Rabu, 17 Jun 2015

Nasi Lemak Sambal Bilis Berpetai

 Nasi lemak yang menggoda

Ianya sukar ditolak!

Di Hujung minggu, Cik mun lebih suka masak semua makanan. Masak untuk sarapan, untuk makan tengah hari dan makan petang. Untuk makan malam selalunya Cik Mun akan makan semua lauk pauk lebihan masakan pada tengah hari sahaja. Manakala nasi Cik Mun akan masak semula la sebab tak selera pulak lah kalau nasi tu kalau nak makan yang dah sejuk kan.

Memang mudah kalau Cik Mun masak nasi lemak pada watu pagi. Selepas je waktu subuh tu, masuk dapur. Masak dan siap. Sambil-sambil tu Cik Mun akan defrost-kan semua bahan-bahan mentah yang nak digunakan untuk masak makan tengahhari nanti. 

Masak untuk tengah hari Cik Mun masak yang simple-simple je kalau pepagi dah bantai nasi lemak ni. Selalunya makan tengah hari ni makan lauk yang emnunya macam ikan goreng, sambal picit dan ulam rebus. Itu pun dah cukup. Anak-anak akan makan nasi lemak juga waktu tengah hari sebab memang febret diaorang ni nasik lemak. Kalau boleh sampai maam pun nak makan nasi lemak jugak. 

Ok lah. Kalu nak tengok resepi bagi menu yang biasa-biasa ni. sila lah intai-intai kat bawah ni untuk bahan dan cara memasaknya.

NASI LEMAK

Bahan-bahannya
2  cawan nasi
2 cawan air
1/2 cawan santan
1/2 inci halia (dititik sahaja)
1 helai daun pandan  (koyak memanjang dan simpulkan)
Secubit garam

Masak nasi seperti biasa dengan mencampurkan semua bahan di atas.


SAMBAL IKAN BILIS
Bahan-bahan



50g ikan bilis (goreng hingga garing dahulu dan toskan)

12-15 mata petai

asam jawa (bancuh dengan sedikit air)

1/2 sudu teh gula putih

1/2 sudu teh gula merah

8-9 tangkai cili kering*
1 sudu teh serbuk belacan*

1 labu bawang besar*

2 ulas bawang putih*
2 ulas bawang kecil*

 Bahan bertanda * hendaklah diblender/ditumbuk bersama-sama.


Cara-cara memasak:

  1. Tumiskan bahan-bahan kisar/bahan tumbuk hingga naik baunya. 
  2. Masukkan ikan bilis dan petai.
  3. Perasakan dengan garam, air asam jawa, gula putih dan gula merah.
  4. Tunggu hingga agak empuk sedikit petai dan angkat.
  5. Hidangkan bersama dengan nasi lemak.
  6. Hiaskan dengan bahan sampingan lain. Telur rebus/goreng dan sayur salad/timun segar.
Saiz hidangan adalah untuk 6 orang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan