Sabtu, 20 September 2014

Singgang Ayam


 Ada yang risau kalau selalu sangat makan ayam akan jadi gemuk. Memang betul lah tu kalau tak kena gayanya dengan masakan ayam tu, memang la akan gemuk. Cuba lah kalau masak ayam singgang macam yang Cik Mun buat ini. Insya Allah kurang la sikit lemaknya tu. Sesuai sangat kalau orang yang tengah tak sedap badan/tak sihat dengan menu ni...


Masakan singgang ni pun Cik Mun baru `first time' percubaan. Orang yang bertanggung jawab memperkenalkan Cik Mun dengan ayam singgang ni ialah kakak ipar , Kak Ani. Dia memang pandai masak. Adakalanya, memang dia yang akan jadi pakar rujukan bagi Cik Mun. Terima kasih Kak Ani.

Kepada sesapa yang nak cuba masak, resepi dan bahan-bahan seperti di bawah ni...

Bahan-bahan:
  1. 350gm ayam @ agak-agak 1/6 ekor ayam
  2.  1/2 inci lengkuas
  3. 5-8 helai daun kesom
  4. Sebatang serai (dititik)
  5. 1 biji bawang kecil*
  6. 1/2 labu bawang besar*
  7. 1 ulas bawang putih*
  8. 2-3 biji cili api*
 Semua bahan bertanda * ditumbuk kasar

Cara-cara memasak:
  1. Dalam satu periuk, masukkan air lebih kurang 3 1/2 cawan. Masukkan semua bahan tumbuk dan daun kesom dan tunggu hingga mendidih.
  2.  Perasakan dengan garam atau bahan-bahan diatas secukupnya sekiranya tidak mencukupi.
  3. Akhir sekali masukkan ayam. Tunggu hingga ayam empuk, angkat dan hidangkan.

Tips:
  1.  Cik Mun suka singgang ni dengan sambal tomato.
  2.  Kalu nak pedas, boleh tambahkan cili.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan