Rabu, 21 Mei 2014

Kek Oreo Cheese Lapis Bergelatin



Kek Oreo Cheese Lapis Bergelatin ni Cik Mun buat `special' bagi meraikan Hari Jadi `Husband' Cik Mun yang ke 31. Malas nak `travel' jauh-jauh nak pergi beli kek kat `secret resepi', Cik Mun buat sendiri je la...


Malangnya Cik Mun dapat tangkap gambar kek dengan lilin je le.. `Husband' Cik Mun malu nak bergambar dengan aksi dia sedang potong kek. Dah tua katanya. `Off record' je la gambar tu untuk hormati permintaan dia... Tapi mujurlah dia benarkan gambar kek ni dipaparkan dalam blog ni. Alhamdulillah...



 LAPISAN PERTAMA
Ini lah base kek yang Cik Mun buat dengan menngunakan kombinasi kek bakar oreo sebagai `base' kek. Cik Mun tak nak gunakan oreo kisar yang dicampur dengan margerin kerana saja je nak mencuba `stail' yang cam gini. Kira ni `first time' percubaan Cik Mun dan Alhamdulillah... ianya menjadi...


Bahan-bahan Kek Oreo/Dasar Kek:

125 gm butter
½ cawan gula
1 cawan tepung naik sendiri
1 sudu ten baking powder
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
4-6 keping biskut oreo – kisar halus (bersekali dengan krimnya)


Cara-cara Memasak Kek Oreo/Dasar Kek:

  1. Dalam satu bekas, satukan semua bahan iaitu butter, gula, tepung, `baking powder', esen vanilla dan pukul selama 3 minit/hingga semua bahan kembang dengan `electric hand mixer'.
  2. Masukkan kisaran oreo dan kacau rata menggunakan tangan.
  3. Tuangkan dalam acuan 9 inci (Cik Mun gunakan acuan yang boleh ditanggalkan pada bahagian tepinya), bakar dengan suhu 170 darjah celcius selama 15 minit.
  4. Angkat dan sejukkan sebelum dituang sekali lagi dengan adunan cheese bercampur biskut oreo yang bergelatin di atasnya.
 


LAPISAN KEDUA


Bahan-bahan Kek Oreo Bergelatin Kek Lapisan Kedua:

Biskut Oreo 2 baris biskut (Plastik oreo bersaiz besar – blender bersama inti putih di tengahnya)
250 gram `cream cheese’ (Jenama Tartura)
200ml `whipping cream’
Gula 4 sudu makan gula halus
Susu sejat
4 sudu makan serbuk gelatin (bancuh dengan 1/2 cawan air panas)


Cara-cara Memasak Kek Oreo/Kek Lapisan Kedua:

  1. Bekas 1: Putar `cream cheese’ bersama dengan gula hingga kembang. Masukkan biskut oreo yang telah dikisar dan gaul sebatikan.
  2. Bekas 2: Putarkan `whipping cream’ bersama dengan susu sejat dan esen vanilla hingga pekat dan kembang. Jangan terlebih pukul kerana jika tidak `whipping cream’ akan jadi pecah2 teksturnya.
  3. Bekas 3: Campurkan gelatin dengan air panas dan sentiasa kacau bagi mengelakkannya bergentel.
  4. Campurkan semua bahan dalam bekas 1, 2 dan 3. Gaul sebatikan dengan pantas agar gelatin tidak mengeras dengan cepat.
  5. Susun biskut oreo (celup dulu dalam susu sejat suam selama 2 saat je!) dan susun di atas kek dengan gaya yang korang suka.
  6. Tuang dalam acuan di atas kek oreo yang telah dibakar dan disejukkan. Masukkan ke dalam peti sejuk dan tunggu 3-4 jam sebelum dinikmati.
 Saiz hidangan untuk 12-16 orang.


Dah buat kek besar2, lepas tu buat `birthday party' tapi tak jemput orang (sebab mr. hubby Cik Mun malu - sebab dan tua katanya), sapa pulak yang nak makan kek ni? Ha... Cik Mun  bungkus la kasi kat kaum kerabat.





Ini untuk Bapak mertua.

Ini pulak untuk biras Cik Mun, Cik Vivi tu.... 
Settle sebiji kek, dan yang selebihnya Cik Mun simpan untuk `family' sendiri...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan