Memaparkan catatan dengan label Laman/berkebun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Laman/berkebun. Papar semua catatan

Khamis, 10 Disember 2015

Bunga Matahari Kecil Merah dan Kuning

Pokok bunga matahari kecil yang terbuang


Ekceli bunga ni Cik Mun beli untuk letakkan dalam rumah masa Hari Raya Aidilfitri yang lepas. lepas tu, semua bunganya layu dan kering. Bunga je la yang kering dan layu. Tapi pokoknya masih elok lagi. Cik Mun nak buang tapi mr hubby tak kasi buang dan letakkanya di bawah pokok rambutan di bahagian pintu masuk dapur rumah kami.

Sebulan lepas tu, Cik Mun terkejut lepas tengok pokok tu kembali keluarkan pucuk yang baru dan bunga-bunganya yang kecil tu sekali. Cik Mun ada ambil dahannya yang rimbun dan cucukkan di depan pondok di halaman rumah kami. Harap-harap hiduplah pokok bunga tu. Amin!

Jumaat, 4 Disember 2015

Pokok bunga Tak Tahan Panas

Pokok tak tahan panas


Hari minggu yang lepas Cik Mun jogging keliling kampung dengan anak sulung Cik Mun, Iskandar Ibad tu. Masa dalam perjalanan balik terjumpa jiran tetangga yang agak jauh kedudukan rumahnya dari Cik Mun. (selang 3 biji rumah je pon). Makcik tu tengah menyapu sampah di halaman rumahnya yang luas dan di tepi sungai tu. 

Kalu nak tahu, rumah makcik tu ohsem sangat sebab halaman rumahnya selalu je bersih tanpa ada daun-daun gugur rumputnya halaman rumahnya yang menghijau dan penuh dengan bunga bewarna warni tu. Cik Mun memang dah lama teringin bunga yang macam kat atas gambar tu. Bunganya seakan-akan bunga kaembong tapi bukan bunga kaembong. Kita panggil bunga tak tahan panas je lah ye.

Kebetulan masa lalu tu, Makcik tu dah tersengeh dan menegur Cik Mun. Beramah mesra lah kejap kami dan terus je ringan mulut Cik Mun ni mintak bunga ni dari Mak Cik tu. Memang baik Makcik tu sebab terus je dia bagi takde caj papepon.

Menurut katanya, bunga ni senang ditanam. Cuma cucukkan batangnya atas tanah, siram selalu dan letakkan di tempat yang agak redup menerima pancaran matahari maka suburlah ia...ekekekek! (ayat buku) Jangan terkena direct light sebab batang dan daunnya akan melecur dan mati. tamat!

Rabu, 18 November 2015

Bunga Gantung pink kecil-kecil

Bunga gantung pink kecil-kecil

rasa teang hati tengok bunga ni. Kalau marah pun tak jadi marah bila tengok bunga yang cantik. Hijau dan bewarna lembut bunganya.

Mudah untuk tanamnya. Cik Mun cuma kerat dahannya daripada pokok dewasa yang dah matang (kalau matang, dahannya bewarna coklat berkayu) dan cucukkan ke dalam tanah. Bunga ni kena disiram sekurang-kurangnya 2 kali sehari kalau cuaca panas/kemarau dan cukup sehari sekali je kalau cuaca mendung. Kalau musim hujan, senang lagi nak jaga, tak payah nak siram langsung.

Pasal membajanya pulak, Cik Mun campak je baja anggraan 2 sudu teh bunga setiap 2 minggu. Tapi ada juga masanya Cik Mun terlupa nak membajanya (kadang sampai sebulan) pun bunga elok je banyak yang keluar.

Cik Mun ada lebih 5 pasu pokok bunga ni yang Cik Mun gantungkan kat depan pintu masuk dapur rumah. Bila dah banyak pasu dan semua pasu bunga tu meriah bunganya macam ni, semangat je nak menanam bunga-bungaan ni.

Harap kemeriahan bunga ni berterusan. Amin!

Ahad, 4 Oktober 2015

Semai Sendiri Pokok Epal

 Gambar 1: Biji buah epal.

Biji buah epal kat atas tu yang Cik Mun ambil dari epal yang dibeli dari pasaraya. Masukkan dalam tuppaware kecil, letakkan tisu lembab di dalammya dan letakkan biji epal. Simpan dalam peti ais. Lebih kurang 2-3 bulan, baru bercambah.

 
 Gambar 2: Media semaian.

Cik Mun gunakan media semaian yang mana ianya tanah hitam sahaja. Harap-harap hidup la...


 Gambar 3. : Pokok anak epal yang dah siap tanam...


Gambar 4: Anak cili padi.

Anak cili padi ni pun nak tanam jugak. Didik dulu sampai besar dalam bekas cawan polisterine terbuang. Dah besar sikit baru ubah ke dalam tanah. Bekas semaian cili padi ni Cik Mun ambil dari bekas mainan anak yang anak-anak Cik Mun beli dari kedai. Kecil je bekasnya. 

Masa memasak kat dapur, ada cili padi yang rosak  sebab lama sangat simpan dalam peti ais. Cik Mun tengok banyak biji-bijinya banyak. Tak sangka pula bila semai boleh bercambah. Masa tempoh semaian tu, Cik Mun letakkan media kat tepi sinki. dengan cara u, memang tak lupa ak siram setiap hari. Waktu pagi dan petang. Lain kali, Cik Mun akan kongsikan perkembangan pokok cili ni.


Jumaat, 2 Oktober 2015

Buah Kedondong

 Gambar 1

Pokok kedondong yang Cik Mun beli dan ditanam Mr Hubby dah mengeluarkan buah. Tak lah banyak sangat. Tapi cukup nak melayan kempunan kami jika teringin nak minumnya. Di kantin Ofis Cik Mun tu, air asam boi ni dipanggil air kabaid. Kabaid tu digunakan untuk pasang pelita zaman dulu-dulu tu, ataupun  yang buat bom tu.. apa pun, itu cuma nama, bukannya letakkan kabaid betul-betul dalam air tu.


 Gambar 2


Cik Mun beli pokok kedondong ni kat Pasar Tani Ari Khamis kat Pekan Lenggong. Rasanya dah hampir 3 tahun usia pokok ni. Alhamdulillah, tak putus-putus keluar buahnya. Cik Mun minta Mr Hubby untuk pangkaskan pokoknya supaya pokoknya rendang.  Tapi memandangkan pokok agak hampir dekat dengan pokok betik maka ia berebut cahaya matahari dengan pokok betik dan terpaksa berjuang untuk `survive'. (Ayat beria) kah kah kah

Gambar 3

Buat masa ni, buah-buahnya masih lagi boleh dipetik dengan tangan sebab pokoknya rendah. Tapi kalau dan tinggi, kena la pangkas lagi. Leceh nanti kalau nak ambil buah kena pakai galah. takde feel nak ambik makan. 

Masa tulis `entry' ni, tetiba je teringin nak miNum air kabaid. Nanti2 Cik Mun buat dan akan kongsikan kat dalam blog ni ok.

Selasa, 29 September 2015

Pokok Betikku Patah

 Gambar 1


 Hari Jumaat yang lepas, hujan dan angin di kampung Cik Mun duduk kuat sangat. sampaikan pokok betik yang slim kami tu patah. Pohok yang patah tu dipangkas supaya pokoknya nampak lebih kemas.


Gambar 2

 Berterabur buahnya atas tanah. Ada yang tua, ada yang muda. Yang tua tu ok la. Kalau peram boleh masak dan manis nak dimakan. Tapai kalau yang muda tu, tak akan masak, akan mengecut dan kena buang je la. Manakala yang tua tapi nak nak dimakan masak, Cik Mun akan buat somtam. (Resepi seperti di SINI)


Gambar 3

Ini lah hasilnya. Banyak sangat. Tak termakan. Cik Mun suruh Mr. Hubby sedekahkan kat sesiapa saja yang nak. Rumah kami kat tepi jalan (agak sibuk juga). Lepak kat tepi kerusi taman (pada pagi Sabtu tu) yang dekat dengan jalan tu sambil makan sarapan, ada je orang sekampung yang lalu dan menegur betik banyak je, kami pelawa untuk ambil. Alhamdulillah habis jugak le. 

Buah sebijik yang warna coklat tu bukan betik ye, tapi buah kelapa/nyior. Bawak je ke kedai dan upah parut RM.050. Dapat lah bekalan santan Cik Mun sekeluarga untuk sebulan. (Sebab bukannya nak guna hari2 santan tu dalam masakan)

Nak sedekahkan duit, kami pun cukup-cukup je. Apa yang ada dalam kebun kecil ni kami kongsikan dengan orang kampung dan binatang-binatang. Dapat jugak pahala buat bekal kat sana nanti.


Selasa, 16 Jun 2015

Pokok Bunga Pink dan Putih (tak tau nama)

 Gambar1

Gambar 2

Pokok ni Cik Mun tak tahu namanya. Bunganya cantik. Ada yang bewarna pink dan putih. Pink tu memang warna kegemaran Cik Mun. Dan bunganya yang warna putih pulak memang cantik sekali kalau dipandang pada waktu malam bila bunga tu kena sinaran lampu. Rasa seri je laman Cik Mun di malam hari pun.

Cik Mun ambil banyak benihnya dan tabur kat dalam petak kebun herba daun pandan kat tepi rumah. Lepas sebulan je, banyak betul anak-anak yang tumbuh. Nanti nak tanam berderet banyak-banayk. Dah dapat hasilnya Cik Mun akan `show off'  kat sini ek!

Sabtu, 13 Jun 2015

Pokok Keladi

 Gambar 1

Gambar 2

Bunga keladi yang ada dalam jagaan Cik Mun. Bunga ni yang Cik Mun tahu getahnya beracun. Tapi pelik jugak sebab arnab Cik Mun yang dibela secara lepas bebas boleh makan jugak pucuk pokok bunga keladi ni. Nampak tak kesan robek kat daun tu. Arnab la punya kerja.

Ahad, 24 Mei 2015

Berkebun di Musim Hujan

Bunga semaian.

Kalau musim hujan ni sekarang ni, paling seronok semai bunga. Benih bunga (keratan batang ke, anak pokok ke, anak benih ke...) Mintak je dari rumah jiran. Tak payah nak beli berbagai. Mahal kot?

Cik Mun cucuk je keratan batang tu pastu tak payah nak siram sebab hujan dah jalankan tugasnya bagi pihak Cik Mun. InsyaAllah bila musim hujan dah berakhir, ada anak pokok yang cantik.

Dah cantik tu biar je dulu anak pokok tu besar sikit sebelum semai ke tanah bulan disember esok. Tapi bila time takde ujan tu kena siram le. sekurang-kurangnya 1 sehari. (pagi ta sempat, siram pada waktu petang je lepas balik kerja).

Selasa, 12 Mei 2015

Kitar Semula Bahan Terpakai

Gambar 1: Ingat yang ni bila dah besar, nak buat sebagai penutup pagola dari tempat parking kereta menghala ke rumah.

Gambar 2 : Yang ni Cik Mun letakkan kat tepi meja batu kat halaman rumah.

Gambar 3: Ha... dah banyak-banyak, berderet-deret Cik Mun susun.
# Abaikan  gambar pokok bunga jarum yang tak berpasu dan satu je pokok bunga kertas yang ada dalam pasu tu. Sebab tajuk entri ni pasal recycle kan?

Nape nak membuang je tong plastik minyak masak 5 kilo tu. Baik potong dan manafaatkannya untuk buat pasu bunga. He hehe...cantik tak?

Semua gambar ni Cik Mun snap masa dalam Bulan Januari 2015 yang lalu. Baru sekarang nak update. Galak betul bunga kertas berbunga pada masa tu. Kemarau la katakan....

Jumaat, 8 Mei 2015

Kebun Rose Cik Mun

Gambar 1 : Rose kaler merah menyala

Gambar 2 : Rose Kaler Peach

Gambar 3 : Rose kaler kuning dan peach

Gambar 4 : Rose kaler putih dan orenge

Gambar 5 :Damai jiwa melihatnya. Wangi pulak tu rose kampung putih ni.

Gambar 6 : Rose merah menyala. tak wangi sebab bukan ros kampung kot.

Gambar 7 :Rose gak ke ni?
menyibuk je!

Penjahanam biji benih

Gambar 1 : Ulat gonggok

Banyak sangat ulat gonggok ni masa musim hujan kat rumah Cik Mun. Memng dia sukakan habitat yang sejuk-sejuk lembab. 

Ada terbaca dalam beberapa blog. (dah tak ingat sebab lama sangat), ulat gonggok ni suka makan biji benih. Alhamdulillah lah bunga rose yang Cik Mun beli semuanya dah berpokok. so, tak de lah lagi biji benih Cik Mun yang kena makan kot. Hahaha... save budget!

Jumaat, 1 Mei 2015

Teratai Layu di Tasik Madu

Meh kita zoom out pasal bunga teratai. Bunga ni hanya berkembang pada masa matahari terik terpancar je. Sebabnya, walaupun duduk kat tepi rumah je, susah betul nak cari masa nak snap bunga ni masa ianya tengah berkembang. Asyik-asyik dapat time bunga ni kuncup je.

Jangkahayat bunga ni tak lama sangat. Kira-kira 1 minggu lebih je untuk 1 kuntum. Tapi kalau dah tak berkembang, akan muncul pulak kudup yang lain. kudup yang lama akan tenggelam ke dalam air kolam mini Cik Mun tu.

Husband Cik Mun sebenarnya yang tanam bunga teratai ni. Katanya bukan calang-calang orang yang boleh tanam teratai hingga ianya berbunga. So, dalam blog dan kat luar pon Cik Mun ucapkan bebanyak terima kasih kat dia. Muah muah muah.

Untuk menjamu mata, jom layan gambar2 teratai ni. Tapi apa namanya spesis teratai ni ek?


 Gambar 1 : Pandangan atas

 Gambar 2 : Pandangan sisi

 Gambar 3 : Bunga terarai berkembang

 Gambar 4 : Warnanya ungu

Gambar 5 : Di tengahnya kuning..


lklk

Ahad, 5 April 2015

Bunga Orkid Berbawang



Cik Mun memang suka bunga. Kalau ada Pasar Tani Hari Khamis  di Lenggong, mesti akan pergi juga, jamu-jamu mata tengok apa yang berkenan. Kalau tak beli pun, boleh puas hati sebab dapat tengok je...lepas tu, mana-mana yang berkenan, Cik Mun akan kumpul duit (lebihan belanja dapur) untuk beli barng-barang yang tak berapa penting ni...(Maklumlah...sejak ada GST ni, semua barang jadi mahal)



Gambar 1 :Bunga orkid yang diborong; 3 semuanya.

Cik Mun beli yang lain-lain warnanya, tapi dari ejnis yang sama (berbawang). Nanti dah membiak/ada anak tunas bawang yang baru, bolehlah biakkannya lagi. Suke.. suke.. suke....


Gambar 2 : Orkid warna putih jalur pink.

Buat masa ni, Cik Mun dan ada 2 jenis orkid. Yang jenis memanjat (takde gambar dalam ni pon tapi ada kat rumah), dan yang berbawang ni...


Gambar 3 : Orkid warna putih.

Buat masa ni, simpan je lah dulu kat ofis...boleh tengok bunga sepuas-puasnya 
bila time bosan xde keje...


Gambar 3 : Orkid warna ungu.

Ahad, 16 November 2014

Pondok Wakaf Keluargaku Di Waktu Malam...

Pondok buruk yang comel dan nyaman.

Kalau sesiapa yang ada rumah kampung yang mana tanahnya luas dan banyak pokok besar menutupi yang meredupkan halaman rumah, amat rugi rasanya kalau tak manafaatkan keadaan tu. Cik Mun dan suami gunakan sepenuhnya peluang tu dengan buat pondok kat halaman rumah. Bukannya guna keseluruhan kawasan laman rumah. Cuma sebahagian kecil saja. Bahan-bahan yang digunakan pun semuanya daripada sumber terbuang sahaja.. Tapi masih dalam berkeadaan baik.

Pondok ni adalah hasil kerja tangan suami Cik Mun. Ukurannya lebih kurang 8x8 kaki. Dia yang pilih kayu-kayu hasil dari perobohan rumah lama kami dan dirikannya. Kiranya pondok ni siap dulu lah dari rumah kami. Dia buat pun sorang-sorang saja. Cuma minta bantuan rakan-rakan bila masa nak pasang atap. Sebab kena ada seorang yang kena hulurkan atap dari bawah.

Cik Mun rasa puas hati dengan pondok buruk ni. Walaupun tak cantik (sebab belum cat lagi kot)  tapi selesa untuk kami sekeluarga nak santai petang-petang kadang-kadang malam malam pun. Suami Cik Mun kreatif. Dia ambil lampu minyak gasolin yang lama dan letakkan mentol lampu di dalammya. Kipas buruk kami yang dah patah lehernya pun dia baiki dan letakkan di pondok ni. Ada lampu, ada kipas. Kalau tetamu yang datang walaupun pada hari raya, diaorang lebih suka lepak kat pondok ni berbanding masuk ke dalam rumah. 

Entahlah! Mungkin tetamu-tetamu ni selesa dengan udara luar yang segar, bebas mata memandang pokok-pokok yang hijau dan bunga canmtik yang Cik Mun tanam tu. Lokasi rumah Cik Mun pun terletak di sebelah taman permainan. Dah rasa macam duduk dalam taman bunga.  Alhamdulillah.. rezeki anak-anak makanya Cik Mun dapat beli tapak rumah ni...

Isnin, 10 November 2014

Aktiviti Di Hari Minggu Yang Damai...

 Bersihkan pokok yang dah meninggi dan compang camping 

 Kena kejar dengan kelulut. Lari kejap

Lari kiri.. lari kanan.. nasib baik kelulut ni tak ada sengat macam lebah...

 Dah penat lari, cakar sampah pulak....

 Ada budak kecik 2 orang ni yang nak nolong pulak...

Tolong menjahanamkan laman rumah ada la... Carik harta karun katanya....

Berkumpul sekeluarga di hujung minggu memang seronok sangat. Cik Mun akan bangun seawal 6 pagi...sembahyang dan lepas tu masak apa yang patut. Dah panas sikit badan memasak dan berkemas, baru mandi.

Lepas tu dalam pukul 7.30 baru lah Cik Mun akan keluar, sidai kain dan belek bunga-bunga kesayangan. Kalau nak tahu, Cik Mun kalau pada hari bekerja Isnin hingga Jumaat pun memang akan set untuk bangun pagi-pagi, nak `spent time' walaupun sekejap untuk tengok kejap bunga-bunga dan siram mana yang sempat. Hati rasa tenang je kalau dapat buat macam tu...

 Adik Iman `peace...' ...

 Mr husband rehat sebab penat kemas halaman rumah.

 Macam gambar komersial je..

Dalam pukul 11 pagi, matahari dah meninggi dan panas.. lepak kat pondok. Buat air minum sirap ke.. air markisa dari kebun sendiri ke...lalu pulak makcik aiskrim depan rumah...bekorban la duit-duit kecik tu beli aiskrim untuk budak kecik dua orang tu.. Ibu dan ayah pun tumpang sekaki...

Alhamdulillah.. keluargaku yang bahagia...rumahku yang damai...doakan kami selamanya begini. 
Amin!

Sabtu, 8 November 2014

Kolam Mini Si Ikan Kapi

Pasu besar dan leper yang dijadikan kolam mini...

Cik Mun idamkan taman yang ada air pancut yang sentiasa mengalir ainya. Tapi ntah bila la akan dapat taman yang macam gitu.. Buat masa n i.. ini je la yang mampu Cik Mun dan `mr Husband' usahakan. Kira okey lah ada walaupun ntah apa-apa daripada tak ada langsung...

Dalam kolam kecil tu ada Si Ikan Kapi. Senang nak membela ikan kapi ni. Ambil je sepasang, jaga elok-elok dan akan beranak pinak lah ikan tu. 

Kat tepi-tepi tu pulak Cik Mun tanam pokok bunga ungu yang ala-ala lavender tu. Ntah apa namanya. Renek pokoknya. Ada jugak pokok buluh. Tapi yang renek je sebab kalau besar sangat susah nak `maintain' pulan kolam mini ni...

Bunga ungu tu, Cik Mun ambil dari `ofis'. Dari hanya satu ranting yang Cik Mun ambil, dah berkembang biak jadi banyak. Gembira rasanya hati bila tengok taman ni. Tenang je.

Dalam kolam aka pasu tu, Cik Mun letakkan kiambang. Daun je yang ada. Bunganya tak pernah nampak pun. Kalau berbunga nanti Cik Mun tangkap dankongsikan dalam ni..

Itu lah dia kolam mini Cik Mun. Ada tepi pondok buruk dalam lamam rumah Cik Mun...

Khamis, 6 November 2014

Bunga Naungan Si Sepit Udang Kuning


 Bunga Sepit Udang Kuning di bawah pokok ekor merak.

Bunga Sepit Kuning Udang di bawah pokok manggis.


Ada banyak sumber yang megatakan bunga sepit udang ni tak boleh duduk di bawah naungan. Tapi Cik Mun punya pokok ni di bawah naungan dan okey je.. berbunga pun...

Mungkin pokok yang naungnya kurang daun kot... mungkin! 
Apa pun, Cik Mun sukakan bunga sepit udang ni sebab bunganya tahan lama. Lepas tu pokoknya mudah nak tanam dan tahan lasak. Senang nak jaga sebab alau tak jirus pun segar bugar je....