Memaparkan catatan dengan label kudapan/jajan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kudapan/jajan. Papar semua catatan

Khamis, 23 April 2015

Capati 3 Kuah

 Gambar 1 : Capati 3 keping 3 kuah. Kuah lebihan sardin, 
kuah lebihan kari daging dan lebihan sambal ikan bilis terung belalang `pop'


Gambar 2 : Dapat makan ni tak makan nasi pun dah okey
 
 
Salam Khamis... Cik Mun buat menu ni masa petang di hujung minggu Sabtu yang lalu. Tapi baru sekarang ni nak masukkan `entry' kat dalam blog ni. Al-kisah nak buat menu ni, merata-rata cari Tepung Attar kat kawasan pekan kecil tempat Cik Mun kerja (Pekan Lenggong). Tak jumpa sebab kedai runcit yang selalu Cik Mun beli tepung ni tutup. Sudahnya bila pergi `shopping' pagi Sabtu di Gerik, baru jumpa. Itu pun bila gigih mencari Tepung Attar ni sampai sanggup singgah 2-3 kedai. Dalam pada tu, baru Cik Mun tahu, rupanya tepung ni tak femes sangat. Kerana ada juga pekedai runcit yang tak tahu Tepung Attar tu macam mana dan apa fungsinya dalam masakan.

Terasa cam bijak le sikit sebab Cik Mun tahu. (kelakar perasan dirinya...)...Kalau nak try buat menu ni, resepi bahan-bahan dan cara memasaknya seperti di bawah ni...
 
 
Bahan-bahannya:
 
350gm cawan tepung atta
90ml cawan air suam*
1 sudu garam/secukup rasa*(*disatukan dan kacau dalam air suam hingga garam larut)
3 sudu besar camca mentega / atau minyak sapi cair boleh digunakan


Cara-cara Membuatnya: 
  1. Masukkan tepung atta dalam mangkuk, gaulkan dengan 3 sudu margerin hingga sebati. 
  2. Buat lubang ditengah-tengah tepung tadi. Tuang air suam bergaram sedikit demi sedikit, gaul dengan tepung. Tuang lagi hingga habis dan terus menggaul hingga menjadi doh.
  3. Tinggalkan/rehatkan doh lebih kurang 30minit. Tutup dengan towel bersih yang lembab supaya doh tidak kering di permukaan luarnya.
  4. Bahagikan doh pada 10 - 12 bahagian, bulat-bulatkan.
  5. Tabur tepung pada meja kerja. Ambil 1 biji doh, leper-leperkan di atas tangan sebelum dicanai. Buat hingga siap baki bagi semua doh.
  6. Panaskan non-stick pan dengan api kecil. 
  7. Letak sekeping capati dan masak (sebelum tu buang dulu saki baki tepung di doh yang telah di canai supaya tepung baki tidak hangit dan tinggalkan rasa hangit/pahit pada capati dengan cara lambung doh antara 2 tapak tangan). 
  8. Tekan permukaan capati dengan sudip/tuala bersih. Bila kelihatan pucat, terbalikkan dan masak sekejap lagi hingga sedikit perang/timbul gelembung. Angkat dan buat kaedah sama untuk baki doh yang lain. 
  9. Letakkan capati yang telah dimasak di dalam bekas yang tertutup agar wap yang terhasil dapat melembutkan capati supaya bila sejuk tak keras. 
  10. Hidangkan bersama kuah yang digemari/saki baki kuah yang tak habis. Hehehe...
 
 
Saiz hidangan : 4 orang makan (dapat sorang 2 keping) muhahaha...

# Terima kasih pada mat gebu, Dapur Tanpa Sempadan sebab Cik Mun tiru resepi dia. Tapi ekjas ikut suka hati dan tekak. mohon izin ye CM... . Hohoho...

Jumaat, 3 April 2015

Kerepek Ubi Pedas `Sweet-sweet Sour'

 Gambar 1 : Kalau Cik Mun makan sorang pun tak cukup.

Bahan-bahannya

1 biji ubi kayu besar (+/-1 kg)
15-20 biji cili kering*
2 biji bawang besar*
3 biji bawang kecil*
6 sudu gula
1 sudu gula merah
garam secukupnya
1 keping asam keping

Semua bahan bertanda * hendaklah diblender hingga hancur.


Cara-cara Memasaknya:
  1. Kupaskan ubi kayu, basuh dan toskan hingga kering airnya.
  2. Gunakan penyagat, sagat nipis ubi kayu. 
  3. Gorengkan hingga rangup/kekuningan ubi kayu tersebut. Angkat dan ketepikan.

 Gambar 1 : Bahan basahnya: ubi kayu


Gambar 2 : ubi kayu siap dikupas



Gambar 4 : Jangan letak terlalu banyak hirisan ubi. Kasi ngam ngam je...      
                                            
          
Gambar 5 : Ubi goreng pon sodap!     

 Gambar 3:  Kasi kuah salut pedas `sweet sweet sour'!

  1. Dalam kuali yang lain, panaskan minyak. Tumis semua bahan blender hingga pecah minyak.
  2. Masukkan asam keping, gula, garam dan gula merah. Kacau selalu bagi mengelakkanya hangit di dasar.
  3. Masukkan ubi yang telah digoreng dan sebatikan dengan kuah cili.
  4. Angkat dan sedia dihidangkan.
Saiz hidangan : 6 orang makan.

Rabu, 1 April 2015

Gambar 1 : Kerepek dalam bekas pink ni `special' untuk birasku...

Alhamdulillah..duduk kat kampung ni, ada peluang untuk berbakti pada tanah. Hasilnya dikongsi pula ramai-ramai dengan jirang tetangga. Kalau jiran pun ada hasil pada tanaman mereka yang sekangkang kera tu, maka akan di sedekahkan jugak kepada Cik Mun.

Gambar 2 : Kerepek yang dok dalam bonjot-bonjot plastik tu untuk simpan kat rumah. Senang, kalau tak habis makan boleh bawak terus pegi tempat kerja.

Dah banyak sangat pisang tanduk. Walupun sebiji je, tapi dan boleh dapat setengah batang kalau buat kerepek. Bagi kerepek yang sebanyak ni, Cik Mun hanya buat dengan menggunakan lebih kurang 10 biji pisang saja. Yang selebihnya Cik Mun bagi makan arnab dan sedekahkan pada jiran tetangga...

Gambar 3 : Goreng sampai garing betul-betul tau!

 Gambar 4 : Pisang yang dah dikupas, dibasuh dan ditoskan airnya.

Gambar 5 : Air menambah perisa...

Rasanya semua orang ahu nak baut kerepek macam mana. Tapi Cik Mun nak kongsikan juga kat blog ni sebab Cik Mun suka tengok bila tension-tensioan buat kerja. Jadi juga la pengubat stress, dan kepada yang tak suka tu tak pe... syoh! syoh! pergi main jejauh. Tak pun pergi google benda lain yang korang suka okey!


Bahan-bahannya;

Pisang tanduk 10 biji
1 sudu makan garam*
1/2 sudu makan serbuk Kunyit*
1 sudu gula*
2 sudu teh gara*
Perasa (optional)*

Bancuh semua bahan bertanda * dengan air suam 120ml hingga larut.


Cara-cara Memasaknya:

  1. Pisang tanduk dikupas kullitnya, dibasuh dan ditoskan airnya.
  2. Kuali dengan minyak didalammnya dipanasklan. Pisang disangat/dihiris ke dalam kuali terus ke dalam minyak panas. (Kalau sagat siap-siap baru nak masukkan nanti pisang melekat dan tak cantik).
  3. Masukkan bancuhan menambah perisa satu sudu makan ke dalam minyak panas.
  4. Goreng hingga rangup.
  5. Angkat dan hidangkan.
Saiz hidangan : Bangyak! banyak! Banyak orang makan! hehehe.. jangan mare...

Isnin, 16 Mac 2015

Donut Kentang Rangup Panas-panas

Banyaknye.................. donut ni pakai bedak!

Cik Mun selalu buat Pizza. Tapi tak kan nak makan pizza sampai termuntah kan? Nak uli doh pula (kalau 1/2 kilo tepung) tak berapa pandai nak budget, kalau nak buat 2 dulang pizza je (ukuran 10 inci), ada pulak tepung yang terlebih. Makanya, Cik Mun pun datanglah ideanya nak cuba gunakan `dough' yang sama, buat donut pula. Hasilnya... Alhamdulillah menjadi.. satu piza yang pedas dan satu donut yang manis...

Cik Mun suka donut ni sebab kulit luarnya ianya rangup kalau makan`time' panas-panas. Makan kat luar rumah, `time' petang, angin sepoi-sepoi bahasa. Nak letak coklat sebagai ganti gula pun boleh...Ikut suka tuan punya tekak .

Kalau nak cuba.. resepi ni Cik Mun `copy paste' dari Blog Cik Mun gak.. seperti berikut:


Bahan-bahannya:
  1. 500gm tepung gandum
  2. 2 biji kentang saiz sederhana besar.
  3. 1 sudu makan margerin
  4. 1 sudu makan gula putih*
  5. 1 sudu teh garam*
  6. 1 sudu makan yis/mauripan*
  7. 150ml air suam/susu sejat*
 Semua bahan bertanda * dibancuh bersama-sama dan dibiarkan anggaran 4-8 minit hingga kembang.
 
Cara-cara memasakknya:
  1. Kentang yang dikupas kulitnya direbus hingga empuk dengan secubit garam dan dilenyekkan. Ketepikan.
  2. Semua bahan doh dicampurkan bersama dengan bahan yang dibancuh dan diuli hingga tidak melekit. Jika air susu tidak mencukupi, masukkan air biasa yang agak suam-suam kuku tu.
  3. Rehatkan 45 minit-1 jam hingga doh naik hingga 2 kali ganda dari saiz asal. (Tutup dengan `kitchen towel' bersih yang lembap untuk elakkan bahagian atasnya kering).
  4. Setelah naik 2 kali ganda, buangkan angin dan canaikan untuk diterap bulat dan lubang di tengahnya.  Tunggu lagi hingga lebih kurang 30 minit.
  5. Setelah 30 minit/kembang 2 kali ganda dari saiz asal terapan donut tu, angkat goreng dalam minyak secara tenggelam hingga kekuningan dan masak.
  6. Angkat dan taburkan dengan gula halus/coklat.
Saiz hidangan :  8 orang makan.


Khamis, 4 Disember 2014

Pasembor Kegemaranku...

 Pasembor Bekas Kuah 1 Love U..

 Makan sekali nak lagi...

Hari-hari minggu yangada jangan dibiarkan kosong, berlalu tanpa apa-apa asakan yang best untuk family. Cik Mun akan buat je apa-apa yang rasa dapat memuaskan hati a.k.a mengisi masa lapang dan perut yang kosong. Ha ha ha...

Entry kali ni pasal cuti semalam yang Cik Mun gunakan untuk jaga kedua-dua anak yang deman. Alang-alang dah duk kat rumah tu, Cik Mun masak pasembor kegemaran kami sekeluarga. 

Kalau nak beli pun berapa ringgit le sangat. Tapi tak best kalau cam gitu. Tak de ah air tangan Cik Mun kan? Lagi pun orang yang jual tu selalunya akan lebihkan cucr je, isi ikan, sosej dan taufoo petak selalunya berkira sangat diaorang nak letakkan banyak2.

So, Cik Mun bpun buatlah sendiri, lepas tu kasi kat ayah mertua, biras dan sesape je lah yang datang buat mesyuarat tingkap kat umah Cik Mun. TERBAIEKKK!

Kalau nak cuba, bahan-bahan dan resepi seperti di bawah ni...

  
  CUCUR IKAN BILIS


 Bancuhan Cucur Kucai Sama Taugeh

 Gorengngannya Cucur Kucai Sama Taugeh. 
Tak tunjuk nanti korang tak percaya Cik Mun yang buat.


CUCUR IKAN BILIS

Bahan-bahan Cucur Ikan Bilis Bersayur
 
200g tepung gandum
1 sudu makan mauripan
Garam secukup rasa
Sedikit genggam ikan bilis -  - Tumbuk tapi jangan hancur sangat
1 biji bawang kecil - Tumbuk tapi jangan hancur sangat
Minyak untuk menggoreng
Sedikit daun Kucai
1 sudu teh serbuk kunyit.
Sedikit Taugeh
Sedikit daun kucai

Cara Masak Cucur Ikan Bilis Bersayur
  1. Campur semua bahan kecuali  minyak. Gaul sebati. 
  2.  Perapkan hingga adunan naik 2 kali ganda dari saiz asal (kira-kira 45 minit)
  3. Masukkan kedalam minyak dan goreng hingga perang keemasan. 
  4. Angkat dan toskan minyak.



  KUAH KACANG


Bahan-bahan Kuah Kacang
 
150g-200g kacang tanah  - (disangai ,buang kulit, dikisar)
70g bawang kecil (3 biji saiz sederhana) - ditumbuk kasar
3 sudu besar cili kisar - boleh tambah Kalau suka lebih pedas
50g gula merah 
60ml air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
 
Tips Penting  : Cik Mun tak letakkan garam sebab ikan bilis dan masin. Nanti nak makan, kuah kacang pun dan masin.

Cara Masak Kuah Kacang

  1. Panaskan minyak dan masukkan bahan tumbuk sehingga wangi. Kemudian, masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
  2.  Tuang air dan masukkan kacang kisar, gula melaka dan jus asam jawa. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masak dengan api perlahan sehingga kuah pekat sedikit. Matikan api.
 
 

Bahan-bahan Sampingan lain
 
Timun
Taugeh
Sengkuang
Telur rebus secukupnya- Cik Mun tak letak pun
Tauhu goreng/ Taufoo secukupnya
Hot dog/Sosej
Isi ikan
*boleh juga nak tambah apa-apa yg difikirkan sesuai*

Rabu, 2 April 2014

Bebola Ubi Kayu Cheese Hot And Spicy

 Banyak sangat ubi kayu hasil tanaman sendiri sampai tak tahu nak buat apa. Mula lah fikiran Cik Mun nak masak suka hati guna ubi kayu ni. Resepi ni rasanya tak ada kot zaman jepun dulu. Sebab guna cheese.

Close-up yang tak berapa terang. Hahahaha...
Resepi dan bahan-bahan seperti di bawah ini.



Bahan-bahannya
Sekitar 8-10 bebola ubi kayu (bergantung juga kepada saiz bebola)

Bahan A
100gm ubi kayu (disagat dan perah buang airnya)
10-15 ekor ikan bilis*
1/2 biji bawang besar*
3-4 biji cili kering (jika suka pedas boleh tambah lagi)*
2 keping cheddar cheese
Secukupnya minyak untuk menggoreng

Bahan yang bertanda * ditumbuk kasar.

Bahan B

50gm tepung gandum
25ml air
campurkan keduanya dan bancuh hingga sebati.

Cara Memasaknya:
  1. Gaulkan ubi kayu dan bahan tumbuk hingga sebati.
  2. Bulatkan dan bentukkan lubang di tengah dan isikan dengan cheese keping. Lagi banyak cheese lagi sedap!
  3. Celupkan ke dalam adunan tepung  dan gorengkan hingga keperangan.
  4. Angkat, tos hingga kering minyak dan hidangkan.
Saiz hidangan untuk 2 orang.