Rabu, 24 September 2014

Baulu Cermai Dan Baulu Gelugur Tidur

 Inilah rupanya baulu cermai.

Ini pulak baulu Gelugur Tidur.

Biskut ni memang glamer bila time raya. Sebenarnya kalau beli pun RM16.00 dah boleh dapat dalam 45 biji. Tapi memandangkan Cik Mun bukan je nak 45 biji. Tapi nak pakai 200 biji. Almaklumlah. kena bagi kat 4 biji rumah. (umah mertua, umah arwah mak dan ayah sendiri, umah sendiri dan umah pengasuh anak-anak). Kalau beli je walaupun RM16, kalau dah 4 biji dah RM64 henggit. Cik Mun pun tray la buat dan kalau nak tahu, modalnya cuma RM16 untuk lebih kurang 213 biji baulu. Tapi sarang yang Cik Mun gunakan kecil sikit la berbanding dengan baulu yang dijual kat kedai tu...tapi tak kisah la janji puas hati dan sedap dimakan.

Kalau nak ikut jejak langkah Cik Mun, jadik menantu, isteri dan majikan yang baik, meh kita buat-buat rajin, buat biskut dan kuih raya sendiri. Kalau nak tahu bahan dan cara membuatnya, tengok resepi dan cara membuatnya kat bawah ni ok! Gambar pun ada sekali...

 
Arwah mak Cik Mun suka gunakan esen pisang. Cik Mun pun gunakan yang ni walaupun ada beberapa blog yang Cik Mun rujuk banyak yang gunakan esen vanila/ros. Guna 4 sudu teh je tau.

2 sudu teh Ovalet untuk menggebukan kuih bahulu.

 2 sudu teh `Baking powder'/serbuk penaik.

 1 kg gula, penyedap rasa...bakar dulu ye...

23 Biji telur. Cantik tak emosi diaorang tu?

1 kg tepung gandum. Goreng/bakar dulu ye...

Adunan yang sudah siap di `mixer'.

 Adunan yang dah siap disudukan ke dalam acuan bahulu cermai

 Adunan yang dah siap disudukan ke dalam acuan baulu gelugur tidur.

 Cik Mun bakar guna oven tua ni la... Kejap bakar kat atas, kejap tu tukar pulak bakar kat bawah. Gilir-gilir la, baru sekata masaknya.

 Minyak dan `berusnya'. Cik Mun gunakan serai sebab arwah mak Cik Mun masa kat kg dulu2 akan gunakan serai yang diketuk pada baahgian hujung ni sebagai berusnya untuk sapukan minyak.




Bahan-bahan (Dalam 213 biji) :

23 biji telur gred A
1 kg gm gula halus
4 sudu kecil esen pisang
2 sudu kecil ovalette
1 kg  tepung gandum diayak
2 sudu kecil baking powder diayak
sedikit minyak untuk sapu pada acuan bahulu
 

CARA-CARA:


1. Pukul telur dan gula sehingga kembang dan pekat.

2. Ayak tepung dan baking powder kedalam adunan yang telah dipukul dan kacau adunan dengan sudu je...

Tips 1. Sebelum bakar bahulu, isikan acuan dengan minyak dan bakar dalam oven selama 10 minit untuk memanaskan acuan dan supaya adunan tidak melekat. (Cik Mun gunakan api dapur je nak panaskan acuan. Itu pun boleh jugak...).

Tips 2. Sediakan kain yang dibalut pada kayu untuk sapukan minyak ke acuan setiap kali sebelum masukkan adunan ke acuan.

Tips 3. Bakar gula dalam oven sebentar sebelum guna sehingga agak-agak hangat dan terus tuang kedalam telur. Tips ini untuk ketahanan kuih bahulu. Tahan sehingga sebulan tanpa pengawet. Kalau tidak mahu buat cara ini, kuih bahulu boleh tahan selama 2 minggu. In sha Allah.

Tips 4. Untuk meringankan kuih bahulu, bakar tepung dalam oven/ (Cik Mun goreng tepung) .... Tapi jangan terlalu lama. Cuma sebentar sahaja dan tepung agak-agak hangat. Ini sama juga seperti kaedah orang diulu-dulu menjemur tepung.

Peringatan! Suhu bakar 180C / bergantung kepada jenis oven yang digunakan sehingga bahulu kekuningan. Bahulu naik lebih cantik jika anda 'off' kan fat oven kerana kalau anda guna fan tersebut, bahulu akan mengecut sedikit nanti dan kelihatan tidak cantik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan