Khamis, 3 September 2015

Bekal Sarapan pada 20.08.15

Balance kuah satay banyak lagi. Cik Mun sayang nak buat. Makanya timbul la idea buat cucur kucai+ikan bilis+taugeh ni. Letak jugak sikit mauripan. Kasi perap lebih kurang 45 minit baru Cik Mun goreng dalam minyak terendam.

Sebab buat kira-kira dalam 6-8 ketul je, Cik Mun pun goreng jugak fish cake ngan sosej sebagai teman makan. Tapi sebab dua-dua benda alah tu sedap, tu yang abis cepat tu. Tak sempat nak snap dah kena makan. Kebulur sangat time ni rasanya.

Untuk resepi tu boleh tengok apa-apa yang sama kat SINI.

Nampak macam pasembor, tapi bukan. Ekekek

Kuah biar banyak. Puas makan.

 Sesi paksa diri minum susu. Sebab nak jaga tulang dan gigi.


Ok lah tu daripada membazir kan? Pelbagaikan jenis masakan ikut apa yang ada kat dapur. Walaupun tak berapa cukup bahan-bahannya macam yang chef masak tu, tak apa, kita je yang nak makan. So, suka hati lah. Hahahaha...(sebab tu Cik Mun x jadi chef)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan