Memaparkan catatan dengan label Satay. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Satay. Papar semua catatan

Sabtu, 12 Disember 2015

Satay Lagi!

Chef tetap yang akan membakar satay setiap kali buat satay. 
Nampak kaki je sebab dia tak nak interframe.

Hari minggu yang lepas bakar satay lagi. Tapi disebabkan agak penat dan satay adalah lebihan daripada satay yang dibuat sebelum ini dan difrozenkan tanpa cucuk terlebih dahulu, makanya bila buat kali kedua dapat sikit je. (lebih kurang 75 cucuk sahaja). Tak sempat nak tangkap gambar, dah dimakan kenyang, baru teringat tapi satay dah habis.

Cer tengok, kalau buat satay, ada je pinggan Cik Mun yang akan jadik mangsa. Kali ni pinggan berbunga merah tu. Kalau gunu tudung periuk untuk kipaskan angin bara arang pun, sampai kemek dan lonyai tudung periuk tu. Tak aoa lah. Asalkan dapat makan satay sampai puas. 

Meh kita kira, kalau 75 batang satay yang hebat dan ohsem? (sebab buat sendiri dan boleh letak banyak daging berbanding beli di kedai), dah berapa henggit?

75 batang x RM0.55 = RM41.25
4 Nasi himpit kiub kecil = RM4.00
jumlah : RM45.25 

Beli ayam di pasar RM12.90
Free serai, lengkuas, kunyi, tanam sendiri,
halba, jintan manis, jintan putih, cili kering, ketumbar dll budget dlm RM2.00
arang RM2.50
Jumlah Modal  : RM17.40

PENJIMATAN: RM27.85

Sebenarnya boleh jimat lagi kalau guna kayu rambutan je kalau nak membakar. Kayu rambutan tu pun sesuai untuk bakar lemang sebab ianya sepesen dengan arang. Kayunya boleh pegang bara (kata orang tua-tua), satay/lemang yang dibabar menggunakannya pun akan tahan lama/tak cepat basi. 

Resepi kalau nak try macam kat  

Isnin, 14 April 2014

Satay Ayam Simple Sedap Cik Mun

`Satay' homemade yang Cik Mun dan suami buat. Boleh makan sepuas-puasnya tak payah nak berebut dan nak komplen kalau termakan kulit saja. (Kalau beli kat pasar malam ada yang diletakkan kulit je)
Resepi dan bahan-bahan seperti di bawah;



SATAY AYAM 

Bahan-bahan

1.5 kg isi ayam bahagian dada- potong kiub 1 inci persegi
3 sudu gula putih
garam secukup rasa
5 batang serai - potong halus terlebih dahulu*
1 1/2 inci halia*
10 biji bawang merah kecil*
5 ulas bawang putih*

3 sudu teh serbuk kunyit*
1 sudu teh makan ketumbar*
1/2 sudu makan jintan putih*
1 sudu jintan manis*

Semua bahan bertanda * di`blender' hingga hancur lumat dengan air yang amat sedikit.

 Cara-cara Memasaknya:

  1. Satukan semua bahan bertanda * dengan daging ayam yang telah dipotong dan perapkan semalaman. Atau sekurang-kurangnya 2-3 jam. 
  2. Ambil dan cucukkan pada lidi dan bakar. 
Tips : (Rendamkan lidi semalaman untuk elak terbakar masa proses membakar satay nanti).


  Proses mencucuk satay. Itu tangan suami Cik Mun yang comel. He he he...



Sambil bakar sambil ngap! Itulah kerja Adik Iman. Demam-demam pun nak tolong ibu ayah dan ibu bakar satay. Sebab tu lah dua2 tak pakai baju.


  

Inilah cara Cik Mun, suami dan anak-anak membakar satay. Kat tepi rumah je... Siap Abang Iskandar  tolong renjis bumbu satay dengan serai lagi tu...
Adik Iman menikmati satay Ibu dan ayah buat. 
Kat atas pondok luar rumah di malam hari...


Abang Iskandar pun pun sedap! Ikut je la selera demam diaorang...


 
Dan ini hasilnya yang tinggal untuk bergambar, Tada.... 
Satay, Nasi Impit, Kuah Kacang, Bawang dan Timun Segar...Yang lain semua dah kena makan.
Nyum Nyum Nyum!



KUAH KACANG

Bahan-bahan :
 

500 g kacang tanah - digoreng tanpa minyak, buang kulit dan kisar
2 1/2 senduk cili kisar
2 sudu gula merah

3 sudu gula putih
1 keping asam kepingAir secukupnya 
Minyak untuk menumis*
10 biji bawang merah*
1 labu bawang besar*
1 kuntum bunga cengkih*

2 kuntum bunga lawang*
2 inci kulit kayu manis*


Cara-cara Memasaknya:
  1.  Satukan kacang tanah bersama air secukupnya di dalam periuk dan ketepikan.
  2. Tumiskan bahan-bahan bertanda * sehingga naik harum. 
  3. Masukkan kacang tanah yang dibancuh dengan air. Sentiasa kacau perlahan-lahan supaya ia tidak berketul. (Jangan risau jika terlebih air dan nampak cair. Biarkan ia masak lebih lama (tetapi sentiasa dikacau). Kuah itu sendiri akan menjadi pekat (tetapi tidak kembang). Apabila sudah mendidih dan kelihatan pekat, tutupkan apinya sebentar). 
  4. Masukkan juga gula, gula merah, garam dan asam keping secukup rasa dan sambung masak hingga kuah nampak berkilat dan pekat sedikit. 
  5. Bolehlah dihidangkan panas-panas bersama satay, nasi impit, rendang dan sebagainya. jika menggunakan cili giling Cap Puteri, tidak perlu letak air asam jawa dan garam yang banyak.
Tips : Kuah kacang ini boleh bertahan 2-3 hari tanpa perlu disimpan di dalam peti sejuk tetapi sentiasa dipanaskan sedikit agar kuahnya `maintain' sedap.