Selasa, 13 Mei 2014

Sandwich Sardin Berjalapeno Simple Sedap

Hari-hari sekarang ni Cik Mun akan bawak bekal ke pejabat. Ada je lebihan kat dalam peti sejuk ataupun lebihan masakan semalam tu kira jadi la projek masak `ekpress' Cik Mun. Bukannya apa, sekarang ni kalau tak pandai berjimat cermat, alamat tak boleh menyimpan la. Apa-apa hal kalau kecemasan, nak pinjam duit orang tu la yang Cik Mun tak suka tu. Meh contohi sikap baik Cik Mun yang buat sarapan sendiri dan bawa bekal ke tempat kerja. Bukan setakat boleh makan semasa sarapan pagi je. Tapi boleh `maintain' sampai ke petang kenyangnya. Tapi kena simpan la satu makan untuk pagi, satu untuk tengahhari dan satu lagi untuk petang. Konpem korang boleh kurus cam gini. Boleh kaya jugak sebab jimat. Ha ha hah LOL....

Kat bawah ni ada gambar gambar best Cik Mun nak share...

`Breakfast' pepagi di dalam opis.. di depan `pc' ku...Kol 8.00 am dah kena santap sebab kalau tak, meragam la perut ni.

Ada bom jangka. a.k.a cili padi... hati2 terkena...


Ada lagi 2 keping tersimpuh ayu dalam bekas `tuppaware' ku. Rezeki Cik Ida juga la. `Opismate' yang selalu jadi teman sebekal semakan..


 Satu set `breakfast' yang `complete'. Agak-agak kalau beli kat kedai dah berapa RM?
Sandwich sardin + cheese + salad + cili (3 keping = $5.00)
air milo $2.00) JUMLAH: RM7.00


 CARA BUAT DAN BAHAN-BAHANNYA:
  1. `Of course' la roti. Cik Mun gunakan roti yang banyak serat tu..
  2. Lebihan sardin  yang masak semalam je...
  3. Jalapeno cheese powder/apa-apa jenis cheese - Suka hati nak letak banyak aman yang korang suka. Lagi banyak cheese lagi sedap.
  4. Cili padi a.k.a bom jangka
  5. Mayonese Sikit je sudah (ikut sedap rasa)
  6. Salad / apa-apa sayur yang korang suka.
Susun dan lipat macam gambar kat atas tu. Dah siap letak dalam bekal bawak g opis. Bagi free kat kawan. Tak sedap pun konpem dia cakap sedap sbb free. Ha ha ha ha...

Saiz hidangan untuk  2 orang makan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan