Isnin, 7 April 2014

Kek Ubi Kayu Lemak Manis

Gambar kek yang dah tinggal sikit sebab kena `ngap'. Sedap sangat sampai tak 
sempat nak berposing kek ni...Nasib baik ada gak nak tunjuk bukti
Cik Mun masak kek ni.


Hurmn.....banyak sangat ubi kayu kat rumah Cik Mun. Pokok ubi yang ada kat belakang rumah ditiup angin. Habis tumbang pokok ubi tu siap dengan ubinya sikit yang terbongkah. Apalagi, `husband' Cik Mun pun terus je gali dan ambil isi ubi lain yang ada sebelum semuanya masuk angin dan tak boleh dimakan lagi. Kejadian berlaku sewaktu petang, dalam keadaan hujan yang renyai-renyai dan dalam keadaan itu jugalah `husbad' Cik Mun gigih  menggali.. menggali... dan terus menggali...

Keratan yang ntah apa-apa sebab Cik Mun tak gunakan pisau yang tajam. 
Jadinya sisi potongan kek nampak comot.



Tak suka nak mengenangkan kejadiaan tu sebab korek ubi punya pasal sampai tangan dia luka, berdarah kena cangkul. Sebagai menghargai usaha `husband' yang gigih tu Cik Mun buat kek ubi kayu untuk dia dan anak-anak. Tak sangka `first time'  buat tapi Alhamdulillah menjadi. Resepi ni Cik Mun ambil dari internet tapi di `adjust' sikit ikut bahan yang ada dan kesedapan tekak ni yang nak memakannya.


Bahan-bahannya:

3/4 cawan @ 200gm mentega
3/4 cawan @ 150gm gula halus
3 biji telur gred A
3/4 cawan  @ 100gm tepung gandum
1/4 tin susu pekat manis
1 1/2 cawan  @ 360gm ubi kayu (sagat dan tapiskan airnya)
1 sudu teh esen  vanila
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam halus

Cara-cara Memasaknya:

  1. Pukul telur dan margerin hingga kembang.
  2. Masukkan tepung (yang sudah digaul  bersama dengan baking powder) sedikit demi sedikit hingga habis dan sebati semuanya.
  3. Masukkan susu pekat, garam halus, ubi kayu yang telah disagat dan akhir sekali esen vanila. Sebatikan semuanya dengan perlahan menggunakan mixer.
  4. Tuangkan aduan ke dalam loyang pembakar dan bakar dalam oven menggunakan suhu 175 darjah celcius selama lebih kurang 45-50 minit menggunakan api atas dan bawah. (Cik Mun gunakan loyang pembakar bersaiz 7 inci.)

 Hasil sagatan ubi






Penyagat yang Cik Mun gunakan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan