Memaparkan catatan dengan label Ikan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ikan. Papar semua catatan

Isnin, 30 November 2015

Kari Ikan Bawal Putih Sama Bendi dan Tomato

Kari kegemaran famly.


Salam hari minggu. Masakan ni aje yang Cik Mun buat masa hari minggu. Tapi masa dok tulis entry ni untuk post dalam blog dah Hari Khamis pun. Rajin sangat, peram je lah dan baru nak tulis bila free kat ofis ni.

Konfirm kacang bendi ngan tomato tu dulu yang habis kena taram.
ngeh ngeh nngeh


Cik Mun suka buat kari ni dengan melebihkan kuahnya. Lepas tu simpan dalam peti ais tempat sejuk beku tu semangkuk. Bila nak guna keluarkan balik especially bila buat lempeng kelapa ke, capati ke, roti nan ke waima kalau terdesak ada tetamu tengah malam (suami dan kawan-kawannya lepak) untuk cincah dengan roti gardenia. Kuah je pun yang dipanaskan balik, `mr hubby' puji jugak sedap. Ekekek! (ni le rahsia suami sayang lebih) Katanya, kuah lagi sedap daripada yang dibuat di kedai mamak tu. Hahahaha

Kalau nak usha(tengok) resepi dan cara membuatnya, macam kat bawah ni.

Bahan-bahan:
 
1 ekor ikan bawal putih  (+/- 750gm beratnya)
8 biji bendi
sebiji tomato (potong 4)
150 ml pati santan
Perahan air  asam jawa (secukupny)
25gm kari ikan (Cik Mun guna jenama babas)
1 ulas bawang putih
2 labu bawang merah kecil
1 tangkai daun kari
1/2 inci halia
perasa (optional)
 

Cara-cara Membuatnya:
 
  1. Tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia. Setelah bawang agak garing dan naik baunya, masukkan daun kari dan serbuk kari. (jika tak yakin/bimbang serbuk kari hangit, bancuh dulu dengan air dan tumis hingga pecah minyak) cara yang Cik Mun buat no short cut sbb nak cepat.
  2. Setelah naik bau karinya, cepat-cepat masukkan air (secukupnya untuk kuah) dan masukkan kacang bendi.
  3. Tunggu hingga mendidih dan bendi empuk. 
  4. Masukkan ikan bawal dan tomato garam dan air bancuhan asam jawa secukupnya dan perasa.
  5. Akhir sekali, masukkan santan pekat dan kacau selalu. Pastikan api yang digunakan setelah santan dimasukkan ialah api kecil. Ini bagi mengelakkan kari ikan ini pecah minyak/santan bergumpal.
  6. Setelah mendidih, sendukkan dan hidangkan.
Saiz hidangan adalah untuk 4 orang.


Khamis, 26 November 2015

Kari Bawal, Ikan kedera masin, Ulam dan Sambal Picit Terung Belalang

 Ikan bawal putih. beli seekor pun dah RM9.00. Sedap kalau dibuat kari. 
Isinya lembut sedap dimakan.

Berhari mingu di rumah memang best. Masak untuk keluarga yang tersayang. Melayan selera tekak `mr hubby'. anak-anak dan bapa mertua. Cik Mun selalunya kalau malas akan masak tengah hari dan lauk yang sama akan makan hingga ke malam. Cuma malamnya, kalau nak tambah cuma masak yang `simple-simple' je.

 
 Kuahnya Cik Mun buat pekat. Makan nasi, jangan lupa tambah kicap, lagi kick!

Cara masak dan hidang pun yang senang je. Cik Mun gunakan Periuk Vision dan angkat nak hidangkan atas meja pun gunakan periuk yangs ama jugak. Alang-alang dah beli gajet yang mahal kat dapur tu, gunakan sepenuhnya lah. 

 Ikan rebus goreng. Kasi letak bawang kecil dan cili besar untuk kasi wangi.


Cik Mun memanglah orang yang paling malas kat dapur. Bab-bab nak melawa/ nak hias makanan ni fail sikit. Tapi tak kisahlah, asalkan perut tak lapar berbunyi dan tak payah makan kat kedai je. Kalau nak resepi kari ikan tu, macam kat bawah ni: 

Bahan-bahannya:

1 ekor ikan bawal putih (+/- 800gm beratnya)
8 biji bendi
sebiji tomato (potong 4)
santan pekat (lebih kurang 150ml)
2 keping asam gelugur
1 paket (25gm) serbuk kari ikan (Cik Mun guna jenama Babas)
1 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 tangkai daun kari
Perasa  (Optional)


Cara-cara Membuatnya:
  1. Tumiskan bawang putih dan bawang merah. Setelah bawang agak garing dan naik baunya, masukkan daun kari dan serbuk kari.
  2. Setelah naik bau karinya, masukkan air dan buah tomato serta bendi.
  3. Masukkan air garam dan asam keping secukupnya dan tunggu hingga mendidih.
  4. Setelah itu,masukkan ikan dan tunggu hingga ikan masak dan  bendi empuk. 
  5. Akhir sekali kecilkan api, masukkan santan pekat dan kacau selalu. Ini bagi mengelakkan kari ikan ini pecah minyak/santan bergumpal.
  6. Siap dihidangkan dengan lauk-pauk lain seperti yang disyorkan di bawah ni.
Saiz hidangan adalah untuk 4 orang.



Kalau ada kari ikan, mesti kena goreng ikan masin sebagai penambah selera.



Tambah lagi satu lauk untuk hidangan ni dengan buat sambal picit terung belalang. Kebabom, sebab ni aje
boleh tambah nasik sampai 2 pinggan. Sambal picit tu lain kali Cik Mun akan share resepi ye.

Ahad, 19 April 2015

Asam Pedas Ikan Temenung Sardin

 Gambar 1 : Asam Pedas Ikan Temenung Sardin 
kegemaran suamiku...


Dua tiga minggu ni rasa nak makan benda yang `simple-simple' je. Kalau masak pun nak yang `simple simple' jugak. ha, memang kena la dengan masakan Asam Pedas Ikan Temenung Sardin ni. Dah ada ikan sebagai sumber proteinnya dan sayur bendi. Lengkap. Tak payah nak masak sampai 2 tiga lauk. Tapi.. kena stanby juga untuk anak-anak karang, goreng telur/ayam je la..sebab mereka kurang makan ikan.   

Tak yah celoteh panjang-panjang, kalaun ak tahu resepi dan bahan-bahan seperti di bawah ni.


Bahan-bahannya:
 

4 ekor ikan temenung sardin
3/4 camca besar pes asam jawa
1 kuntum bunga kantan, belah 2
1 batan serai (dititik)
1 genggam ikan bilis

4 sudu makan cili kisar
8 biji bendi
1 biji buah tomato (belah 4)
Garam secukup rasa 

1/2 sudu makan gula
Perasa (optional)
Air secukupnya

Bahan-bahan tumbuk halus
 

1 camca teh lada hitam
1 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang merah
1/4 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan




Cara memasaknya:

  1. Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 4 sudu makan). Tumis serai dan bahan-bahan tumbuk hingga garing/harum baunya. 
  2. Tambah cili kisar, kacau dan masak hingga naik minyak. Kacau sentiasa. Masukkan pes asam jawa dan kacau rata lagi.
  3. Tuang air secukupnya (sebanyak mana kuah dikehendaki), kacau dan biar mendidih. Masukkan bunga kantan dan bendi. Tunggu hingga agak empuk dan masukkan ikan temenung sardin.
  4. Masukkan garam dan perasa hingga cukup rasa. Masukkan juga sedikit gula. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas, ulam-ulaman dan keropok goreng.

Saiz hidangan : 4 orang makan.

Sabtu, 26 Julai 2014

Ikan Panggang Belacan Dengan Pemanggang Ajaib Ikan



Tetiba je rasa malas nak masak pada hari ni. Tapi malas pulak nak pergi ke Pasar Ramadan. Bukannya apa, kalau pergi, mesti akan berborong sakan. Sudahnya, yang dimakan sedikit saja dan yang selebihnya masuk dalam bakul sampah.

Tak pe lah. Takyah nak membazir di bulan yang mulia ni... Cik Mun gunakan apa je yang ada/`leftover' yang lepas-lepas. Benda semua yang bertanda * tu Cik Mun buat dah lama (2 -3 hari yang lepas), sebenarnya untuk cincah ikan bakar, tetapi sebab ada lebihan, Cik Mun simpan dalam peti ais tempat beku, lepas tu, terhasil la idea nak masak macam kat bawah ni.

Kalau nak cuba, resepi dan cara memasak seperti di bawah ni... 


Bahan-bahannya

3 ekor ikan kembung bulat
1 biji buah tomato
5-6 biji sayur kacang bendi
1/ 2 biji bawang besar

3-5 biji cili padi (kalau nak pedas boleh tambah lagi)*
Asam jawa secukup rasa*
Ikan bilis*
1 sudu teh belacan*
2 sudu teh sudu gula*
Garam*
Perasa*

Tumbuk semua bahan bertanda *
Tapi makcik kantin blender je semua bahan-bahan tu, dia buat dalam kuantiti yang banyak le…

Cara-cara memasaknya;

  1. Gaulkan ikan dengan kunyit dan garam. Gorengkan hingga separuh masak dengan pemanggang ajaib juga dengan menggunakan minyak yang sedikit. Ketepikan.
  2. Tumiskan semua bahan tumbuk/blender hingga naik baunya/garing.
  3. Masukkan ikan, sayur kacang bendi dan buah tomato. Tutup pemanggang ajaib hingga sayur bendi empuk.
  4. Angkat dan hidangkan bersama dengan nasi panas.

Saiz hidangan untuk 2 orang.

Jumaat, 23 Mei 2014

Gulai Tempoyak Ikan Baung

Ikan baung  ni merupakan antara ikan sungai kegemaran Cik Mun dan anak-anak. Ikan ini masih lagi segar kerana husband Cik Mun mancing di Sungai Perak pada malam sebelumnya. Bila keesokan pagi, Cik Mun terus siang dan buat masakan ni untuk makan tengah hari kami sekeluarga.
 
Selain dari masak gulai tempoyak, ikan baung ni juga boleh dibuat masak lemak, masak taucoo, masak sweet sour dan macam-macam lagi. Untuk masakan yang Cik Mun sebutkan tu, kenalah baca Blog Cik Mun lagi untuk tunggu husband Cik Mun dapat Ikan Baung, barulah ada je projek dapur yang Cik Mun hasilkan.

Kepada sesiapa yang nak mencuba, resepi dan bahan-bahannya adalah seperti di bawah ini...


Bahan-bahannya:

1 ekor ikan baung (300gm)
2 sudu makan tempoyak
1 tangkai daun kesom
2 sudu teh serbuk kunyit
1 batang serai (dititik)*
2 biji cili padi (jika suka pedas boleh tambah lagi)*
¼ sudu teh belacan*
2 biji nawang merah*
1 ulas bawang putih*

Cara-cara memasaknya:
  1. Dalam satu bekas, satukan bahan kecuali ikan.
  2. Tunggu hingga mendidih dan masukkan ikan.
  3. Perasakan dengan garam secukupnya.
  4. Angkat ddan hidangkan dengan nasi panas beserta ulam-ulaman mentah.

Saiz hidangan untuk 2 orang.


Khamis, 6 Februari 2014

Kari Ikan Bawal Sama Labu Air

Masakan kari ikan bawal bersama labu air ni memang dah lama Cik Mun buat. Cuma baru sekarang ada masa nak up-datekan dalam blog. Setelah sekin lama disimpan sebagai draf je, tibalah masanya nak `reveal' kan resepinya untuk kita kongsikan bersama.

Cik Mun suka makan labu air ni. Memang kombinasi yang sepadan antara labu air yang lembut setelah empuk dimasak dengan ikan bawal. Cik Mun buat masakan ni menggunakan seekor ikan sahaja yang besarnya lebih kurang sebesar tapak tangan. Ingatkan dah cukup banyak, tapi tak cukup rupanya. Resepi dan bahan-bahannya adalah seperti berikut:


Bahan-bahannya:

1 ekor ikan bawal
1/2 paket serbuk kari
250 ml santan pekat
1 keping asam keping
2 biji bawang merah kecil (mayang halus)
1 ulas bawang putih (mayang halus)
4-5 biji daun kari
Sedikit minyak untuk menumis (angggaran 3-4 sudu besar)
garam secukupnya


Cara-cara memasaknya;
  1. Tumiskan bawang merak kecil dan bawang putih hingga naik baunya.
  2. Masukkan rempah kari ikan dan daun kari hingga naik baunya juga.
  3. Masukkan air, asam keping, garam dan labu air serta tunggu hingga labu empuk.
  4. Masukkan ikan bawal dan santan. Masak dengan api perlahan hingga ikan masak. Kacau selalu bagi mengelakkan santan pecah minyak.
Saiz hidangan adalah  untuk 2 orang.

Rabu, 27 November 2013

Ikan Masak Kicap Sweet Sour

Tergesa-gesa balik dari kerja, buka petri ais ada ikan goreng yang tak habis semalam dalam peti sejuk. Cik Mun sengaja masak ikan goreng lebih pada malam ahad dan simpan untuk masak pada hari isnin. Teringat juga dah lama rasanya tak buat ikan Ikan Masak Kicap Sweet Sour. Rasa berserat, masam dan manis daripada buah tomato, manis dari gula... memang umpph. Sudahnya, ikan 3 ekor tak cukup untuk sekeluarga. 2 orang anak dan ibu makan pun dah habis. En. Husben pulak, kena goreng taufu petak dan isi ikan je. Nasib baiklah kuahnya Cik Mun buat banyak. Boleh la tumpang makan jugak. Toksah kita cerita banyak-banyak, resepi seperti di bawah...


Bahan A

3 ekor ikan kembong
1 biji buah tomato kecil
3 sudu minyak untuk menumis
Garam dan sam jawa secukupnya


Bahan B

4 sudu besar kicap pekat
1/2 sudu makan sos tiram
1/2 sudu makan gula putih
1/2 sudu makan gula merah/perang (takde pun xpe)

Bahan C
Tumbuk/kisar halus semuanya

3 biji cili kering (boleh tambah jika suka pedas)
2 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
1/2 biji bawang besar

Cara-cara memasaknya:
  1. Gorengkan ikan tetap jangan garing sangat, ketepikan.
  2. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumiskan semua bahan tumbuk/blender hingga pecah minyak dan naik baunya.
  3. Masukkan ikan dan buah tomato yang dibelah 4.
  4. Perasakan dengan asam jawa dan garam.
  5. Angkat dan hidangkan dengan nasi panas.
Saiz hidangan adalah untuk 3 orang.

Khamis, 21 November 2013

Gulai Tempoyak Ikan Masin Sama Timun

Hari Sabtu kelmarin Cik Mun masak apa yang sentiasa `stanby' dalam peti ais saja. Jumaat sebelumnya Cik Mun cuti kerja, jadi, tak ke pasar lah untuk membeli lauk-pauk pada hari minggu. Cik Mun suka beli barang pasar di Pekan Lenggong kerana anak-anak pada masa tu dijaga oleh pengasuh. (Anak Cik Mun pengasuhnya di Lenggong-Cik Mun duduk di Lawin, Gerik) Kedai yang ada kat kampung tu memang ada, cumanya  malas nak pergi ke kedai bawak anak-anak kerana bermacam-macam ragamnya mereka nanti. Cik Mun nak beli lauk harga seringgit dua, dicapainya nanti mainan yang ntah berapa harganya, itu belum campur dengan makanan ringan yang tak berkhasiat tu...
Ok lah. Melalut pulak bercerita, resepi masakan perak ni seperti berikut:


Bahan-bahannya:

1 ekor ikan masin sederhana besar
5-6 ekor ikan bilis
1 biji timun
5 sudu makan tempoyak
3-5 helai daun kesom
1 batang serai (dititik)
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu makan gula
*1 ulas bawang putih
*2 biji bawang merah
*2-3 biji cili padi (Cik Mun tak letak- tak suka pedas)
*1/2 biji cili besar

Semua bahan bertanda * hendaklah ditumbuk halus


Cara-cara Memasaknya:
  1. Dalam periuk, campurkan semua bahan dan didihkannya hingga timun empuk.
  2. Rasa dan `adjust' apa yang kurang.
  3. Angkat dan hidangkan bersama nasi panas dan ikan goreng.

Tips Masak;
Jika tempoyak lama, masamnya akan lebih terasa. Bagi tempoyak baru pula, keasidannya kurang asam keping boleh digunakan untuk memasamkannya.

Selasa, 8 Oktober 2013

Masak Masam Manis Petai Ikan Rebus

Sejak Cik Mun dah beli lot tanah di kampung, Alhamdulillah rezeki buah-buahan mencurah-curah hasil dari tuan lama yang bersusah payah menanamnya. Cik Mun amat beruntung kerana bila dah beli tanah semuanya baru mengeluarkan hasil. Bermula dari pokok rambutan, limau madu, langsat, dokong, manggis dan banyak lagi. Pokok petai pun ada walaupun kurang di pokok kerana baru belajar nak berbuah. Tetapi petai ni dikira macam petai belalang kerana ianya agak kecil. Baunya juga kurang berbanding dengan petai biasa. Mengenangkan banyak sangat petai (kalau nak makan berdua je Cik Mun dan `husben')  walaupun dah dibagi sedikit kepada jiran tetangga, Cik Mun pun terpikirlah idea inovasi resepi yang ekspress dan simple ni.. tapi yang penting, sedap.... Lagi sedap jika dimasak pada malam hari, tapi dimakan pada keesokan paginya dengan nasi atau nasi putih panas-panas sebagai sarapan. Resepi Masak Masam Manis Petai Ikan Rebus seperti di bawah ni.


Bahan-bahan
2 ekor ikan rebus
12-15 mata petai
air asam jawa secukupnya
garam secukupnya
1/2 sudu teh gula putih
1/2 sudu teh gula merah
8-9 tangkai cili kering*
1 labu bawang besar*
2 ulas bawang putih*

 Bahan bertanda * hendaklah diblender/ditumbuk bersama-sama.


Cara-cara memasak:

  1. Goreng ikan rebus tetapi jangan sampai terlalu garing.
  2. Tumiskan bahan-bahan kisar/bahan tumbuk hingga naik baunya. 
  3. Masukkan petai. dan air asam jawa, gula puti hingga cukup rasanya.
  4. Perasakan dengan garam, air asam jawa, gula putih, gula merah dan garam secukupnya. Tunggu hingga bahan kisar sedikit kering/pecah minyak. Boleh juga kalau tak nak pecah minyak sekiranya suka masakan ni berkuah.
  5. Akhir sekali masukkan ikan dan siap.
  6. Hidangkan bersama dengan nasi panas.
Saiz hidangan adalah untuk 2 orang.



Rabu, 11 September 2013

Sambal Ikan Bilis Bertempe Lagi...

Cuti minggu Cik Mooon akan diserikan dengan air tangan Cik Mooon. Sabtu kelmarin Cik Mooon buat nasik lemak bersambalkan ikan bilis bertempe. Rangup krup krap krup krap ikan bilisnya. Tempe pulak lebut sikit, amat sesuai sangat untuk bapak mentua kurang giginya. Cik Mooon, suami dan anak-anak sukakan ikan bilis yang rangup je...Anak Cik Mooon yang sulung pun makan sebab tak pedas sangat. Saja je Cik Mooon letak banyak bawang besar, kurangkan cili sebab memang tak suka makan pedas. Meh tengok resepinya.

Bahan-bahan

200 gm Ikan bilis
200 gm tempe
15-20 tangkai cili kering (kalau nak pedas boleh tambah lagi)
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 sudu gula putih*
1/2 sudu gula merah/gula perang*
1/2 sudu teh belacan (Kalau tak letak pun xpe)*
sedikit air asam jawa
garam secukup rasa


Cara Memasaknya

  1. Goreng ikan bilis dan tempe secara berasingan hingga garing dan ketepikan.
  2. Tumiskan semua bahan blender bertanda * hingga naik baunya dan pecah minyak.
  3. Masukkan air asam jawa dan garam secukup rasa. tunggu hingga pecah minyak/kering air asam jawa.
  4. Masukkan tempe dan ikan bilis. Siap!
Saiz hidangan untuk 4 orang.


Gambar-gambar lain Cik Mooon taks empat tak tangkap. Nasik lemak, telur dan papadom dah masuk dalam perut dah. Tunggu nasik lemak versi lengkap Cik Mooon la baru complete okey....

Sabtu, 7 September 2013

Ikan Rebus Masak Taucoo Bersama Timun Muda.

Ikan Rebus Taucoo ni memang menjadi kegemaran anak-anak Cik Mooon. Kalau dibuat bertambah-tambah la nasi si putera sulung Cik Mooon tu. Adiknya pun sama. Cik Mooon pun yang asalnya bukan penggemar masak taucoo ni pun turut dah suka pulak.  Cumanya yang tak best kalau makan Cik Mooon masak selalunya kena kurangkan pedas. Tu lah sebabnya cili padi yang Cik Mooon gunakan tidak ditumbuk.


Bahan-bahan:

3 ekor ikan kembung rebus (saiz sederhana)
2 inci timun muda
3 biji cili padi / Tambah lagi jika mahu pedas/boleh gantikan dengan cili besar yang dipotong
1 labu bawang besar
2 sudu besar taucu
2 ulas bawang putih
1/2 sudu besar gula putih
Air asam jawa secukup rasa
Garam secukup rasa


Cara-cara Memasaknya:
  1. Bersihkan ikan rebus dan goreng sebentar (tidak terlalu garing)
  2. Tumiskan bawang putih dan bawang besar yang telah dipotong bulat hingga naik baunya.
  3. Masukkan taucoo dan tunggu hingga naik bau juga.
  4. Masukkan air bancuhan asam jawa, ikan rebus, gula dan garam secukup rasa.
  5. Tunggu hingga mendidih dan masukkan cili padi sebelum tutupkan apinya.
Saiz hidangan  untuk 3 orang.

Rabu, 4 September 2013

Sambal Ikan Bilis Dan Petai


Sedapnya kalau makan dengan nasik lemak. Kalau makan dengan roti putih pun ok...
Ni resepinya. Favourate Adik Ipar Cik Moon ni...kalau terkecoh-kecoh baru balik dari kerja, resepi yang mudah cam gini lah yang akan Cik Moon buat. Main campak-campak je tapi sedap jugak la...


Bahan-bahan

50g ikan bilis
12-15 mata petai
asam jawa
1/2 sudu teh gula putih
1/2 sudu teh gula merah
8-9 tangkai cili kering*
1 labu bawang besar*
2 ulas bawang putih*

 Bahan bertanda * hendaklah diblender/ditumbuk bersama-sama.


Cara-cara memasak:

  1. Tumiskan bahan-bahan kisar/bahan tumbuk hingga naik baunya. 
  2. Masukkan ikan bilis dan petai.
  3. Perasakan dengan garam, air asam jawa, gula putih dan gula merah.
  4. Tunggu hingga agak empuk sedikit petai dan angkat.
  5. Hidangkan bersama dengan nasi panas.
Saiz hidangan adalah untuk 4 orang.



Selasa, 27 Ogos 2013

Kari Ikan ringan-ringan

Kari Ikan ni Cik Mun buat ringan-ringan je rasanya. Tak banyak sangat kari yang diletakkan. Teringin nak makan kari tapi sebab sakit tekak. Sebab tu la ringan-ringan je..


 
Bahan-bahan:
 
3 Ekor ikan kembong
8 biji bendi
sebiji tomato 
santan pekat (lebih kurang 150ml)
sedikit asam jawa 
sesudu besar kari kan (Cik Mun guna jenama babas)
Bawang putih
Bawang merah
Daun kari
 
 
Cara-cara Membuatnya:
 
  1. Tumiskan bawang putih dan bawang merah. Setelah bawang agak garin dan naik baunya, masukkan daun kari dan serbuk kari.
  2. Setelah naik bau karinya, masukkan air dan buah tomato serta bendi.
  3. Masukkan air, tunggu hingga mendidih, masukkan ikan, garam dan air bancuhan asam jawa secukupnya.
  4. Akhir sekali, masukkan santan pekat dan kacau selalu. Pastikan api yang digunakan setelah santan dimasukkan ialah api kecil. Ini bagi mengelakkan karii ikan ini pecah minyak/santan bergumpal.
  5. Setelah mendidih, sendukkan dan hidangkan.
Saiz hidangan adalah untuk 3 orang.





Selasa, 26 Mac 2013

Ikan Kembong Rebus Masak Lemak Belimbing Buloh


Banyaknyer belimbing buloh kat rumah pengasuh Cik Mun. Dibiarkan berteraburan je di tanah. Ayam pun taknak makan sebab masam sangat. Cik Mun pun dengan muka tak malu mintak dari pengasuh. Dia `green light' je ambil plastik besar untuk ambik buah nak kasi kat Cik Mun. Ni lah hasilnya bila Cik Mun tak berkira dengan dia. Dia pun tak pernak nak berkira dengan Cik Mun. Ini adalah hasil yang Cik Mun masak. dan yYang selebihnya tu, Cik Mun buat jemur kering. Ada masa nanti ingat nak buat acar. Jom lah `try' asam kembong belimbing buloh dulu. Ni resepinya.


Bahan-bahannya:

  1. 3 ekor ikan kembong rebus
  2. 10-15 biji belimbing buloh
  3. 1 batang serai (dititik)
  4. 300 ml pati santan
  5. 200 ml air
  6. 2 sudu teh serbuk kunyit 
  7. 3 labu bawang merah kecil *
  8. 2 ulas bawang putih *
  9. 2-3 biji cili padi*
  10. 2-3 biji cili kering*
  11. 1/2 sudu teh belacan*
 Semua bahan-bahan bertanda * ditumbuk lumat.

Cara-cara memasak:

  1. Di dalam satu periuk, 3 ekor ikan kembong rebus yang telah dibersihkan diletakkan bersama dengan santan, air, bahan tumbuk, serai dan belimbing buloh.
  2. Tunggu hingga mendidih dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa.
Tips:     Selalu kacau masakan ini agar santannya tidak berketul-ketul/pecah minyak Gnakan api yang
            perlahan sahaja. Tutup sebaik sahaja mendidih.

Khamis, 21 Mac 2013

Ikan Kembong Masak Asam Pedas

Cik Mun bangun pagi-pagi lagi tadi. Terus je bukak peti ais dan ambil semua bahan yang dah sedia dalam 1 periuk dan masak terus. Dari kacang bendi hinggalah ke garam, asam dan sebagainya semua Cik Mun campak siap-siap masa malamnya. Ikan tu last sekali Cik Mun letakkan. Ye la... dalam tv selalu cakap, barang-barang cam gitu tak boleh letak sekali. ada kuman? ntah. Ikut je mana yang baik kan...


Bahan-bahan:

  1. 3 Ikan kembong 
  2.  8-10 biji buah bendi.
  3. 1/2 inci lengkuas
  4. 1 biji buah tomato
  5.  2 keping asam keping
  6. 5-8 helai daun kesom
  7. Sebatang serai**
  8. 1 biji bawang kecil*
  9. 1/2 labu bawang besar*
  10. 1 ulas bawang putih*
  11. 2-3 biji cili api*
  12. 1-3 tangkai cili kering*
  13. 1/2 sudu teh belacan*
  14. 1/2 sudu besar gula perang*
  15. 1/2 sudu besar gula putih*
  16. 1/2 sudu besar serbuk kunyit*
 Semua bahan bertanda * ditumbuk.
Bahan bertanda ** dititik sahaja


Cara-cara memasak:

  1. Dalam satu periuk, masukkan air lebih kurang 21/2 cawan. Masukkan semua bahan tumbuk,  bendi , buah tomato, daun kesom dan tunggu hingga mendidih.
  2.  Perasakan dengan garam atau bahan-bahan diatas secukupnya sekiranya tidak mencukupi.
  3. Akhir sekali masukkan ikan. Tunggu hingga ikan masak, angkat dan hidangkan.

Tips:
  1.  Cik Mun suka makan buah tomato yang sudah hancur. Pada yang tidak suka tomatonya hancur sangat boleh masukkan tomato setelah api memasak ditutup.
  2.  Kalu nak pedas, boleh tambahkan cili.

Ahad, 24 Februari 2013

Ikan Panggang Budu Bersama belimbing Buloh




Inilah hasilnya. Cik Mun yang baru balik dari kerja pun boleh masak sebab ambil je ikan tu, panggang dan biarkan tak payah nak tengok. Anggaran masa membakar Cuma 10 minit je dengan api sederhana menggunakan Pemanggang Ajaib Ikan. Resepi ni Cik Mun bila tengok blog En. Mat Gebu tapi dengan sedikit gubahan la. Terima kasih En. Mat Gebu, kerana banyak bagi inspirasi untuk Cik Mun terus memasak...


Bahan-bahannya
1.       Ikan kembong  4 ekor
2.       Budu
3.       Cili padi (sebanyak mana pedas yang dikehendaki)
4.       Bawang besar
5.       Cili besar
6.       Belimbing buloh


Cara-cara membuatnya:
1.       Ikan dibersihkan dan diperap budu dan cili padi yang  telah ditumbuk bersama bawang. Seelok-eloknya diperap semalamam di letakkan di dalam bekas dan disimpan di bahagian simpanan biasa di dalam peti ais.

2.       Ikan kemudiannya dipanggang menggunakan pemanggang yang berpenutup sehingga ianya masak. (Cik Mun menggunakan Pemanggang Ajaib Ikan. Tapi kalau nak panggang menggunakan bara/kayu biasa pun boleh juga...)

Petua:
1.       Basuh ayam dengan menggunakan asam untung mengurangkan hanyir pada ikan. Lagi besar ikan yang digunakan, lagi kuat hanyir yang ada. Ini kerana ikan yang besar makan macam-macam.

2.       Jika mahukan sayur yang lebih, boleh bakar sekali dengan pucuk paku, kangkung atau lain-lain ulam kampung.