beras betul-betul masak. 
Saiz hidangan untuk 3 orang.



Selalunya orang kalau dah buat pulut berjagung ni akan makan dia saja tanpa ada apa-apa sambal. Tapi apa nak dikisahkan. Ini resepi Cik Mun dan tekak Cik Mun yang nak makan. Kira ok jugak la kan. Dah makan sesuatu yang manis, nak `balance' kan jugak kasi pedas. Baru la `best' kan? Resepi dan bahan-bahnnya kalau nak cuba seperti berikut:


RESEPI BAGI SAMBAL TEMPE BERKACANG PANJANG

Bahan-bahan:

150 gm keping tempe (digoreng dahulu)
50 gm ikan bilis (digoreng dahulu)
50 gm kacang tanah (digoreng terlebih dahulu dalam minyak/goreng kering)
3 batang kacang panjang 
2 sudu besar gula putih
1/2 sudu besar gula merah
Air asam jawa secukupnya
1/5 sudu teh ajinomoto
1 biji bawang besar*
2 biji bawang kecil 
2 ulas bawang putih*
5-8 biji cili kering*
 
Semua bahan bertanda * dikisar halus.


Cara-cara memasaknya:
  1. Panaskan minyak (anggaran 4-5 sudu besar)
  2. Tumiskan bahan blender hingga pecah minyak/hingga betul-betul kering.
  3. Perasakan dengan gula putih, gula merah,  garam, air asam jawa dan ajinomoto secukupnya.
  4. Masukkan tempe, ikan bilis dan kacang tanah yang telah digoreng dan sebatikan.
  5. Angkat, taburkan dengan daun bawang dan hidangkan.
Saiz hidangan adalah untuk 3 orang.