Memaparkan catatan dengan label Ayam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ayam. Papar semua catatan

Rabu, 24 Jun 2015

Bergedil Simple Sedap Cik Mun

 Bergedil Simple Sedap Cik Mun

Dah masuk Ramadan yang ke 7. Tapi baru sekarang ni Cik Mun nak `update' masakan masa Cik Mun buat untuk berbuka. Cik Mun masak semua benda-benda yang `simple' sahaja. Apa yang ada dalam peti ais tu, tangkap muat je, hiris, basuh dan campak-campak masak dan boleh dimakan. 

Kalau ikut bergedil biasa, orang taruk daun saderi. Tapi sebab takde dalam peti ais tu, Cik Mun campak je lah apa pun sebagai ganti. sedap jugak hasilnya. Sedap jugak bergedil ni masa Cik Mun makan sekali dengan lauk yang berkuah kari ke, kuah rendang ke...apa-apa je lah yang berselera di tekak kita. Resepi dan cara membuatnya seperti di bawah ni:



 
 Hasil campuran.

 Goreng pon sodap!


Dah siap!


Bahan-bahannya;

3 keping isi ayam (yg buat burger  tu) (Cik Mun guna Jenama Ramly)
Sedikit daun sup*
Sedikit daun bawang*
1 biji cili besar merah*
1/2 biji bawang besar*
perasa (optional)
garam secukupnya
1/2 sudu lada hitam
3 sudu tepung jagung 
minyak secukupnya untuk menggoreng

Semua bahan bertanda * dipotong halus.

 
Cara-cara memasaknya:
  1. Dalam satu bekas, sampurkan semua bahan kecuali minyak. Sebatikan.
  2. Gorengkan dengan minyak 1/2 terendam hingga kekuningan dan garing pada kedua-dua belah bergedil
  3. Angkat dan toskan dengan tisu dapur.

Saiz hidangan: 4 orang makan.
 
 

Rabu, 18 Februari 2015

Ayam Panggang Simple Sedap Bercincah.

Ayam panggang simple dan sedap

Balik dari tempat kerja selalunya Cik Mun akan sampai lebih kurang pukul 6.00 petang. Kalau malas dan dalam masa yang sama nak melayan tekak anak, cam gini je lah Cik Mun masak. `Ekspresss' je.

Kasi terliur sama kengkorang yang baca...

Mula-mula Cik Mun keluarkan ayam dari peti sejuk, `defrostkan dengan air mengalir, dah lembut sikit baru perapkan terus dalam Pemanggang ajaib Ikan. Sambil perap tu, Cik Mun akan mandi dan sembahyang. Anak-anak, Husband yang jaga diaorang main kat taman. 

Sambal kicap yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas

Lepas tu, panggang je agak-agak 10-15 minit. Cik Mun tinggal je atas dapur tu, pergi siram pokok bunga. Cuma leceh sikit kena buat sambal kicap je. Tapi kalau makan gitu je pun ayam ni dah sedap jugakkkkkkk....

Untuk resepi yang simple, sedap dan cepat ni seperti di bawah:


AYAM PANGGANG SIMPLE SEDAP BERCINCAH

Bahan-bahan:

1/4 paha ayam (+/- 270gm)
Bawang besar (potong bulat)
Serbuk perasa `Cukup Rasa Maggie' (optional-tak nak letak pun ok)
1 sudu teh garam (jangan banyak kerana sos tiram dah masin, dan nak cincah kicap lagi...)
2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh lada putih
1 sudu makan sos tiram
1/4 inci halia (potong nipis je)
Cili besar (potong serong)

* Tak perlu gunakan minyak sebab minyak dari ayam akan keluar dengan sendiri kerana tekanan dari Pemanggang Ajaib Ikan tu. Ayam pun tak akan melekat sebab memang anti lekat pemanggang Ajaib ni ada lapisan anti lekat. Memang saian ni menyihatkan...


Cara memasaknya:
  1.  Perapkan semua bahan  dengan ayam kira-kira 10-15 minit. Lagi lama lagi sedap ayam pangang kita nanti.
  2. Bakar ayam dengan menngunakan Pemanggang Ajaib Ikan (10-15 minit-api sederhana)  / bakar guna api kayu (20-30 minit) pun boleh.
  3. Angkat dan hidangkan bersama dengan sambal kicap.


SAMBAL KICAP

Bahan:
1 auns / 30ml kicap lemak manis
1 sudu jus limau nipis
5-6 biji Cili api (potongkan)
Bawang kecil (potong bulat)

* Campurkan semua bahan di atas. Tak perlu masak di atas api. Sedia dihidangkan bersama dengan Ayam Panggang Simple Sedap Bercincah.

Ahad, 28 September 2014

Ayam Masak Lemak Kuning Sama Kentang

 Perasaan malas masak menguasai diri ini. Perasaan malas nak pergi ke kedai beli lauk siap pun ada jugak. Pendek kata sekarang ni Cik Mun memang malas tahap gaban sangat. Maka, terhasillah masakan yang senang sangat ni...

Bahan-bahan tumbuk ni memang dah lama Cik Mun buat. Minggu lepas lagi. Al kisahnya Cik Mun bersihkan kawasan belakang rumah. Tempat semua tananam herba ditanam. Banyak serai yang Cik Mun dapat. Ada yang disedekahkan pada jiran-jiran dan selebihnya Cik Mun buat awas untuk simpanan Cik Mun gunakan bila nak masak. Selain daripada rumpunan serai yang Cik Mun bersihkan, Cik Mun korek jugak lengkuas dan bersihkan apa-apa lagiyang patut. 

Ok lah. Dah banyak sangat serai dan lengkuas, Cik Mun pun buat awas yang mana awas tu sesuai untuk guna untuk buat pelbagai jenis masakan. Antara masakan yang sempat Cik Mun buat seperti kat bawah ni. Kalau nak tahu bahan-bahan dan cara memasaknya, tengok kat bawah ni...


Bahan-bahan

1/2 ekor ayam (450gm)2 sudu teh serbuk kunyit
2 biji kentangsecekak soo un
300ml pati santan1 batang serai (dititik)*
4 biji cili padi (jika suka pedas boleh tambah lagi)*
¼ sudu teh belacan*
3 biji bawang merah*1 ulas bawang putih*
1/2 inci lengkuas *
perasa (optional)


Cara-cara memasaknya:


  1. Dalam satu bekas, satukan semua bahan  yang bertanda * dengan kentang dan ayam.
  2. Tunggu hingga ayam dan kentang empuk. Masukkan soo un dan santan. Sentiasa kacau untuk elakkan santan bergentel.
  3. Perasakan dengan garam dan perasa secukupnya.
  4. Angkat dan hidangkan dengan nasi panas beserta ulam-ulaman mentah.
Saiz hidangan untuk 4 orang.

Sabtu, 20 September 2014

Singgang Ayam


 Ada yang risau kalau selalu sangat makan ayam akan jadi gemuk. Memang betul lah tu kalau tak kena gayanya dengan masakan ayam tu, memang la akan gemuk. Cuba lah kalau masak ayam singgang macam yang Cik Mun buat ini. Insya Allah kurang la sikit lemaknya tu. Sesuai sangat kalau orang yang tengah tak sedap badan/tak sihat dengan menu ni...


Masakan singgang ni pun Cik Mun baru `first time' percubaan. Orang yang bertanggung jawab memperkenalkan Cik Mun dengan ayam singgang ni ialah kakak ipar , Kak Ani. Dia memang pandai masak. Adakalanya, memang dia yang akan jadi pakar rujukan bagi Cik Mun. Terima kasih Kak Ani.

Kepada sesapa yang nak cuba masak, resepi dan bahan-bahan seperti di bawah ni...

Bahan-bahan:
  1. 350gm ayam @ agak-agak 1/6 ekor ayam
  2.  1/2 inci lengkuas
  3. 5-8 helai daun kesom
  4. Sebatang serai (dititik)
  5. 1 biji bawang kecil*
  6. 1/2 labu bawang besar*
  7. 1 ulas bawang putih*
  8. 2-3 biji cili api*
 Semua bahan bertanda * ditumbuk kasar

Cara-cara memasak:
  1. Dalam satu periuk, masukkan air lebih kurang 3 1/2 cawan. Masukkan semua bahan tumbuk dan daun kesom dan tunggu hingga mendidih.
  2.  Perasakan dengan garam atau bahan-bahan diatas secukupnya sekiranya tidak mencukupi.
  3. Akhir sekali masukkan ayam. Tunggu hingga ayam empuk, angkat dan hidangkan.

Tips:
  1.  Cik Mun suka singgang ni dengan sambal tomato.
  2.  Kalu nak pedas, boleh tambahkan cili.

Isnin, 26 Mei 2014

Ayam Masak Lada Hitam Bercendawan Butang


Resepi ni Cik Mun dah penah buat banayk kali. Tapi nak masukkan dalam blog jugak.  Sebabnya Cik Mun suka dan memang nak jadikan blog ni sebagai rujukan Cik Mun sendiri. Bila hati dok sedih-sedih atau tension buat kerja lat ofis, bukak blog kejap dan semua tension Cik Mun akan hilang.

Kepada ibu-ibu dan iateri-isteri di luar sana yang bekerja tu, resepi ni simple dan senang nak disediakan. Cik Mun hanya menngunakan bahan yang Cik Mun kira wajib ada dalam peti ais setiap rumah. Ok lah, resepi dan bahan-bahan seperti di bawah...


Bahan-bahannya:
250gm ayam dipotong kecil-kecil (beserta tulang)
8-10 kuntum cendawan butang kering (rendam dengan air suam hingga kembang dan toskan)
1/2 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu makan tepung jagung
1/2 biji kiub ayam (optional)
1/2 inci halia - potong kasar
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih.*
Bahan bertanda * dicincang halus.
Cara Memasaknya:
  1.  Dengan menngunakan sedikit minyak, tumis semua bahan yang dicincang bersama dengan halia dan tunggu hingga garing dan naik baunya.
  2. Masukkan cendawan butang, lada hitam dan air bancuhan tepung jagung. Tunggu hingga cendawan empuk. Air yang dimasukkan bergantung kepada jumlah kuah yang disukai.
  3. Akhir sekali, masukkan ayam, garam dan kiub ayam. Tunggu 4-5 minit hingga ayam empuk.
Saiz hidangan adalah untuk 3 orang makan.




Jumaat, 16 Mei 2014

Ayam Masak Halia Bercendawan Butang

Temangu kat depan peti ais. Ayam yang dibeli oleh `En. Husband' banyak sangat. Tak tahu nak masak apa dah. Tiba-tiba je timbuk ide anak masak ni bila tengok pulak ada hala dan cendawan butang.
 


Masakan ni mengingatkan Cik Mun pada tauke Cina yang Cik Mun keje `cybercafé’ masa lepas sekolah dulu. Tauke Cina tu selalu belanja Cik Mun makan nasi Bungkus  ayam halia. Tengkiu `ex boss'... Ntah dimana dia sekarang ni.

Ok lah. Kenang tu kenang jugak. Resepi dan bahan-bahannya seperti di bawah ni...



Bahan A
200gm ayam (potong kiub)
4-6  kuntum cendawan butang kering
½ biji kuib ayam
1 inci halia *
2 ulas bawang putih*
½ biji bawang besar – potong dadu
1 sudu makan tepung jagung – bancuh dengan sedikit air
Sedikit minyak untuk menumis

Bahan bertanda * hendaklah ditumbuk lumat.

Cara-cara memasaknya
  1. Tumiskan bahan tumbuk dengan bawang besar. Tunggu hingga naik baunya.
  2. Masukkan cendawan butang, kiub ayam dan air tepung jagung. Air yang dimasukkan adalah berdasarkan sebanayk mana kuah yang disukai. Tunggu hingga cendawan empuk.
  3. Masukkan ayam dan garam. Tunggu 4-5 minit hingga ayam masak.
  4. Sedia dihidangkan dengan nasi panas.
Saiz hidangan adalah untuk 2 orang.
 

Sabtu, 12 April 2014

Ayam Goreng Satay

Asyik makan ayam goreng kunyit je Cik Mun selama ni. Tak ada yang berubah. Teringat dalam peti ais masih ada lebihan kuah perapan satay ayam. Cik Mun sengaja simpan kuah perapan ayam tu dalam freezer kasik beku `kaw' `kaw'. Tahan lama sikit.

Masa nak buat Ayam Goreng Ala Satay ni, ni  makan Cik Mun perapkan ayam seawal jam 6 pagi sebelum pergi kerja letakkannya di dalam peti ais tempat yang bersuhu biasa.

Bila balik terus je letak kat luar lebih kurang 1/2 jam untuk hilangkan sejuk ayam tu. Jangan la pulak lepas keluarkan dari peti ais terus je goreng, nanti isi ayam tu jadi kecut, keras dan tak sedap nak makan pulak.

Kalau nak cuba buat, resepi seperti di bawah ni.




Bahan-bahan


1 1/2 sudu gula putih
garam secukup rasa
3 batang serai - potong halus terlebih dahulu*
3/4 inci halia*
5 biji bawang merah kecil*
3 ulas bawang putih*

1 1/2 sudu teh serbuk kunyit*
1/2 sudu teh makan ketumbar*
1/4 sudu makan jintan putih*
1/2 sudu jintan manis*

Semua bahan bertanda * di`blender' hingga hancur lumat dengan air yang amat sedikit.


Cara-cara Memasaknya:

  1. Satukan semua bahan bertanda * dan perapkan dengan  ayam yang telah dipotong dan perapkan semalaman. Atau sekurang-kurangnya 2-3 jam. 
  2. Goreng menggunakan api sederhana hingga masak.
  3. Bagi membuat kuah pula, tumiskan lebihan perapan dengan minyak hingga naik baunya. Tambah garam/asam sekiranya ada yang kurang.
  4. Hidangkan kuah bersama dengan ayam goreng satay.
Saiz hidangan untuk 3 orang.

Isnin, 24 Mac 2014

Ayam Masak Paprik

  Dah bosan asyik makan ikan je 2 - 3 hari ni. Ada la se`coet' ayam bagaian dada yang dipotong dadu dalam peti ais freezer. 2-3 kerat sayur yang masih berbaki dalam peti ais. Susah-susah sangat Cik Mun masak je campak-campak pada petang ni. Yang penting, lauk yang nak dimakan tu tak pedas dan disukai seisi keluarga.

Toksah pening-pening dok tak tahu nak masak apa, meh kita masak ayam paprik. 
Resepi dan bahan-bahan seperti di bawah:


Bahan-bahannya:

300 gm isi ayam  
5-8 biji kacang pis
3 inci carot
1 batang serai (dititik)
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang kecil
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu cili kisar
1 sudu air perahan limau nipis
2 helai daun limau purut
Garam secukup rasa
Perasa -  (kiub ayam/ajinomoto) (optional)



Cara-cara memasaknya:

  1. Tumiskan serai, bawang putih dan bawang merah yang dimayang halus hingga perang keemasan. 
  2. Masukkan cili kisar, sos tiram sos tomato, kacang pis dan caret. Tunggu hingga kacang pis caret separuh empuk/hingga cili kisar masak.
  3. Masukkan air sebaanyak 300ml/sebanyak mana dikehendaki sebagai kuah. Tunggu hingga mendidih..
  4. Masukkan ayam dan daun limau purut. Tunggu hingga ayam masak.
  5. Akhir sekali masukkan daun limau purut dan air perahan limau nipis.
  6. Sedia dihidangkan.
Saiz hidangan untuk 3 orang 

Rabu, 2 Oktober 2013

Ayam Masak Cendawan Butang Berkentang



Ayam  ni simple sangat. Cii Mun terpaksa buat untuk makan anak-anak. Yang penting ianya tak pedas. Anak-anak Cik Mun paling suka makan kentang dan ayam. Cendawan yang sedap tu pulak, Cik Mun dan suami la yang habiskan... Resepinya seperti berikut:


Bahan:

200gm isi ayam (bahagian dada)
8-10 kuntum cendawan butang (segar)
1 biji kentang sederhana besar
3 ulas bawang putih

Bahan sos/kuah

1 sudu teh lada hitam
3 sudu besar kicap manis
1 sudu kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar tepung jagung
garam secukup rasa
perasa (optional)-kiub ayam/ajinomoto


Cara memasaknya:
  1. Tumiskan bawang putih dan kentang yang dihiris nipis hingga naik bau bawang putih.
  2. Masukkan cendawan butang dan air sebagai kuahnya. Tunggu hingga kentang dan cendawan empuk.
  3. Masukkan semua bahan sos dan perasakan dengan garam. Jangan terlalu banayk garam kerana kicap dan sos tiram sudah sedia masin.
  4. Akhir sekali, apabila semuanya sudah empuk, barulah masukkan ayam. Lebih kurang 2-3 mnit, angkat dan hidangkan. Saiz hidangan adalah untuk 2 orang.


Ahad, 8 September 2013

Rendang Ayam Ala-ala Satay

Rendang ayam ala-ala satay ni Cik Mooon buat bila rasa malas masak ni terbit. Rempah ratus yang nak digunakan sebagai bahan utamanya ni memang selalu ada dalam peti sejuk Cik Moon blender dan simpan dalam tempat sejuk beku. Boleh tahan sampai 3 bulan. Bila nak pakai, ambil je sikit-sikit. Tambahkan bahan-bahan lain dan dah siap. Yang penting, bila balik dari kerja masih sempat nak masak dengan waktu yang singkat dan sedap pulak tu. Resepi seperti di bawah ini.


Bahan-bahan (1) - Blender:

2 batang serai
1/2 inci lengkuas
1/2 inci halia
1/2 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk teh jintan manis
1/2 sudu teh serbuk teh jintan putih
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 biji bawang merah kecil
1 sudu besar gula putih
Cili kering 6-8 tangkai (kalau nak pedas boleh tambah lagi cili padi)
Garam secukup rasa
Perasa seperti ajinomoto/kiub ayam (optional)
1/2 sudu serbuk kunyit


Bahan-bahan (2)

Ayam 1/2 ekor (sederhana besar potong 6)
Daun kunyit diracik/siat sahaja
4 sudu besar kerisik
200ml santan pekat


Cara Memasaknya:

  1. Dalam satu kuali campurkan bahan blender (Bahan-bahan1) bersama bahan-bahan (2). Masak semuanya hingga harum. 
  2. Angkat dan hidangkan bersama nasi panas dan ikan masin goreng.
  3. Saiz hidangan untuk 6 orang.

Tips : 
Semua bahan-bahan blender diatas  boleh disimpan hingga 3 bulan di tempat sejuk beku. Cik Moon boleh buat banyak-banyak masa cuti hminggu dan simpan. Bila balik dari kerja je boleh terus masak. Ini menjimatkan masa sebab Cik Mooon tak perlu lagi susah-susah nak sediakan rempah ratusnya. Main campak-campak je dah siap....

Apa yang mesti disediakan cuma bahan 2 sahaja. ...kalau bahan 1 memang dah ada.


Khamis, 5 September 2013

Sup Ayam Simple Sedap

Ini adalah hidangan simple yang Cik Moon akan sediakan kalau lauk di kedai yang Cik Mooon pergi semuanya pedas-pedas belaka. Selalunya Cik Mooon akan belikan lauk satu atau 2 jenis untuk suami. Tetapi untuk anak-anak, Cik Mooon akan masak sup ayam simple sedap ni. Jom tengok resepi seeprti di bawah ini.



Bahan-bahannya:

3 ketul ayam (agak-agak saiz ayam yang dipotong 12)
1 keping cendawan tiram sederhana besar
3 inci lobak merah
1 biji kentang
3 ulas bawang putih
1 sudu teh lada hitam
daun sup dan daun bawang



Cara-cara memasaknya:

  1. Tumiskan bawang putih yang telah ditumbuk
  2. Masukkan air, lobak merah dan kentang dan tunggu hingga sayur-sayur ini empuk.
  3. Masukkan ayamdan cendawan.
  4. Tunggu hingga ayam empuk.
  5. Akhir sekali, masukkan daun bawang dan daun sup sebelum dihidangkan.
Saiz hidangan adalah untuk 3 orang.