Memaparkan catatan dengan label Pengat/Bubur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengat/Bubur. Papar semua catatan

Rabu, 6 Mei 2015

Bubur Asyura Simple

Dah lama sangat buat Bubur Asyura ni. Bayangkanlah, dah buatnya pada Bulan Muharram (10 Muharram), baru sekarang ni (Bulan Safar) nak mengupdte blog. (Bayangkanlah, dah 9 bulan Dik Non oi!!!) Itu lah jadinya bila dah kena penyakit malas.

Tak pe la. Alang-alang Cik Mun dah buat, nak kongsikan jugak dalam blog ni. Biar pada tahun depan Cik Mun nak baut, tak tercari-cari resepi. Dah pernah dah buat sendiri, tahu camnak nak ekjas pada tahun hadapan.

Klau nak `try' buat cam Cik Mun ni, resepi dan cara-cara buat adalah seperti di bawah ni. Adios...

Gambar 1 : Masak dulu bahan-bahan yang keras/lambat empuk.


Gambar 2 : Sementara tu gorengkan tepung untuk tabur ke dalam bekas...


Gambar 3 : Dah siapkan bekas yang ditabur tepung goreng untuk bubur yang dimasak.


Gambar 4 : Kacau sampai lenguh ye.. jangan tinggal nanti hangit kat bawah!
 

Gambar 4 : Bubur Asyura yang dah siap dikacau.


Gambar 5 : Siap sudah!



BAHAN-BAHAN  

1 cawan tepung beras  
2 1/2 cawan santan campur garam  
Gula pasir ikut manis  
Gula merah utk mewarnakanya  
2 ketul jagung  
1 biji keledek dadukan rebus 1/2 masak  
1/2 cawan kacang hijau rebus 
1/2 cawan kacang merah

Dan lain2 bahan yg anda suka



CARA MEMBUATNYA
  1. Rendam kacang hijau dan kacang merah semalaman. Toskan, masukkan dalam kuali dan rebus hingga separuh empuk.
  2. Dalam kuali yang sama, campurkan tepung gula santan, sedikit garam secukup rasa, bi keledek dan  kacau sebati
  3. Panaskan dengan api yg perlahan
  4. Setelah mendidih masukan kesemua bahan-bahan yang lain (jagung)
  5. Kacau sehingga pekat dan rasa manisnya kalu keras tambah sikit lagi santan.
  6. Angkat dan tuang dalam loyang, sejukkan dan potong. 

Tips : Cik Mun malas nak kacau lama-lama. Terus je Cik Mun masukkan tepung yang dah digoreng sebagai `short cut' supaya adunan bubur dalam kuali cepat pekat. Hahahaa!

Saiz hidangan : 10 orang makan.

Sumber rujukan daripada:

 Sebab Cik Mun ni baru `first time' (dulu-dulu buat ngan arwah mak) buat sendiri, makanya banyak lah laman blog yang dirujuk. Antaranya ialah seperti berikut:


Rabu, 29 April 2015

Pengat Ubi Keledek Sama Sagoo

 Gambar pengat yang siap dimasak. Sagoonya tak nampak sebab cik Mun letak sikit sangat. Dh Tenggelam ke dalam kuahnya.


Berhari minggu di rumah tak sah kalau tak buat sesuatu untuk menghilangkan kebosanan. Kali ni `entry' pasal Pengat Ubi Kayu Bersagoo yang Cik Mun buat petang Ahad yang lalu..Permintaan daripada husband yang teringin nak makan katanya. Dapat la dua mangkuk. itu pun ambil masa nak habis.

Yang ada dalam gambar ni pun sebab Cik Mun bawak bekal ke pejabat. Habis jugak le. Lagi pun, antara lain pengat ni lambat habis ialah sebab banyak lagi makanan yang lain pada Hari Ahad tu. Biasa la, yang masak tu masak, yang beli pun beli jugak. Dah tak tahu yang mana satu nak makan. Kalau sesapa yang nak try buat, resepi dan cara-cara membuatnya seperti di bawah ni.

Bahan-bahannya:

1  biji / (250 gm) ubi keledek, dibuang kulit dan dipotong dadu selebar 1 inci
1 sudu gula merah
1 sudu biji sagu, direndam sekejap
150ml santan (pati)
garam secukup rasa
gula pasir secukup rasa

aun pandan

 

Cara-caranya

  1. Didalam periuk rebus keledek bersama air secukupnya sehingga empuk.
  2. Masukkan pula biji sagu, gulamerah, gula pasir dan garam secukup rasa.
  3. Bila telah mendidih dan gula merah telah larut, masukkan santan serta daun pandan dan kacau sehingga ia mendidih sedikit dan padamkan api. Rasa cukup tak gulanya. Sedia untuk dihidang. 

Saiz hidangan : 2 orang makan.
Cik Mun suka makan lepas sejuk-sejuk lepas bawak keluar dari peti ais. Macam puding pun ada. Hohhoho...

Jumaat, 21 Februari 2014

Bubur Nasi Orang Sakit


Ini lah hasil air tangan Cik Mun untuk Cik Mun sendiri yang sakit. Walaupun dalam keadaan yang tidak sihat selepas menjalani pembedahan sakit puan, `kugagahkan' juga buat bubur nasi. Nak buat macam mana, sakit ke, sihat ke, kenalah jaga diri sendiri. Adat orang yang dah tak ada mak mertua, mak dan ayah sendiri pun tak ada.. ayah mertua pula...uzur..

Ok lah. Cukup cukup sudah mengadu nasib pada blog. Cik Mun sekarang ni nak kongsikan resepi bubur nasi Cik Mun yang biasa-biasa ni. Bahan-bahan dan cara memasaknya
adalah seperti berikut:


Bahan-bahannya:

Segenggam beras (beras direndam 30 minit -1 jam -  kalau nak cepat masak)
1 inci carot (potong bulat)
1 pohon sawi bakchoy
2-3 kuntum cendawan tiram (carik-carikkan)
1/2 biji kiub ayam
garam secukup rasa
Ikan bilis (goreng untuk tabur)
3 sudu besar bawang goreng.
1 sudu besar lada hitam - atau mengikut kepedasan disukai.


Cara-cara memasaknya:
  1. Rebus beras bersama carot hingga empuk. Sukatan air mengikut banyak mana kuah/lembiknya nasi bubur yang dikehendaki.
  2. Masukkan sawi bakchoy, cendawan, kiub ayam dan garam secukup rasa.
  3. Sedia dihidangkan apabila semua empuk dengan ditaburkan dengan bawang goreng dan ikan bilis goreng.
  4.  
Sekali lagi gambar bubur ni..
`Close up'!
Saiz hidangan untuk 2 orang.

Sabtu, 23 November 2013

Pulut Tanak Pengat Durian

Cik Mun dan En. Husben memang peminat durian. Tapi bagi Cik Mun sendiri, durian yang nak dimakan ni kena masak dulu. Bukannya apa mungkin Cik Mun tak tahan dengan gas dari durian segar, kalau makan yang segar (dan baru jatuh dari pokok) Cik Mun memang tak ingat dunia, lepas tu mesti akan sakit perut sampai menggigil dan berpeluh tak boleh tidur malam. Bila makan durian pengat ok pulak. Bijinya durian ni  memang Cik Mun tak buang dan letak sekali dalam pengat durian kerana ianya menyumbangkan `sentimental value' dan seni. Bila makan nampak biji durian, `feel' je.... Pulut pula, tanak lembik sikit. Ah.. sesuai sangat dengan bapak mentua Cik Mun yang memang kurang giginya. Dia sangat suka...


Menggoda tak masakan ni?
kalau nak cuba, resepi seperti di bawah.


Bahan-bahannya:

5-8 ulas durian
1 cawan pati santan
3 sudu makan gula putih
2 sudu tepung gandum
1 helai daun pandan (Cik Mun tak letak - kerana nak kekalkan bau durian saja)
Secubit garam
Air 2 cawan


Cara Memasaknya:
  1.  Dalam satu periuk, campurkan semua bahan kecuali santan. Tunggu hingga air menggelegak dan isi durian sedikit tertangal dan akhir sekali masukkan santan.
  2. Masukkan santan dan kacau sentiasa. Gunakan api kecil supaya tidak pecah minyak.
  3. Angkat dan hidangkan bersama dengan pulut/roti.

Resepi Pulut Tanak

Bahan-bahannya:

1 cawan beras pulut
1/2 sudu teh garam
2-3 titik minyak masak
1 cawan air


Cara Memasaknya:
  1. Basuh beras pulut 3 kali.
  2. masukkan air, minyak dan garam.
  3. Masak dalam rice cooker.

Tips Masakan:
  1. Minyak akan mengurangkan lekatnya pulut kepada sudip ketika kita mengambil pulut nanti.
  2. Kalau nak best lagi, simpan pengat ni dalam peti ais. Balik kerja je, cincah pengat dengan roti gardenia. Memang `best' macam cincah aiskrim je...