Khamis, 13 Februari 2014

Bunga Matahari Kecil Di Bucu Kakilima Rumahku

Bunga matahari kecil. 
`Cute' sangat bila dah berbunga. `Husband' Cik Mun tanam kat dalah `box' kekal di tepi bucu kaki lima rumah kami.

Mula-mula tu Cik Mun rasa pelik je bila `husben' nak buat `box' tu. Sebab tak pernah dibuat orang dan tak praktikal pun dalam bidang kejuruteraan. Tapi memandangkan `mr husben' berkeras jugak nak buat, Cik Mun biarkan je lah walaupun tak setuju.

Tapi dalam diam-diam tak suka, bila dah tumbuh subur dan `start' berbunga je pokok bunga matahari tu baru Cik Mun rasa gembira dan `feel' tak setuju tu hilang.

Dan hasilnya,
..................Tada.....................
Kasi `close-up' sikit.


Yang `best' nya, bunga ni tahan lasak. Kalu malas nak siram seminggu pun tak mengapa kerana ianya masih akan segar bugar. Cik Mun pun ada tanam bunga ni kat lerang bukit tepi rumah untuk nak `cover' tanah daripada terhakis dek air hujan.  Kalau ada masa nanti Cik Mun akan `update' kan entri pasal bunga matahari kat lereng bukit pulak. Insha Allah!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan