Khamis, 16 April 2015

Peria Masak Sweet Sour Sama Udang

Gambar : Peria Masak `Sweet Sour' Sama Udang


Rasa nak makan peria pulak kebelakangan ni. Kalau makan yang dibuat kat kantin tu, selalunya makcik kantin akan buat goreng peria sama telur. Agak bosan sikit sebab Cik Mun sukakan peria yang dicampurkan dengan udang. Tapi kalau nak yang macam-macam tu, baik buat sendiri kan... Kalau nak cuba, resepi dan cara membuatnya seperti di bawah ni...

 
Bahan-bahannya;

1 biji (300gm) peria ( di rendam dlm air garam 1/2 jam sebelum masak, toskan )  
250 gm udang  (buang ekor dan kepalanya)
Garam, asam keping @ Air asam jawa (secukup rasa)
Gula merah 1/2 sudu makan & gula putih 1 sudu makan
Perasa (jika perlu)

 

Bahan Kisar;

3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah, 
1 biji bawang besar
+/- 10-15 tangkai cili kering 

1 sudu teh belacan

Cara-cara Memasaknya:
  1. Tumiskan semua bahan kisar hingga garing/naik baunya dan pecah minyak
  2. Kemudian masukkan peria, garam, asam keping, gula merah, gula putih dan perasa secukupnya. Jika suka berkuah boleh tambah sedikit air. kacau sehingga peria separuh empuk. 
  3. Masukkan udang dan tunggu hingga udang kemerahan menandakannya masak.
  4. Angkat dan siap dinikmati dengan telur goreng dadar. Selamat mencuba...

Saiz hidangan : 4 orang makan. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan