Khamis, 18 September 2014

Biskut Cornflakes Coklat Berkacang Dan Kurma



Terima kasih kepada dua-dua orang insan ni yang sudi berkongsi ilmu yang Allah kurniakan.Izinkan Cik Mun rujuk dan paparkan resepi korang kat blog Cik Mun ye... tapi sebenarnya tak adalah Cik Mun ikut sebijik2. Banyak yang diubah ikut bahan-bahan dan kesedapan tekak sendiri.


Sumber 1: kak Nor Secubit garam
Sumber 2; http://ninazsyafinaz.blogspot.com  

Untuk mengetahu lebih lanjut bahan-bahan dan cara membuatnya, rujuk seperti di bawah ni...

 cornflakes Cik Mun guna 1 kotak. dalam 325gm la jugak. Yang hitam-hitam sikit tu sebab ada buah kurma sikit2.

 Kacang tanah ni lebih kurang dalam 150 gm je..Kalau nak lebih pun boleh jugak...Goreng dan buang kulit dulu ye.(Kacang tanah ni balance Cik Mun buat biskut mazola...sayang nak buang.)

 Kurma Al-Wasem... Cik Mun guna lebih kurang dalam 10-15 biji je... naklebih pun tak apa...Ikut suka...

 `Of course' la  kena ada `cup' kecil ni.. Rasanya kalau warna hitam lagi cantik kot?

 Coklat masakan. Cik Mun gunakan 675gm. Lebih kurang 1 1/2 bar coklat masakan la. kalau nak jimat pun boleh jugak, campur je dengan `shortening' dan `butter'. Tapi Cik Mun tak nak buat cam gitu sebab nanti kurang la rasa coklatnya. Rasa berlemak je.. sebab `shortening' tu kan lemak sayur...

 `Last but not least', campakkan semua bahan ke dalam coklat. Kacang tanah, kurma dan cornflekes. Gaulkan semuanya sampai bersalut dan sebati.

 Lepas tu, sudukan ke dalam cup-cup yang comey lote tu. Tunggu hingga sejuk tapi kalau nak cepat, letak dalam peti ais tempat `frozen' tu. Kih kih kih.

Dah siap letak terus dalam balang kuih raya. Malam raya nanti tak ada la nah sibuk nyusun kuih berbagai. Yang balance tu letak je dalam bekas kedap udara yang tak cantik pun tak apa. Hahahaha...


Bahan-bahan ( lebih kurang 83 biji )
( Menghasilkan lebih kurang 150 biji)

1 kotak besar cornflakes (325gm)
10 - 15 biji kurma (potong kecil-kecil)
150gm / 2 genggam kacang tanah (hancurkan tetapi jangan terlalu lumat).
1 sudu besar gula pasir
1 sudu besar `shortening’ / lemak sayur – x letak pun x pe...
675gm  coklat masakan

Manik hiasan bewarna warni
papercup secukupnya

Cara Membuat



1. Panaskan  `shortening’, gula dan coklat dalam bekas dengan teknik `double boiler’ hingga semua bahan-bahan cair.

2.         Padamkan api dan kacau hingga cair dan masukkan cornflakes, badam dan kacang tanah.Gaul hingga sebati.

3. Terus isikan kedalam papercup dan tabur manik hiasan semasa coklat masih cair. (Kalu dah kering dah tak nak melekat manik tu).

4. Sejukkan sebelum diletakkan ke dalam bekas kedap udara.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan