Khamis, 20 Februari 2014

Nasi Tomato


Semalam kerja Cik Mun dalam dalam pukul 6.00 petang. Tak tahu apa yang nak dimasak. Dalam fikiran memang dah tahu ada ayam yang berbaki. Masa kat dalam kereta `on the way' balik rumah dari rumah pengasuh tu sempat `interview' anak sulung, Abang Iskandar, dia nak makan apa. Cik Mun beri pilihan nak makan nasi lemak ke ataupun nasi tomato. Nasi tomato pilihannya. Memang berbaloi la Cik Mun buat sebab dia dengan anak ke dua Cik Mun, Adik Iman pun makan seorang sepinggan nasi. Sambal/kuah tomato yang Cik Mun buat pun memang tak pedas. 



Dan yang paling Cik Mun tak sangka, Iskandar siap makan acar buah lagi. Tapi dia cuma makan ubi sengkuang saja. Sebab rangup. Sedap katanya. Sebab tu lah Cik Mun tak gunakan nenas, sebaliknya gantikannya dengan sengkuang memandangkan sengkuang kekal kerangupannya,
sesuai dengan timun. Jika nenas yang digunakan, ianya akan lembik dan 
Cik Mun sendiri pun kurang sukakan nenas.


Ok lah. Panjang sangat membebel. Jom tengok bahan dan cara memasaknya.



Bahan-bahannya

Bahan-bahan Untuk Nasi

2 cawan nasi (basuh dan toskan airnya)

1-1/2 cawan air biasa
1 helai daun pandan
1/2 inci halia*
1 ulas bawang kecil*
1 biji bawang merah*
3 sudu minyak sapi
1/4 tin susu cair/susu sejat
4 sudu tomato paste
1/4 kiub ayam
1 sudu teh garam
Buah kismis
Kacang pis (Cik Mun tak letak sebab tak ada)


Cara Memasak Nasi

  1. Menggunakan minyak sapi, tumiskan bawang bahan tumbuk bersama dengan daun pandan, bunga cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang hingga naik baunya.
  2. Masukkan beras dan goreng sebentar hingga kering air pada beras.
  3. Masukkan dalam periuk/`rice cooker', masukkan air biasa, susu cair/susu sejat, tomato `paste', kiub ayam, garam, buah kismis dan kacang pis (jika nak letak)
  4. Masak seperti memasak nasi biasa hingga masak.

Bahan Ayam Masak Tomato

8 ketul ayam
10-15 biji cili kering*
1 biji bawang besar*
2 biji bawang kecil*
1 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
6 sudu pate tomato
garam secukup rasa
perasa/kiub ayam (optional)
2 sudu gula  putih


Cara Memasak Ayam Masak Tomato

  1. Lumurkan ayam dengan garam dan kunyit, goreng hingga kulit ayam separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Menggunakan minyak yang sama (anggaran 8 sudu), tumis semua bahan `blender' hingga naik baunya/cili betl-betul masak.
  3. Masukkan tomato `paste', perasa, gula putih dan garam secukupnya.
  4. Akhir sekali masukkan ayam.
  5. Siap dihidangkan.

Acar Buah Segar

1 biji timun muda*
1 biji ubi sengkuang*
1 biji bawang merah*
1 inci karet*
1 biji cili besar merah
2 sudu cuka makan
2 sudu gula


Bahan bertanda * potong halus


Cara Membuat Acar Buah Segar


  1. Timun, sengkuang, bawang merah dan cili besar dipotong nipis.
  2. Gaulkan dengan cuka dan gula.
  3. Siap dihidangkan bersama nasi tomato dan ayam tomato.
Saiz hidangan untuk 4 orang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan