Isnin, 19 Mei 2014

Kek Oreo Cheese Mini Bergelatin.



Kek Oreo Cheese Mini Bergelatin ni Cik Mun buat bila ada lebihan masa buat `birthday' kek untuk `birthday suami' yang ke 31. Buat dalam satu acuan je. Almaklumlah.. lebih-lebih bahan buat kek cheese oreo bergelatin tu. Saiz bekas `stainless steel 'yang Cik Mun gunakan berukuran 5 inci diameternya. Cukup la kalau setakat nak makan puas-puas untuk seorang tu.

Cik Mun buat kek ni khas untuk suami sebab dia tak boleh makan benda yang ada telur. Kek yang dia eksyen potong masa birthday tu base yang Cik Mun guna ada telur. So, untuk `base' kek yang kali ni Cik Mun gunakan biskut oreo je...Tak gatal dan suami boleh makan la...

Ok lah, kepada peminat blog Cik Mun (perasan sesorang ada peminat)  kalau nak cuba, resepi  dan bahan seperti di bawah ni.


Kek Lapisan 1:

Biskut Oreo (1 `Row')- Buang inti di tengahnya dan kisar halus
Margerin/planta - Amount? agak-agak je supaya bila korang masukkan ke dalam biskut, biskut boleh dikepal dan tak berderai sudah...

Cairkan margerin dan campurkan dengan kisaran biskut oreo. Mampatkan ke dalam bekas acuan yang hendak digunakan.

Ini lah rupanya setelah biskut oreo yang dimampatkan ke dalam bekas. Cik Mun gunakan `stainless steel' punya bekas supaya cepat sejuk bila letak dalam peti ais. Cepat boleh makan. He he he...


Kek Lapisan 2:

Biskut Oreo 1/4 baris biskut (Plastik oreo bersaiz besar – blender bersama inti putih di tengahnya)
62 gram `cream cheese’ (Jenama Tartura)
50ml `whipping cream’
Gula 1 sudu makan gula halus
Susu sejat
1 sudu makan serbuk gelatin (bancuh dengan 1/4 cawan air panas)


 
Cara-cara Memasak Kek Oreo/Lapisan Kek Ke-2:

  1. Bekas 1: Putar `cream cheese’ bersama dengan gula hingga kembang. Masukkan biskut oreo yang telah dikisar dan gaul sebatikan.
  2. Bekas 2: Putarkan `whipping cream’ bersama dengan susu sejat dan esen vanilla hingga pekat dan kembang. Jangan terlebih pukul kerana jika tidak `whipping cream’ akan jadi pecah2 teksturnya.
  3. Bekas 3: Campurkan gelatin dengan air panas dan sentiasa kacau bagi mengelakkannya bergentel.
  4. Campurkan semua bahan dalam bekas 1, 2 dan 3. Gaul sebatikan dengan pantas agar gelatine tidak mengeras dengan cepat.
  5. Susun biskut oreo (celup dulu dalam susu sejat suam selama 2 saat je!) dan susun di atas kek dengan gaya yang korang suka.
  6. Tuang dalam acuan di atas kek oreo yang telah dibakar dan disejukkan. Masukkan ke dalam peti sejuk dan tunggu 3-4 jam sebelum dinikmati. Kalau nak cepat letak je dalam freezer tempat beku tu, 20-30 minit dah sejuk giler. Ha ha ha...
Saiz hidangan untuk seorang sahaja.


# Cik Mun punya adunan untuk sebiji bekas berdiameter 5 inci dengan ketinggian 4 inci je. Kalau nak buat banyak-banayk, gandakanlah ukuran bahan-bahannya.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan