Khamis, 24 September 2015

Somtam Betik Campur Mangga



Somtam pujaan hatiku..
Sekali pekena pasti nak lagi.
ngeh ngeh ngeh!


Cik Mun masuk pertandingan kawad yang diadakan di Pengkalan Hulu. Alang-alang dah ke san, terus masuk ke Betong, Thailand. Sempat juga shopping barang sikit2. 

Selama hari ni Cik Mun buat somtam jugak. Tapi guna kula kabung/gula biasa je. Tak sedap sangat dan tak rasa macam somtam yang dijual di kedai-kedai tomyam kat tempat Cik Mun duduk (Lawin, Gerik, Perak). 

Tergerak hati nak tanya penjual kat Betong tu pasal gula somtam. Berjaya jugak jumpa. 1 plastik yang kandungannya lebih kurang 1 kilo tu cuma beharga RM2.00 je. Rugi pulak rasanya bila balik rumah sebab cuma beli satu je. Dah la susah nak jumpa gula somtam tu dijual kat sini.

Kalau ada pun bila orang siam/pattani yang menjual barangan berjunjung kat kepala tu je. Tapi kalau diaorang datang pun hari kerja (Isnin - Ahad). Tak dapek le Cik Mun nak beli buat stok.

Harapkan gula somtam yang masih berbaki ni lagi je la kalau kempunan nak makan somtam.

Ok lah! Kepada sesapa yang nak cuba buat somtam ni, resepi dan cara-cara membuatnya sepert di bawah....



Bahan-bahannya:

1/2 biji betik tua - sagat halus

1 biji mangga muda (sangat masam)- sagat halus
1-2  tangkai kacang panjang- potong dalam 2 inci
1 biji buah tomato-potong baji
6 biji cili padi- nak pedas boleh tambah lagi
2 peket kecil udang kering - goreng dengan minyak, toskan
2 sudu kacang tanah- goreng tanpa minyak
2 sudu makan gula somtan
Sos ikan secukupnya.
2 biji limau nipis - ambil airnya.

sedikit garam (rasa dulu sebab sos ikan dan udang kering dah menyumbang banyak masin)


Cara-cara membuatnya:
  1. Masukkan cili padi dalam lesung - lenyekkan atau tumbuk manja
  2. Masukkan udang kering - tumbuk manja
  3. Masukkan kacang panjang - tumbuk manja
  4. Masukkan tomato baji - tumbuk manja
  5. Masukkan gula somtam - lenyekkan semua bahan. Masukkan sos ikan dalam 2 sudu.
  6. Masukkan asam limau.
  7. Tuangkan kesemua bahan tumbuk kedalam bekas berisi parutan mangga. Rasakan biar masin, manis dan masam secukupnya.
  8. Masa hidang, taburkan kacang tanah.
 Paling best makan somtam ni kalau ratah gitu je. Kalau nak makan ngan nasik putih pon boleh jugak. Goreng telur dadar. Konpem 2 - 3 pinggan jugak. Hehehe...(dah memang kuat makan pon!)
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan