Rabu, 25 Jun 2014

Lala Masak Chisam




Dah lama Cik Mun tak makan lala. `husben'  dan putera sulung Cik Mun memang suka makan lala. Siap ratah-ratah lagi. Kalau diikutkan Cik Mun selalu masak lala `sweeat sour' je. Tapi kali ni saje je mencuba resepi yang baru. 



Rasanya sedap jugak.. Mungkin tekak ni kena masak selalu baru dapat rasa nak tambah apa-apa yang patut nak bagi special lagi. sekarang ni tak berapa pandai nak masak lala. ikut resepi je...

Kalu nak `try', resepi seperti di bawah ni.

 
Bahan-bahan

500gm lala
3 ulas bawang putih*
2 sudu taucoo*
1 batang serai *
 5 biji cili padi*
1 sudu sos tiram
2 biji kentang (dipotong dadu kecil-kecil)
2 helai daun limau purut
2 sudu cuka
1 biji cili besar
Gula dan garam secukupnya
Minyak secukupnya untuk menumis
Perasa (optional)

Bahan-bahan bertanda * ditumbuk lumat kecuali serai sahaja yang hanya dititik.

Cara-cara memasaknya:

  1. Tumiskan bahan bertanda * hingga naik baunya/garing
  2. Masukkan sos tiram, cuka dan kentang dan lala.
  3. Tunggu hingga kentang empuk dan dan lala masak. Setelah itu, barulah masukkan daun limau purut, garam dan gula secukupnya.  (Jangan terlalu banyak garam dan gula keranan taucoo dan sos tiram sudah sedia masin dan lala pula manis isinya).
  4. Angkat dan hidangkan. taburkan dengan  cili besar yang dipotong bulat.

Saiz hidangan untuk 4 orang.

Jumaat, 20 Jun 2014

Kek Lapis Coklat Cheese



 Cik Mun ni memang suka sangat buat kek kalau ada kedatangan tetamu. Kek ni Cik Mun buat atas dasar nak menjamu tekak adik perempuan bongsu Cik Mun, Munirah yang bertandang selama 3 hari di Rumah Cik mun. Dia memang suka sangat makan segala mak nenek kek yang ada cheese


 Abaikan pemandangan belakang kek yang kurang best tu. Almaklumlah.. rumah orang yang rajin memasak dengan dibantu oleh hero-hero yang masih kecil. Kalau tak bagi tolong ada yang mengamuk pulak...

Cantik tak kek ni?  Cik Mun buat ni `first time' tapi alhamdulillah menjadi walaupun agak keras sikit bahagian cheese nya tu. Sebab Cik Mun memandai-mandai tak ikut resepi (letak 2 sudu tepung gandum dalam adunan cheese). ...Tu la.. menderhaka sangat kak tuan punya resepi asal...Walau macammanapun, Cik Mun nak `say tq' dan mintak izin ye...kat pemilik blog ni ( http://sebuahpertemuankita.blogspot.com) sebab resepi adalah dari dia.


BAHAN-BAHAN KEK COKLAT :-)


2 biji telur gred A
1 cawan gula halus
1 camca teh esen vanilla
Secubit garam
1/2 cawan air panas
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan minyak jagung
1 cawan tepung gandum*
3 camca besar serbuk koko*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan di ayak)

BAHAN-BAHAN LAPIS CHEESE :-)


250 gram krim cheese
60 gram gula halus
1 biji telur gred A
1 camca besar tepung gandum
1 camca besar air


CARA MEMBUATNYA :-)


UNTUK KEK COKLAT :-  
  1. Panaskan kukusan. Gunakan acuan bulat 8 inci. (Cik Mun tak lenser dengan minyak sebab memang dah `non sttick' punya acuan). 
  2. Putar telur dan gula hingga kembang dan pekat, masukkan esen vanilla dan garam, putar rata. 
  3. Tambah susu cair, minyak jagung dan air panas, putar sebati dengan kelajuan sederhana.  
  4. Masukkan bahan2 yang diayak sedikit demi sedikit hingga habis, putra rata dan matikan mixer. Bagi kepada 2 bahagian sama banyak. Ketepikan.


UNTUK LAPISAN KEJU :-  
  1. Putar krim cheese dan gula hingga sebati dan licin. Masukkan telur dan putar hingga kembang. Tambah tepung dan air, putar hingga semua sebati dan tidak berbintil2.

UNTUK KEK COKLAT KUKUS LAPIS CHEESE :- 

  1. Tuang satu bahagian kek coklat. Ratakan dan kukus hingga masak dengan api sederhana. (Masa lebih kurang 20 minit)
  2. Atas kukusan adunan coklat yang telah masak, tuang pula adunan krim cheese, ratakan dan sambung kukus 20 minit lagi. 
  3. Tuang baki bahagian kek coklat ratakan dan sambung kukus selama 45 minit atau hingga masak (bila anda cucuk dengan lidi sate atau cake tester di bahagian tengah kek dan keluarnya bersih, tanda kek dah masak).

  1. Sejukkan kek sekejap, kemudian boleh keluarkan dari acuan. Biar kek sejuk sepenuhnya atas jaringan dan boleh dipotong untuk dihidangkan.....