Isnin, 14 Oktober 2013

Donut Ubi Keledek Merah Bercoklat Gebu...

Alhamdulillah...Cik Mun punya percubaan untuk membuat donut jadi juga. Memang dah lama teringin nak buat. Menggunakan resepi yang diinspirasikan daripada doh pizzaa seperti di SINI,  Cik Mun pun meng `otter' resepi tu dan cuba-cuba sesuka hati dengan harapan agar ianya lembut, dan tidak mempunyai telur kerana sehari dua ni anak sulung Cik Mun, Si Iskandar Ibad tu tekena ruam dan jika salah makan pastinya dia akan merana. Alhamdulillah...berkat ketekunan mencuba ianya berhasil.  Rasanya dah nak sama je macam `dunkin donut'  tetapi versi `home made' la....  



DOH DONUT

Bahan-bahannya:
(untuk hasilkan 10 biji donut)

1 cawan tepung gandum 
1 cawan ubi keledek (yang telah direbus dan dilenyek)
1 sudu makan margerin 
80 ml susu segar/susu tepung
1 sudu makan gula putih* 
1 sudu teh garam* 
1 sudu makan mauripan* 

Semua bahan bertanda * dibancuh bersama-sama dalam keadaan suhu susu segar/susu tepung suam-suam kuku airnya dan dibiarkan anggaran 5-8 minit.


Cara-cara memasaknya: 
  1. Semua bahan dicampur dan diuli 10-15 minit/hingga doh tidak melekat di tangan.
  2. Rehatkan doh 45 minit - 1 jam atau hingga doh naik hingga 2 kali ganda dari saiz asal. (Tutup dengan `kitchen towel' bersih yang lembap).
  3. Setelah itu, tumbuk dengan bagi buangkan angin dalam doh dan bentukkan bulat-bulat dengan lubang di tengah serta susun di dalam bekas pembakar. Tunggu lagi hingga 10-20 minit sebelum dibakar.
  4. Bakar dengan api paling kecil selama 10-15 minit. (Cik Mun menggunakan pemanggang ajaib ikan)
  5. Angkat dan celupkan ke dalam adunan coklat.
  6. Sedia dinikmati dengan teh untuk minum petang.
  
 Tips : Jika tiada pemanggang ajaib, boleh terus goreng juga.



ADUNAN COKLAT

Bahan-bahan:


3 sudu serbuk coklat
3 sudu susu cair
3 sudu susu pekat
2 sudu gula putih - boleh tambah lagi jika suka manis.
2 sudu margerin/butter
1 sudu minyak masak
1 sudu air
secubit garam


Cara memasaknya;

Campurkan semua bahan-bahan dan masak diatas api perlahan hingga semuanya sebati dan mendidih. Boleh adjust rasa dengan memasukkan apa-apa yang perlu sekiranya kurang. 




 Ini gambar-gambar semasa proses kerja yang Cik Mun lalui. Ada juga yang Cik Mun terlupa nak tangkap. 

 Donut yang tak nampak mancam donut sebab ianya dipanggang. Apa yang penting, tidak berminyak!

Ada juga doh yang dibentuk menjadi bulat. Ini sebagai roti jika nak dicincah dengan kopi atau teh. Hahaha...boleh juga untuk tetamu/jiran tetangga yang bertandang untuk mesyuarat tingkap. Kebanyakannnya veteran dan mempunyai pelbagai penyakit.


Cubalah masak!






Tiada ulasan:

Catat Ulasan