Memaparkan catatan dengan label KEK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KEK. Papar semua catatan

Sabtu, 26 September 2015

Oreo Cheese Cake Berbatik Tak Payah Bakar Langkah Demi Langkah

Yum-yum yum. Oreo Cheese Cake Berbatik 
yang menggiurkan.


Bahan-Bahan:

2 peket biskut oreo
50gram mentega/butter 

600gram whipping cream - Cik Mun tersilap beli cooking cream - bantai je lah!
500gram cream cheese

100ml susu cair
45gram sedikit gelatin
2 sudu teh coffee emulco


Cara Membuat:

  1. Asingkan biskut oreo dari cream putih yang terdapat di dalamnya. Lebihan cream ini boleh digunakan dalam kisaran cheese cream nanti.
  2. Hancurkan biskut oreo sehingga halus sebagai base kek anda.
  3. Cairkan sedikkit mentega dalam kuali atas dapur dan campurkan bersama biskut oreo. Masukkan ke dalam acuan dan tekan sehingga ke hujung dengan mampat serta rata ke seluruh bahagian.
  4. Ketepikan dan simpan di dalam peti. Cik Mun nak cepat masukkan terus dalam freezer paling atas tuh!
  5. Putarkan cooking cream (patutnya gunakan whipping cream) cream cheese, susu cair sehingga kembang. Tambahkan sedikit esen vanilla sebagai pewangi.
  6. Masukkan gelatin yang telah dicairkan dengan cooking cream yang dipanaskan dengan gelatin dengan kekdah double boli ke dalam kisaran. (Cik Mun gunakan cooking cream dan bukannya air panas untuk bancuh gelatin tu).
  7. Masukkan 2 sudu teh coffe emulco.
  8. Fillings anda telah siap dan boleh dituang adunan yang dipukul kembang tu separuh.
  9. Masukkan kek moist kiub ke dalam 1/2 adunan tadi dan siapkan dengan tuang lagi 1/2 adunan ke dalam bekas acuan.
  10. Hiaskan kek anda mengikut cita rasa dengan lebihan biskut oreo.
  11. Biarkan di dalam peti selama 3-4 jam untuk mendapatkan kek yang lebih padat dan berkrim.



Kejap je makan dah abih


Masa baru bukak dari acu


Dalam acuan. Lembik lagi nih.


Tumbuk dengan lesung je. Kasi hancur!


Asingkan yang inti oreo dari oreo tu


Saya putar Halim...


3 in 1 Nescafe takdek. Ganti ngan emulco coffe je!


 Menatang alah ni la yang tersilap beli. Patutnya beli whipping cream. Tapi nak cepat tercapai cooking cream. Bantai je lah labu. Akhirnya menjadi jugak!


 `Oreo base' kat bawah sekali tu...
buat-buat nampak isi dalam tu ye


 Acuan kek mesti yang cenggini ye puan-puan...
heh heh heh (perasan bagus cam cikgu)


 Gelatin yang dimasak dengan cooking cream 
dalam air panas kaedah `double boil'


 Kek kiub diletakkan pada 1/2 adunan. 1/2 adunan lagi baru tuang pas ni.


 Anak teruna sulung Cik Mun. Sopan je nampak. 
Kat luar... nakal giler


Kek coklat moist . Resepinya seperti di SINI. . Saiz kek ni Cik Mun potong bentuk kiub sebab nak kasi nampak cantik bila ditabur dalam loyang. Kalau malas nak buat kek ni, guna je oreo semuanya. Tapi takde belang-belang bentuk kiub kek batik la...


.

Isnin, 8 Disember 2014

Kek Ubi Kayu Lemak Manis

 Adunan kek 2/3 acuan.

Wajah kek yang dah siap dibakar. Tak sempat nak  `snap' gambar a.k.a nyanyi lagu `hepy besady' olok2 dah ada yang curik makan. 
Ha ha ah...Ini mesti kerja ayah budak-budak tu...


Sebenarnya tak ada yang luar biasa/istimewa pasal kek ni. Cuma kek ni ialah hasil air tangan Cik Mun yang dibuat berpandukan daripada kawan-kawan blog kat internet ni. Nak `link' kan kat blog tu pun dah tak ingat blog yang mana satu. Maaf lah ye, tapi izinkan Cik Mun cuba dan `share' resepinya kat alam maya ni...

Kalau nak tahu bahan-bahan dan resepinya seperti di bawah ni...


Bahan-bahan
3/4 cawan @ 200gm mentega
3/4 cawan @ 150gm gula halus
3 biji telur gred A
3/4 cawan  @ 100gm tepung gandum
1/4 tin susu pekat manis
1 1/2 cawan  @ 360gm ubi kayu (sagat dan tapiskan airnya)
1 sudu teh esen  vanila
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam halus


Cara-cara
  1. Pukul telur dan margerin hingga kembang.
  2. Masukkan tepung (yang sudah digaul  bersama dengan baking powder) sedikit demi sedikit hingga habis dan sebati semuanya.
  3. Masukkan susu pekat, garam halus, ubi kayu yang telah disagat dan akhir sekali esen vanila. Sebatikan semuanya dengan perlahan menggunakan mixer.
  4. Tuangkan aduan ke dalam loyang pembakar dan bakar dalam oven menggunakan suhu 175 darjah celcius selama lebih kurang 45-50 minit menggunakan api atas dan bawah. (Cik Mun gunakan loyang pembakar bersaiz 7 inci.)

Sabtu, 6 Disember 2014

Kek Ubi Kayu Pemanggang Ajaib Ikan

Kek Ubi Kayu Yang Sedap dan Rangup je..

 `Close Up' Sikit!

 Hasil bakaran kek dari Pemanggang Ajaib Ikan.

 
 Wajah kek sebelum dibakar

Cik Mun ni kalau duduk kat rumah tu bukannya boleh duduk saja-saja. Mesti nak kena buat sesuatu untuk hilangkan rasa boring. Anak-anak dah besar, kuat makan dan lepas tu takdenya nak layan Cik Mun sangat. Asyik buat hal sendiri saja. 

Kalau nak peluk. cium pun diaorang dah tak nak. Tu lah yang Cik Mun pun buat hal sendiri juga, bawak diri, masak je kat dapur.  Dah penat karang baru le baring-baring kat depan tv... Tengok la cerita kartun yang ntah apa-apa tu. Layan jer lah sebab bila anak ada kat rumah, diaorang lah `the boss'

`Entry' kali ni Cik Mun masukkan resepi Kek Ubi kayu yang Cik Mun buat minggu lepas. Ubi kayu ni sebenarnya dah lama terseimpan dalam peti sejuk kat tempat freezer tu. Alang-alang mengemas peti sejuk, perabihkan apa yang ada. Kan dulu ada kat dalam `entry' Cik Mun pasal `husband' yang mengemas semua pokok-pokok kat belakang rumah. So, ubi kayu ni kira hasil tanaman dari kebun herba kat belakang rumah Cik Mun la...

 Kalau nak cuba, resepi dan bahan-bahan seperti kat bawah ni...


Bahan-bahannya

250 gram ubi kayu (sagat kecil-kecil dan toskan airnya)
250 gram gula putih
250 gram tepung gandum
1 sudu teh soda Bikarbonat
1 sudu teh baking Powder
Telur 5 biji (Gred A)
2-3 titik esen vanila
Sedikit pewarna kuning (Yellow Egg)


Cara-cara Membuatnya

1. Satukan semua bahan.
2. Pukul hingga kembang dan masukkan esen vanila
3. Masukkan dalam Pemangang Ajaib Ikan (Isi 2/3 penuh je...)
4. Bakar kira-kira 8-10 minit dengan api kecil (bergantung kepada jenis dapur/api korang)
5. Buat lah hinga semua adunan siap dibakar ye... 



Rabu, 2 Julai 2014

Kek Minyak Pelangi

Kek ni Cik Mun buat bersama dengan adik perempuan bongsu Cik Mun. Dah tengah-tengah makam terasa nak mencuba masak kek. Kira ni first time buat, terus je menjadi. Alhamdulillah...Dan Cik Mun pun dengan bangganya lah bawak balik ke kampung untuk dimakan oleh semua adik beradik. he he he...

  
Sedap hingga semua adik beradik yang makan menjilat jari...


  Dah tuang cantik-cantik. Siap ada bentuk love lagi kat tengah tu.

 Sekali lagi `i luv u'...

 Ni hasilnya bila dan siap dikukus...Tak sabar nak makan dan tak sabar nak tengok belang-belangnya, panas-panas lagi dah belah kek ni dan makan.


Gambar shuting dari tepi.Cantik tak pelanginya....?


Kalau ada sesapa yang nak mencuba tu...Resepi seperti di bawah ini:


Bahan - bahan :
5 biji telur
1 cwn minyak
1 cwn susu pekat
1/2 cwn gula kastor
2 cwn tepung gandum (Cik Mun lebihkan 2 sudu sebab suka kek keras sikit)
1 st baking powder
1 sb ovalette
1 st esen vanila

Cara - cara :
  1. Ayak tepung dan baking powder, ketepikan. 
  2. Pukul telur, gula dan ovalette sampai gebu. Masukkan susu pekat, esen vanila dan minyak dan pukul lagi. 
  3. akhir sekali masukkan tepung dan kacau sebati. 
  4. Bahagikan ikut warna dan selang selikan dalam loyang sampai habis. 
  5. kukus selama 45 minit/hingga masak berdasarkan kepada saiz acuan kek yang dipilih...

Sumber rujukan :  http://nadiasukamasak.blogspot.com/2013/12/kek-minyak-mudah-dan-sedap.html

Jumaat, 20 Jun 2014

Kek Lapis Coklat Cheese



 Cik Mun ni memang suka sangat buat kek kalau ada kedatangan tetamu. Kek ni Cik Mun buat atas dasar nak menjamu tekak adik perempuan bongsu Cik Mun, Munirah yang bertandang selama 3 hari di Rumah Cik mun. Dia memang suka sangat makan segala mak nenek kek yang ada cheese


 Abaikan pemandangan belakang kek yang kurang best tu. Almaklumlah.. rumah orang yang rajin memasak dengan dibantu oleh hero-hero yang masih kecil. Kalau tak bagi tolong ada yang mengamuk pulak...

Cantik tak kek ni?  Cik Mun buat ni `first time' tapi alhamdulillah menjadi walaupun agak keras sikit bahagian cheese nya tu. Sebab Cik Mun memandai-mandai tak ikut resepi (letak 2 sudu tepung gandum dalam adunan cheese). ...Tu la.. menderhaka sangat kak tuan punya resepi asal...Walau macammanapun, Cik Mun nak `say tq' dan mintak izin ye...kat pemilik blog ni ( http://sebuahpertemuankita.blogspot.com) sebab resepi adalah dari dia.


BAHAN-BAHAN KEK COKLAT :-)


2 biji telur gred A
1 cawan gula halus
1 camca teh esen vanilla
Secubit garam
1/2 cawan air panas
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan minyak jagung
1 cawan tepung gandum*
3 camca besar serbuk koko*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan di ayak)

BAHAN-BAHAN LAPIS CHEESE :-)


250 gram krim cheese
60 gram gula halus
1 biji telur gred A
1 camca besar tepung gandum
1 camca besar air


CARA MEMBUATNYA :-)


UNTUK KEK COKLAT :-  
  1. Panaskan kukusan. Gunakan acuan bulat 8 inci. (Cik Mun tak lenser dengan minyak sebab memang dah `non sttick' punya acuan). 
  2. Putar telur dan gula hingga kembang dan pekat, masukkan esen vanilla dan garam, putar rata. 
  3. Tambah susu cair, minyak jagung dan air panas, putar sebati dengan kelajuan sederhana.  
  4. Masukkan bahan2 yang diayak sedikit demi sedikit hingga habis, putra rata dan matikan mixer. Bagi kepada 2 bahagian sama banyak. Ketepikan.


UNTUK LAPISAN KEJU :-  
  1. Putar krim cheese dan gula hingga sebati dan licin. Masukkan telur dan putar hingga kembang. Tambah tepung dan air, putar hingga semua sebati dan tidak berbintil2.

UNTUK KEK COKLAT KUKUS LAPIS CHEESE :- 

  1. Tuang satu bahagian kek coklat. Ratakan dan kukus hingga masak dengan api sederhana. (Masa lebih kurang 20 minit)
  2. Atas kukusan adunan coklat yang telah masak, tuang pula adunan krim cheese, ratakan dan sambung kukus 20 minit lagi. 
  3. Tuang baki bahagian kek coklat ratakan dan sambung kukus selama 45 minit atau hingga masak (bila anda cucuk dengan lidi sate atau cake tester di bahagian tengah kek dan keluarnya bersih, tanda kek dah masak).

  1. Sejukkan kek sekejap, kemudian boleh keluarkan dari acuan. Biar kek sejuk sepenuhnya atas jaringan dan boleh dipotong untuk dihidangkan.....

Rabu, 21 Mei 2014

Kek Oreo Cheese Lapis Bergelatin



Kek Oreo Cheese Lapis Bergelatin ni Cik Mun buat `special' bagi meraikan Hari Jadi `Husband' Cik Mun yang ke 31. Malas nak `travel' jauh-jauh nak pergi beli kek kat `secret resepi', Cik Mun buat sendiri je la...


Malangnya Cik Mun dapat tangkap gambar kek dengan lilin je le.. `Husband' Cik Mun malu nak bergambar dengan aksi dia sedang potong kek. Dah tua katanya. `Off record' je la gambar tu untuk hormati permintaan dia... Tapi mujurlah dia benarkan gambar kek ni dipaparkan dalam blog ni. Alhamdulillah...



 LAPISAN PERTAMA
Ini lah base kek yang Cik Mun buat dengan menngunakan kombinasi kek bakar oreo sebagai `base' kek. Cik Mun tak nak gunakan oreo kisar yang dicampur dengan margerin kerana saja je nak mencuba `stail' yang cam gini. Kira ni `first time' percubaan Cik Mun dan Alhamdulillah... ianya menjadi...


Bahan-bahan Kek Oreo/Dasar Kek:

125 gm butter
½ cawan gula
1 cawan tepung naik sendiri
1 sudu ten baking powder
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
4-6 keping biskut oreo – kisar halus (bersekali dengan krimnya)


Cara-cara Memasak Kek Oreo/Dasar Kek:

  1. Dalam satu bekas, satukan semua bahan iaitu butter, gula, tepung, `baking powder', esen vanilla dan pukul selama 3 minit/hingga semua bahan kembang dengan `electric hand mixer'.
  2. Masukkan kisaran oreo dan kacau rata menggunakan tangan.
  3. Tuangkan dalam acuan 9 inci (Cik Mun gunakan acuan yang boleh ditanggalkan pada bahagian tepinya), bakar dengan suhu 170 darjah celcius selama 15 minit.
  4. Angkat dan sejukkan sebelum dituang sekali lagi dengan adunan cheese bercampur biskut oreo yang bergelatin di atasnya.
 


LAPISAN KEDUA


Bahan-bahan Kek Oreo Bergelatin Kek Lapisan Kedua:

Biskut Oreo 2 baris biskut (Plastik oreo bersaiz besar – blender bersama inti putih di tengahnya)
250 gram `cream cheese’ (Jenama Tartura)
200ml `whipping cream’
Gula 4 sudu makan gula halus
Susu sejat
4 sudu makan serbuk gelatin (bancuh dengan 1/2 cawan air panas)


Cara-cara Memasak Kek Oreo/Kek Lapisan Kedua:

  1. Bekas 1: Putar `cream cheese’ bersama dengan gula hingga kembang. Masukkan biskut oreo yang telah dikisar dan gaul sebatikan.
  2. Bekas 2: Putarkan `whipping cream’ bersama dengan susu sejat dan esen vanilla hingga pekat dan kembang. Jangan terlebih pukul kerana jika tidak `whipping cream’ akan jadi pecah2 teksturnya.
  3. Bekas 3: Campurkan gelatin dengan air panas dan sentiasa kacau bagi mengelakkannya bergentel.
  4. Campurkan semua bahan dalam bekas 1, 2 dan 3. Gaul sebatikan dengan pantas agar gelatin tidak mengeras dengan cepat.
  5. Susun biskut oreo (celup dulu dalam susu sejat suam selama 2 saat je!) dan susun di atas kek dengan gaya yang korang suka.
  6. Tuang dalam acuan di atas kek oreo yang telah dibakar dan disejukkan. Masukkan ke dalam peti sejuk dan tunggu 3-4 jam sebelum dinikmati.
 Saiz hidangan untuk 12-16 orang.


Dah buat kek besar2, lepas tu buat `birthday party' tapi tak jemput orang (sebab mr. hubby Cik Mun malu - sebab dan tua katanya), sapa pulak yang nak makan kek ni? Ha... Cik Mun  bungkus la kasi kat kaum kerabat.





Ini untuk Bapak mertua.

Ini pulak untuk biras Cik Mun, Cik Vivi tu.... 
Settle sebiji kek, dan yang selebihnya Cik Mun simpan untuk `family' sendiri...