Sabtu, 26 Julai 2014

Ikan Panggang Belacan Dengan Pemanggang Ajaib Ikan



Tetiba je rasa malas nak masak pada hari ni. Tapi malas pulak nak pergi ke Pasar Ramadan. Bukannya apa, kalau pergi, mesti akan berborong sakan. Sudahnya, yang dimakan sedikit saja dan yang selebihnya masuk dalam bakul sampah.

Tak pe lah. Takyah nak membazir di bulan yang mulia ni... Cik Mun gunakan apa je yang ada/`leftover' yang lepas-lepas. Benda semua yang bertanda * tu Cik Mun buat dah lama (2 -3 hari yang lepas), sebenarnya untuk cincah ikan bakar, tetapi sebab ada lebihan, Cik Mun simpan dalam peti ais tempat beku, lepas tu, terhasil la idea nak masak macam kat bawah ni.

Kalau nak cuba, resepi dan cara memasak seperti di bawah ni... 


Bahan-bahannya

3 ekor ikan kembung bulat
1 biji buah tomato
5-6 biji sayur kacang bendi
1/ 2 biji bawang besar

3-5 biji cili padi (kalau nak pedas boleh tambah lagi)*
Asam jawa secukup rasa*
Ikan bilis*
1 sudu teh belacan*
2 sudu teh sudu gula*
Garam*
Perasa*

Tumbuk semua bahan bertanda *
Tapi makcik kantin blender je semua bahan-bahan tu, dia buat dalam kuantiti yang banyak le…

Cara-cara memasaknya;

  1. Gaulkan ikan dengan kunyit dan garam. Gorengkan hingga separuh masak dengan pemanggang ajaib juga dengan menggunakan minyak yang sedikit. Ketepikan.
  2. Tumiskan semua bahan tumbuk/blender hingga naik baunya/garing.
  3. Masukkan ikan, sayur kacang bendi dan buah tomato. Tutup pemanggang ajaib hingga sayur bendi empuk.
  4. Angkat dan hidangkan bersama dengan nasi panas.

Saiz hidangan untuk 2 orang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan