Memaparkan catatan dengan label KUIH MUIH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KUIH MUIH. Papar semua catatan

Sabtu, 28 Mac 2015

Buah Melaka

Gambar 1 : Kalau banyak ni Cik Mun makan sorang pun tak cukup!

Kadang kala, bila teringin nak makan kuih ni kalau bukan bulan puasa kat tempat Cik Mun memang payah nak jumpa. Bayangkan, kalau kita ni sedang mengidam, carik pula tak jumpa.. memang kena tahan kempunan lah jawabnya.

Takpe... toksah nak kempunan sangat. Kita buat je sendiri. Cik Mun masa kecil-kecil dulu `time' bulan puasa mesti kena tolong mak dan kakak-kakak buat kuih ni. Kalau buat pulak tu, mesti sampai sekilo tepung atau mungkin lebih. Dah tu, kalau nak mengentelnya sengsorang berjamlah jawabnya. 

Cik Mun ni jenis yang keluarga besar. Kalau nak beli kuih muih kat Pasar Ramadan tu boleh tapi kalau nak beli banyak mesti mahal. Lagi baik buat sendiri. Puas makan. Boleh makan lagi sampai waktu sahur. He he he...

Kalau sesiapa yang nak cuba buat, resepi dan bahan-bahan seperti di bawah ni...

Bahan-bahan:

250gm Tepung pulut
air secukpnya untuk menguli
2-3 titik pewarna hijau (green apple)
kelapa parut
garam secukupnya
1 keping gula kabung/gula melaka (yang bentuk bukat tu)


Gambar 2 : Adunan yang telah siap dibentuk dan diletakkan inti disusun di atas 
dulang bertabur sedikit tepung.

 Gambar 3: Siapkan dulang sebelum buah melaka masak. Senangkan kerja...

Gambar 4 : Buah melaka yang telah masak akan timbul dalam air mendidih.


Cara-cara memasaknya:
  1. Dalam satu cawan. larutkan pewarna hijau bersama air. Ketepikan.
  2. Potong gula kabung kecil-kecil berbentuk kiub. Ketepikan.
  3. Didihkan air di dalam periuk dan sementara itu bentukkan kuih. Ketepikan.
  4. Sediakan dulang yang telah ditabur dengan sedikit garam. Ketepikan.
                                                           *   *    *
  1. Letakkan tepung pulut di dalam satu bekas. Tuangkan air sedikit demi sedikit sambil mengulinya.
  2. Ambil sedikit dan bulat-bulatkan adunan tepung dan letakkan gula kabung di tengahnya. Susun di atas dulang yang ditabur dengan sedikit tepung (untuk elakkannya melekat dengan dulang).
  3. Masukkan  tepung yang telah dibulatkan ke dalam air mendidih dan tunggu hingga kuih melaka timbul di permukaan air. Itu akan menandakannya telah masak.
  4. Angkat dan letakkan di atas dulang yang ditabur kelapa parut di atasnya. Goyang-goyangkan dulang hingga semua kuih melaka bersalut dengan kelapa tabur tersebut.
  5. Angkat dan hidangkan.
Saiz hidangan : 4 orang makan.

Ahad, 22 Mac 2015

Sandwich 3 Segi Sedap

 Gambar 1: Sayur dan sandwich 3 segi kena asingkan...


 Gambar 2 : Kena ikut tekak anak-anak. Sayur tu `sampah' katanya


Gambar 3 : Kalau ada sayur dalam masakan, nanti ibu `kena pecat'! Tapi ibu suka sayur!



Sandwich ni namanya Sandwich 3 Segi. Al kisah nama menu ni diberi oleh anak sulung Cik Mun. Kalau nak jual pakai nama  ni mesti orang tau tau nak agak apa rasanya kan...?

Kalau pepagi minggu, malas nak masak dan malas nak keluar pergi beli sarapan pagi, Cik Mun akan masak yang macam gini je... Simple, sedap dan cepat memasaknya. Dapur pun tak comot.

Kalau iskandar, pagi pun dia boleh melantak sanwich 3 segi ni sanmpai ke petang. Tapi jangan la buat banyak-banyak simpan samapai petang, nanti tak sedap la pula. Lgpun, amalan penyediaan makanan yang baik ialah makanan yang elok dimakan adalah dari mula masak hingga tempoh 4 jam saja. So, kalau untuk keluarga sendiri tu, amalkanlah contoh penyediaan makanan yang baik ni...Insya Allah keluarga sihat walafial je hendaknya...

Kalau nak tengok resepi dan cara membuatnya, seperti di bawah ni...


Bahan-bahnnya:

1 buku Roti Gardenia
Salad (potong kecil)
Bawang besar (potong bulat)
3 biji telur  (Gred A)
Mayonese
Sos Cili
Chese keping ( Cik Mun pakai Jenama Cheesedale)
Serbuk lada putih
Sedikit minyak


Cara-cara Memasaknya;

  1. Dalam kuali, masukkan sedikit minyak (anggaran 1 sudu makan) untuk buat telur hancur. Sentiasa gorengkannya untuk menghancurkan telur tu. Angkat dan ketepikan.
  2. Potong roti bentuk 3 segi. Sapukan dengan sos cili dan mayonese.
  3. Letakkan dengan telur hancur dan lada sulah.
  4. Apitkan dengan cheese, bawang besar dan salad.
  5. Sedia dihidangkan dengan minuman panas...
Saiz hidangan : 4 orang makan.

Sabtu, 4 Oktober 2014

Kuih Kasturi di waktu petang yang damai...

 Di petang yang damai ari tu, dah tak ingat petang bape haribulan. Cik Mun buat Kuih Kasturi ni. First time mencuba. Terima kasih kepada Resepi : HaSue@sue-hasue.blogspot.com, tuan punya resepi asal yang sudi kongsi resepi. Izin Cik Mun buat dan tunjuk dalam blog Cik Mun ye....

 Kerja membancuh adunan dan membentuk Cik Mun buat dengan gunakan gelas. Nak bagi nampak bulat punya pasal. Tapis ebelum tu, Cik Mun canai adunan guna kayu pencanai yang buat biskut tu. Ha ha ha...

 Dah bulat comey, celup la dalam adunan cam korang buat cucur goreng pisang tu...

 Goreng hingga keperangan.

Dah siap kalau banyak sangat, letak dalam bekal, bawak pegi pejabat makan dengan kawan2. Tapi `reheat' la dulu k...

Bahan2:
1 cawan kacang hijau
3/4 atau 1 cawan gula pasir (kemanisan bergantung kepada selera masing2)
1 sudu kecil garam
Air secukupnya untuk merebus kacang

Cara2 membuatnya:
  1. Kacang hijau dicuci dan ditoskan seketika,rebus dengan lebih kurang 7-8 cawan air sehingga empuk.
  2. Apabila air rebusan hampir kering,tambahkan sedikit air supaya kacang lebih lembut dan tunggu sehingga benar2 kering (Kacau selalu apabila hampir kering tu untuk mengelakkan berkerak atau hangus)
  3. Setelah benar2 kering,barulah masukkan gula dan garam tadi. Inti akan mencair kembali kerana gula yang cair tu..Biarkan renih dan kering lagi sekali..kacau sekali sekala dan pastikan guna api sederhana.
  4. Apabila sudah mula kering, perlahankan api..dan kacau sentiasa.
  5. Untuk memastikan inti sudah masak-kacang yang dimasak tadi tidak lagi mengeluarkan wap dari inti atau tiada renihan lagi walaupun api masih terpasang..memang senyap je (takde keluar bunyi plup2 dah kat adunan inti tu).
  6. Padamkan api dan sejukkan inti sepenuhnya sebelum dibentuk..
Bahan2 membuat adunan tepung:
1/2 cawan tepung gandum
1/3 sudu mkn marjerin
1 sudu kecil garam
secubit gula
1/2 cawan air
Sedikit pewarna kuning
Minyak secukupnya untun menggoreng-lebih kurang 2 cawan

Cara2:
  1. Dalam bekas,campurkan tepung,marjerin,garam,gula. Masukkan air dan kacau supaya adunan cepat sebati. Tambahkan sedikit pewarna kuning
  2. Panaskan minyak dalam kuali,celupkan inti yang sudah dibentuk tadi ke dalam adunan tepung dan goreng sehingga keemasan.
 Saiz hidangan : 5 orang makan. Sorang boleh dapat 3 ketul (bergantung kepada besar/tebal mana kuih dibentuk.)
 

Jumaat, 4 April 2014

Bingka Ubi Kayu Pemanggang Ajaib Ikan.

Ubinya yang liat, luar keraknya yang rangup...
Pergh...Sedap!

 Makan pula masa panas-panas. Kalau `time' dah sejuk pun ok jugak. Sedap sangat sebab Cik Mun memang suka yang rangup-rangup dan hangit sikit tu...


Bahan-bahannya: 
 
1 cawan ubi kayu-diparut 
1/3 cawan gula pasir (boleh kurangkan)
1/3 cawan santan pekat
sedikit Pewarna kuning
sedikit garam 
Cara membuatnya:
 
 
Cara memasaknya:
  1. Satukan semua bahan2 dan kacau hingga sebati.
  2. Masukkan adunan ini kedalam Pemanggang Ajaib Ikan bakar kira-kira 9-11 minit.
  3. Angkat dan sejukkan sebelum di potong.
 Saiz hidangan untuk 3 orang.
 

Isnin, 14 Oktober 2013

Donut Ubi Keledek Merah Bercoklat Gebu...

Alhamdulillah...Cik Mun punya percubaan untuk membuat donut jadi juga. Memang dah lama teringin nak buat. Menggunakan resepi yang diinspirasikan daripada doh pizzaa seperti di SINI,  Cik Mun pun meng `otter' resepi tu dan cuba-cuba sesuka hati dengan harapan agar ianya lembut, dan tidak mempunyai telur kerana sehari dua ni anak sulung Cik Mun, Si Iskandar Ibad tu tekena ruam dan jika salah makan pastinya dia akan merana. Alhamdulillah...berkat ketekunan mencuba ianya berhasil.  Rasanya dah nak sama je macam `dunkin donut'  tetapi versi `home made' la....  



DOH DONUT

Bahan-bahannya:
(untuk hasilkan 10 biji donut)

1 cawan tepung gandum 
1 cawan ubi keledek (yang telah direbus dan dilenyek)
1 sudu makan margerin 
80 ml susu segar/susu tepung
1 sudu makan gula putih* 
1 sudu teh garam* 
1 sudu makan mauripan* 

Semua bahan bertanda * dibancuh bersama-sama dalam keadaan suhu susu segar/susu tepung suam-suam kuku airnya dan dibiarkan anggaran 5-8 minit.


Cara-cara memasaknya: 
  1. Semua bahan dicampur dan diuli 10-15 minit/hingga doh tidak melekat di tangan.
  2. Rehatkan doh 45 minit - 1 jam atau hingga doh naik hingga 2 kali ganda dari saiz asal. (Tutup dengan `kitchen towel' bersih yang lembap).
  3. Setelah itu, tumbuk dengan bagi buangkan angin dalam doh dan bentukkan bulat-bulat dengan lubang di tengah serta susun di dalam bekas pembakar. Tunggu lagi hingga 10-20 minit sebelum dibakar.
  4. Bakar dengan api paling kecil selama 10-15 minit. (Cik Mun menggunakan pemanggang ajaib ikan)
  5. Angkat dan celupkan ke dalam adunan coklat.
  6. Sedia dinikmati dengan teh untuk minum petang.
  
 Tips : Jika tiada pemanggang ajaib, boleh terus goreng juga.



ADUNAN COKLAT

Bahan-bahan:


3 sudu serbuk coklat
3 sudu susu cair
3 sudu susu pekat
2 sudu gula putih - boleh tambah lagi jika suka manis.
2 sudu margerin/butter
1 sudu minyak masak
1 sudu air
secubit garam


Cara memasaknya;

Campurkan semua bahan-bahan dan masak diatas api perlahan hingga semuanya sebati dan mendidih. Boleh adjust rasa dengan memasukkan apa-apa yang perlu sekiranya kurang. 




 Ini gambar-gambar semasa proses kerja yang Cik Mun lalui. Ada juga yang Cik Mun terlupa nak tangkap. 

 Donut yang tak nampak mancam donut sebab ianya dipanggang. Apa yang penting, tidak berminyak!

Ada juga doh yang dibentuk menjadi bulat. Ini sebagai roti jika nak dicincah dengan kopi atau teh. Hahaha...boleh juga untuk tetamu/jiran tetangga yang bertandang untuk mesyuarat tingkap. Kebanyakannnya veteran dan mempunyai pelbagai penyakit.


Cubalah masak!






Selasa, 8 Oktober 2013

Apam Nasi Bandung Sedap



 Apam beras selama hari ni memang `best'. Mula-mula masa Cik Mun buat, bila dah siap kukus tu melekat sangat walaupun dah acuannya dah disapu dengan minyak. Rasa sedih sangat. Cik Mun diamkan semua kuih yang dah masak tu dalam sangai. Bila malam sikit baru teringat nak menjengok. Alhamdulillah bila nak keluarkan kuih tu, senang saja tertanggalnya. Mungkin rezeki tetamu yang kebetulan pada masa tu sedang bertandang....Apa lagi, senyum ke telinga lah Cik Mun sebab cubaan pertama buat kuih ni menjadi. Alhamdulillah....dan tak lupa juga terima kasih yang tak terhingga kepada pemilik blog www.jintanmanis.com sebab resepi ni Ck Mun ambil dari blog beliau. Cuma banyak la Cik Mun ubah sebab Cik Mun tak nak kuih ni terlalu manis. Minta Izin ye...Resepi ubahan adalah seperti di bawah ni...


Bahan-bahannya;

1 cawan nasi
2 cawan tepung beras
1 cawan gula perang
2 sudu besar gula putih
5 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air
1 sudu besar mauripan
1 sudu teh garam
Sedikit pewarna makanan.

Secekak kalapa parut (letakkan sedikit garam dan sesudu teh gula pasir)
Kalu nak tahan lama, boleh letakkan dalam kukusan dan kukus lebih kurang 3-4 minit.


Caranya:

  1. Tepung disatukan dengan yis dan susu tepung dalam satu mangkuk.
  2. Nasi, gula, garam dan air dikisar bersama-sama hingga halus.
  3. Adunan blender dimasukkan ke dalam campuran tepung tadi dan digaul rata. 
  4. Pewarna merah ros ditambah.Seterusnya diperap 3-4 jam.
  5. Setelah itu, kaup balikkan adunan dan isikan ke dalam bekas acuan yang telah dilumur dengan minyak. (Untuk elakkannya melekat)
  6. Rehatkan selama 30-40 minit.
  7. Kukus dengan api sederhana selama 10 minit. (Cik Mun gunakan pemanggang ajaib dan saiz apam pun agak kecil. Jadinya kerja-kerja mengukus agak jadi cepat)
  8. Siap diangkat dan dihidangkan dengan kelapa parut tabur...

Tips : 
Adunan setelah dimasukkan ke dalam acuan dan sedia untuk diperap. Jangan masukkan sampai penuh kerana adunan ini akan mengembang 2 kali ganda dari saiz asalnya. Cukup letakkan separuh acuan sahaja adunan tu. Ha... macam gitu...


Jumaat, 4 Oktober 2013

Apam Nasi

Masa penyediaan kih ni, teringat Cik Mun pada zaman masa bersekolah di Sekolah Menegah Teknik Kuala Kangsar. Ada satu pasar petang yang akan jual kuih apam nasi ni tetapi ianya dibalut di alas dengan daun pisang. Tak sangka pula bila dah jadi isteri dan ibu ni anak pulak yang suka makan. Putera kedua Cik Mun Si Iman tu mesti akan makan sampai habis. Terima kasih kepada tuan punya Blog www.jntanmanis.com kerana resepi ni Cik Mun ambil dari blog beliau. Mohon izin ye... Cumanya ada yang Cik Mun ubahsuai kerana bahan yang dicari tak ada. Resepi sepeti di bawah ni.



Bahan-bahannya (Anggaran Untuk 48 Biji):

1 cawan nasi
2 cawan tepung beras
1 cawan gula perang
2 sudu besar gula putih

1 1/4 cawan air
1 sudu besar mauripan
1 sudu teh garam
Sedikit pewarna makanan (Cik Mun tak letak)


Secekak kelapa parut (letakkan sedikit garam dan 1 sudu teh gula pasir)
Kalu nak tahan lama, boleh letakkan dalam kukusan dan kukus lebih kurang 3-4 minit.


Caranya:

  1. Tepung disatukan dengan yis dalam satu mangkuk.
  2. Nasi, gula, garam dan air dikisar bersama-sama hingga halus.
  3. Adunan blender dimasukkan ke dalam campuran tepung tadi dan digaul rata dan seterusnya diperap selama 3-4 jam.
  4. Setelah itu, kaup balikkan adunan dan isikan ke dalam bekas acuan yang telah dilumur dengan minyak. (Untuk elakkannya melekat)
  5. Rehatkan selama 30-40 minit.
  6. Kukus dengan api sederhana selama 10 minit. (Cik Mun gunakan pemanggang ajaib dan saiz apam pun agak kecil. Jadinya kerja-kerja mengukus agak jadi cepat)
  7. Siap diangkat dan dihidangkan dengan kelapa parut tabur...



Tips : 
Adunan setelah dimasukkan ke dalam acuan dan sedia untuk diperap. Jangan masukkan sampai penuh kerana adunan ini akan mengembang 2 kali ganda dari saiz asalnya. Cukup letakkan separuh acuan sahaja adunan tu. Ha... macam gitu...





Rabu, 27 Februari 2013

Pisang Goreng


Hari ni hujan. balik dari  kerja ayah mertua cakap pisang baru diambil dari belakang rumah. Dah masak katanya... Cik Mun faham... ayah nak makan goreng pisang la tu. Terus la Cik Mun buat. Jom `try'  resepi simple kat bawah ni.


Bahan-bahan:
  1. Pisang sesikat
  2. Tepung gandum 100 gram
  3. Sedikit garam secukup rasa 
  4. Serbuk kunyit
  5. Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya:
  1. Minyak dipanaskan.
  2. Dalam masa yang sama, tepung gandum 300 gram dibancuh dengan air suam bersama garam dan serbuk kunyit.
  3. Pisang dikupas dan dibelah dengan ketebalan yang disukai, dicelup dalam tepung dan digoreng ke dalam minyak panas.
  4. Terbalikkan pisang agar masak pada kedua-dua belah pisang.
  5. Angkat setelah rangup dan hidangkan.
  6. Saiz hidangan 4 orang.

Rabu, 6 Februari 2013

Masak tempek cik mun

TEMPEK CIK MUN

Bahan2
  1. Tepung gandum.
  2. Telur
  3. Air secukupnya
  4. Garam
  5. Susu tepung
  6. Gula
  7. Minyak sapi

Cara Membuat:

  1. Dalam satu bekas, satukan semua barang2 mengikut kelikatan yang dikehendaki.
  2. Sediakan kuali biasa dan letakkan sedikit minyak sapi.
  3. Masak diatas kuali biasa dan terbalikkan bila masak untuk memasakkan yang sebelah atas.
  4. Lepas dah masak, hidangkan bersama dengan `leftover'/lebihan kari.
Petua:

Cik mooon gunakan susu tepung nespray biasa je. Bagus untuk kekuatan tulang dan gigi sbb susu ada banyak kalsium.
Kalau xde susu tepung, guna je susu sejat.
Kalu nak banyak serat, boleh juga masukkan oat.