Memaparkan catatan dengan label Air. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Air. Papar semua catatan

Isnin, 16 November 2015

Soya Susu `Hommade'

 Perisa tambahan: Susu Fearnleaf


 Walaupun cawan plastik, nampak selekeh, tapi sedapnya air ni mangalahkan restoren 5 bintang



 Kasi reader teringin, air yang pekat, manis berkrim sebab tambah susu, sejuk pulak tu...


 Bahan-bahannya: Kacang soya 250 gram, rendam semalamam. Blender dan tapiskan. 
 
 Daun pandannak kasi air soya tu wangi.
Sepatutnya disimpulkan. Tapi redah je lah labu!


Jerang/rebus air tu dengan campurkan gula secukup rasa dan daun pandan. Last sekali kalau nak minum barulah campurkan susu masa soya ni suam-suam kuku. Jangan campurkan susu masa soya ni dok panas menggelegak. Nanti hilang khasiat susu tu. (Kalu campur masa panas-panas, protein dalam susu tu akan musnah - cer try google sindri ok?)



 

Isnin, 7 September 2015

Air Hijau

Tolong fokus pada minuman hijau yang ada dalam cawan tu ye. Yang lain tu abaikan. menepek je...




Actually, minuman ni kami geng pompuan ofis buat semasa jamuan raya ofis pada bulan Julai 2015. Ada balance dan kakak-kakak ofis tu letakkan dalam peti ais. So, masa bawak bekal makan tengahhari di pejabat, CikMun pun perabihkan lah apa yang berbaki tu...


Bahan-bahan dan Cara-cara membuat air hijau macam kat bawah ni. Sekadar untuk rujukan Cik Mun di masa hadapan je... Terima kasih kepada Kak Aya sebab sudi kongsikan resepi ni.

Bahan-bahan

25ml pewarna hijau (Cik Mun guna jenama star brand).
Orange sanquick (perisa oren) botol kecil je...
esen/pewangi pisang
3 kilo gula
Air secukupnya (sekadar nak cairkan gula)

Cara-cara Membuatnya;
  1. Didihkan air. Ikut suka nak letak banyak mana. Tunggu hingga mendidih.
  2. Masukkan gula dan oren sanquick. Kacau sekali sekala.
  3. Tunggu sekali lagi hingga mendidih.
  4. Tutupkan api, masukkan pewangi pisang.
  5. Angkat, sejukkan dan simpan dalam peti ais.
  6. Jika nak guna, campurkan dengan air biasa hingga tahap kemanisan yang dikehendaki dan letakkan ais kiub.
Tips : Jangan terkejut jika lepas campurkan pewangi pisang air akan berbuih.