Memaparkan catatan dengan label MASAKAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MASAKAN. Papar semua catatan

Khamis, 21 Januari 2016

Syukurlah Apa Yang Ada.

 Sambal Bijak. Resepi macam kat SINI


Hati Goreng Kicap. Goreng hati ayam dengan bawang besar. Curah kicap lemak udang, siap!


Teringat pesanan suami masa Cik Mun sediakan menu ni. Katanya, syukurlah apa yang ada. Sebab ada orang lain yang nasibnya lebih buruk dari kita. Tiada berumah, tiada makanan alas perut dan kehilangan sanak saudara.

Insaf sekejap. Bersyukur sangat-sangat sebab walaupun balik rumah dah lewat petang, masih lagi diberi kesempatan untuk masak macam ni.

Bukannya hari-hari macam ni, cuma sekali sekala bila nak habiskan stok makanan. Takut expired, baik dimasak dan dimakan. Bila tertengok ada bahan mentah masih ada dan tarikh dalam peti ais rasa macam dah lama (tapi konfident masih baik mutu makanannya).


Ahad, 6 Disember 2015

Resepi Kampung Girl

 Ulam rebus dan tak rebus pon ada

Berhujung minggu ni Cik Mun akan makan ulam-ulaman yang dipetik segar dari belakang rumah Cik Mun je. Memang betul, petai tu pokok yang ada di belakang rumah je, masa Cik Mun beli tanah lot rumah yang Cik Mun sekeluarga duduk ni, tuan tanah memang dah tanam pelbagai pokok yang dah boleh dimakan hasilnya macam pokok petai tu, pokok rambutan pokok durian, pokok langsat, pokok dokong, pokok duku, pokok mangga, pokok pisang tanduk, pokok pisang berangan, pokok cempedak dan banyak lagi lah. Itulah untuknya kalau duduk kampung. He he he he hu hu ha ha ha jangan dengki okey

 Favourate Cik Mun. Ulam betik tua rebus, keladi bunting celur dan ulam petai. Keladi bunting je mak angkat Cik Mun yang berniaga kasi free.


 Sambal picit terung belalang. Terung belalang tu ambil dari belakang rumah je. 
Cik Mun tanam sendiri.

Tak payah nak beria sangat kekadang tu sebab tekak ni kalau datang rasa nak makan masakan kampung, ini je lah yang terpikir nak makan. Tapi kalau ada kari ke, pape lagi lauk-pauk sebagai penambah menu pun okey jugak kan.

 Ikan temeung sardin goreng berbawang dan cili besar. 
Ikan tu beli, tak mampu nak bela / tangkap sendiri


Ikan kedera masin goreng.  Kasi serap itu minyak kalau tak nanti kolestrol banyak!
darah tinggi pun ada jugak kalu...


Jumaat, 22 Mac 2013

Ikan Kembong Goreng Kunyit

Hari ni Cik Mun malas sikit nak masak. Cukuplah ikan kembong goreng kunyit. Kalau ada pula sambal tempok, cincah je ngan sambal tu. Orang Perak la katakan. Makan pulak dengan nasik panas-panas. mau sepinggan dua jugak habisnya.


Bahan-bahan:

  1. 4 Ikan kembong
  2. 1/2 sudu serbuk kunyit
  3. 1/2 sudu garam

Cara memasak:

  1. Gaul sebatikan semua bahan.
  2. Gorengkan di dalam minyak yang panas hingga ikan keperangan/rangup.
  3. Angkat dan hidangkan dengan nasi panas. Cincah pula dengan sambal tempoyak bersama-sama ulam rebus.

Khamis, 21 Mac 2013

Pizza Cendawan Cik Mun

 Sebelum dimasak, so, masih belum terusik lagi la.
 Lagi banyak cheese lagi sedap.

Setelah dimasak. Tak Menyempat menyempat nak tangkap gambar dah hampir habis. 
Ini menunjukkan betapa hebatnyar pizza Cik Mun. Suami pun makan sambil puji sedap. Bangga jap jadik suri rumah weekdays ni.



CARA-CARA MEBUAT INTI 

Bahan-bahan:
  1. 1 tin (360 gm) sos spageti jenama kimbal (perisa cendawan)
  2. 1 labu bawang besar
  3. 500 gm isi dada ayam
  4. 1 paket sausage ayam
  5. 5-6 tangkai cili kering*
  6. 1/2  labu bawang besar* 
  7. 1/3 cawan minyak masak.
 Bahan-bahan bertanda * dikisar/ditumbuk bersama-sama
Jangan tanya mana cendawan. Memang tak dapat cik mun carik. Alamaklumlah duduk kat kawasan terpencil sikit...PAKAI PERISA CENDAWAN YANG KAT DALAM TIN JE LAH...

Cara-cara membuatnya:
  1. Tumiskan bawang besar yang dipotong dadu hingga naik bau.
  2. Masukkan paste yang ditumbuk/diblender hingga pecah minyak.
  3. Tuangkan sos spageti, masukkan awam dan sausage ayam yang dipotong dadu.
  4. Perasakan dengan garam dan tunggu hingga mendidih.

CARA-CARA MEMBUAT DOH

Bahan-bahan:
  1. 500 gm tepung gandum
  2. 2 biji telur gred A
  3. 2 sudu besar margerin
  4. 1 1/2 sudu teh garam
  5. 2 sudu besar lemak sayuran
  6. 1 sudu besar gula
  7. 5 gm mauripan
  8. 20 ml susu sejat
  9. 20 ml air
  10. 9 keping cheese
  11. Mayonese
  12. Daun oregano kering

Cara-cara membuatnya:
  1. Satukan semua bahan di dalam satu bekas dan uli hingga sebati.
  2. Biarkan selama lebih kurang 1/2 jam hingga 1 jam. Tutup dengan kain lembab hingga adunan kembang hingga 2 kali ganda. 
  3. Setelah itu, ratakan adunan mengikut acuan pembakar dan rehatkan 10-15 minit.
  4. Bila doh sudah berehat, cucuk-cucukkan dengan garpu untuk membuang udara berlebihan ketika membakar. Sapukan mayonese di permukaan adunan, letakkan inti, susunkan cheese dan sudahi dengan taburan daun oregano kering.
  5. Siap dibakar menggunakan api sederhana antara 10-15 minit. (Cik Mun menggunakan pemanggang ajaib ikan)
  6. Setelah masak, boleh dimakan dengan sos sekiranya mahu lebih pedas.
  7. Untu adunan ini, boleh buat hingga 3 biji dengan boleh dimakan hingga kenyang oleh 6  orang. 
  8. Ha ha hah ah ...

Ahad, 17 Mac 2013

Udang Masak `Sweet Sour'


 Udang oh udang! Macam best je kalau masak `sweet sour'. Meh le masak. Kalau tak bertambah nasi sepinggan dua, jangan kata udang `sweet sour' Cik Mun  (masuk bakul angkat sendiri).


Bahan-Bahan:
  1. 300 gm udang sederhana besar
  2. 10-12 biji cili kering*
  3. 1 biji bawang besar*
  4. 2 ulas bawang putih*
  5. Sesudu besar gula putih*
  6. 1/2 sudu besar gula merah*
  7. 1/3 cawan minyak untuk menumis.
 Semua bahan bertanda * dikisar bersama-sama.


Cara-cara memasaknya:
  1. Bahan kisar ditumis dengan minyak hingga naik bau atau hingga benar-banar kering.
  2. Udang dimasukkan dan diperasakan dengan garam.
  3. Angkat dan hidangkan bersama dengan nasi putih.
Siz hidangan adalah untuk 4 orang.

Sabtu, 9 Mac 2013

Ayam Masak Kicap

Cuti-cuti minggu ni Cik Moon buntu nak masak pe tengah hari.Teringat Iskandar suka makan ayam. 
pape pun masak ayam tu mesti habis, janji jangan pedas je... 
Ni lah hasilnya setelah Cik Moon penat lelah di dapur. Ahaks!


BAHAN-BAHAN
  1. 1/2 ekor ayam (dipotong 6)
  2. Kicap manis
  3. Kulit kayu manis
  4. 4 inci caret
  5. 2 sudu besar cili*
  6. 1 biji Bawang besar*
  7. 1 Biji buah tomato*
  8. 1 Bawang kecil*
  9. Bawang putih*
  10. Daun bawang 
  11. Daun sup
  12. Cili besar
Perhatiah : Semua bahan yang bertanda * diblender bersama-sama.


CARA MEMASAK
  1. Semua bahan blender ditumis dengan sedikit minyak bersama dengan halia dan kulit kayu manis sehingga naik bau.
  2. Seterusnya masukkan kicap, caret yang dipotong bulat dan diikuti dengan ayam.
  3. Tunggu hingga mendidih.
  4. Setelah ayam dan caret empuk, angkat dan hidangkan setelah dihias dengan daun bawang,, daun sup dan cili besar.

Isnin, 4 Mac 2013

Maggie Kari Goreng Berkuah

Malam-malam dah larut. En. Hubby cakap lapar pulak. Apa pun xder kat dapur. Pe lagi, 
mencari Maggie la. Meh le makan sekali...
 
 


BAHAN-BAHAN:

  1. 1 Bungkus maggie kari
  2. 1 inci karot
  3. 1 biji telur
  4. Sedikit taugeh
  5. Sedikit daun sup
  6. Sedikit daun bawang
  7. Sedikit isi ayam
  8. Bawang putih
  9. Bawang merah
  10. Cili padi 

CARA MEMASAK:
  1. Tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
  2. Masukkan sayur caret dan seteusnya masukkan air dengan sebanyak mana kuah dikehendaki.
  3. Serbuk kari maggie dimasukkan.
  4. Seteruanya masukkan taugeh dan ayam yang dipotong kiub . Tunggu hingga mendidih.
  5. Selepas itu masukkan maggie yang siap dicelur dan pecahkan bersama-samanya dengan sebiji telur.
  6. Angkat dan hidangkan dengan dihiaskan dengan daun bawang dan daun sup.
 
 TIPS:
  1. Kurangkan aktiviti mengacau masakan bagi mengelakkan telur pecah semasa diletak dalam kuali bersama maggie.

Rabu, 27 Februari 2013

Sayur Campur Sawi Pendek, Cendawan & Carot

Sayur! oh sayur! Susahnya nak galakkan anak-anak dan suami makan sayur. Anak-anak hanya suka makan caret, sebab manis kata mereka. Suami pula suka makan cendawan je. Cik mun, kena la makan sawi...Jom `try' sayur campur ni.

Bahan-bahan
  1. 3 pokok Sayur sawi pendek (Cik Mun tak Tahu nama betulnya)
  2. 1/2 batang caret
  3. 75 gm Cendawan tiram
  4. 1 Sudu besar sos tiram
  5. Garam secukupnya
  6. Sebiji Bawang putih
  7. Sebiji Bawang merah

Cara-cara Memasak
  1. Tumiskan bawang merah dan bawang putih yang dimayang halus hingga naik bau.
  2. Masukkan sos tiram, caret dan diikuti dengan sedikit air sekadar mencukupi sebagai kuah. Tunggu hingaa caret empuk.
  3. Akhier sekali, masukkan cendawan tiram dan sawi pendek serta perasakan dengan garam secukupnya.
  4. Sedia untuk dihidangkan. (Saiz hidangan adalah untuk 4 orang)

Isnin, 25 Februari 2013

Lala Sweet Sour





Cik Mun suka memasak. `Especially' untuk suami dan anak-anak. ni masakan yang Cik Mun buat pada hari Sabtu yang lepas. Seronok tengok anak-anak dan suami makan sampai licin habis. Cik Mun pun tak sempat nak makan. Tapi rasa puas hati sangat. 

Bahan-bahan

  1. 1 kg lala
  2. Seinci halia
  3. Sesudu teh serbuk kunyit
  4. Sebiji ubi kentang
  5. 10-12 tangkai cili kering (ikut pedas yang dikehendaki)
  6. 3 biji Bawang Putih
  7. Sebiji bawang besar
  8. Gula putih, gula merah, garam dan asam jawa secukup rasa.
  9. Daun kunyit.

Cara memasak

  1. Tumiskan bawang merah dan halia sehingga naik baunya.
  2. Setelah itu Cili kering, bawang putih dan bawang besar di `blender' bersama sedikit air. Masukkan pula kentang yang dipotong dadu kecil
  3. Setelah itu, masukkan lala yang telah dibersihkan bersama dengan daun kunyit.
  4. Kaup dan balikkan dengan kerap agar semua lala ini masak dengan sempurna.
  5. Siap untuk dihidangkan.