Ahad, 30 Ogos 2015

Bakar Satay 2015

Dah lama Cik Mun tak updatekan blog. Rasanya dah 2 bulan. Bukannya sebab tak masak. Cumanya aktiviti memasaktu tak dicoretkan kat dalam ni aje.

Cik Mun nak kongsikan gambar-gambar masakan dan aktiviti hujung minggu yang dah dibuat. Tak `best' ulak kalau simpan je kenangan-kenangan yang bestni dalam kamera je. Kalau letak dalam blog ni boleh jugak tengok sambil ingat kembali ujung pangkalnya. Ye idak?

Kali ni, menu dan resepi adalah untuk gambar yang kat atas tuh. Hahaha muhahaha...
 Kebulur nak makan satay sampai tak ingat nak tangkap gambar dulu sebulum makan.
So, yang ada gambar penyedianny je lah.


Satay yang diperap 3-4 jam

`Berus' special

Arang abis kat kedai. Guna kayu pokok rambutan pun boleh. 
Jimat RM7.00 (untul 1 guni kecil).





Bahan-bahan

Khamis, 27 Ogos 2015

Bekal Sarapan di Pejabat 28.08.15


Mee goreng simple sedap Cik Mun

Semangat dalam beberapa minggu kebelakangan ni nak bawa bekal ke pejabat. Masak yang simple-simple je. Alasan bawa bekal sebab tak nak membazir. Jadi, bahan-bahan masakan adalah terdiri je daripada apa saja yang tersisa (tapi masih elok) kat dalam peti ais tu..

Nikmatilah mee goreng yang Cik Mun masak ni. Tengok je lar sambil bayangkan betapa sedapnya. Hehehe.... Jimat RM6.00 untuk makan pagi pada ari ni [ Kalau makan kat luar RM4.70 (mee goreng) dan RM1.30 (air kopi panas)]

Lepas makan ni nak pergi ambil anak dari sekolah pulak. Jimat masa tak payah bertenggek kat kedai makan. Masa tu digunakan untuk ambil anak dari sekolah.


Kot-kot ada yang nak masak tapi tak tahu, resepi macam kat bawah ni...

Bahan-bahannya:

45gm mee kuning
3 pohon sayur bby kailan
8 biji `fishball'
1 paha ayam (potong kecil dan ambil isi sahaja)
1 biji bawang kecil*
2 ulas bawang putih*
8-10 ekor ikan bilis*
6 biji cili kering* boleh tambah jika suka
1 sudu makan serbuk sedap rasa Maggie
1 sudu makan emping quaker oat (xde pun takpe)
Minnyak 3 sudu besar (untuk menumis)
1 hiris limau nipis  (secukupnya)


Bahan sos
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar gula putih
1 sudu teh gula merah

Cara-cara memasak:

  1. Tumiskan semua bahan tumbuk hingga naik baunya/pecah minyak.
  2. Masukkan `fish ball' beserta ayam yang telah dipotong. Tunggu hingga ayam separyh masah.
  3. Masukkan semua bahan sos, dan sedikit air sebagai kuah.
  4. Apabila semua bahan sudah mendidih, letakan mee kuning, sayur dan quaker oat.
  5. Kikacau sebati dan matikan api.
  6. Hidangkan dan perahkan asam limau sebelum dinikmati.
  7. Sedia dihidangkan.
Saiz hidangan untuk 2 orang.


Tips:
  1. Cik Mun tak letakkan garam sebab sos tiram, ikan bilis dan mee sendiri dah masin.
  2. Cik Mun letakkan quaker oat dalam masakan ni untuk pekatkan kuah dan nak kasi mee tu terpalit dengan semua rencah masakan. Kalau nak gantikan dengan bahan lain (untuk pekatkan kuah salutan) seperti  telur dan taufoo petak hancur pun boleh juga.