Sabtu, 6 Disember 2014

Kek Ubi Kayu Pemanggang Ajaib Ikan

Kek Ubi Kayu Yang Sedap dan Rangup je..

 `Close Up' Sikit!

 Hasil bakaran kek dari Pemanggang Ajaib Ikan.

 
 Wajah kek sebelum dibakar

Cik Mun ni kalau duduk kat rumah tu bukannya boleh duduk saja-saja. Mesti nak kena buat sesuatu untuk hilangkan rasa boring. Anak-anak dah besar, kuat makan dan lepas tu takdenya nak layan Cik Mun sangat. Asyik buat hal sendiri saja. 

Kalau nak peluk. cium pun diaorang dah tak nak. Tu lah yang Cik Mun pun buat hal sendiri juga, bawak diri, masak je kat dapur.  Dah penat karang baru le baring-baring kat depan tv... Tengok la cerita kartun yang ntah apa-apa tu. Layan jer lah sebab bila anak ada kat rumah, diaorang lah `the boss'

`Entry' kali ni Cik Mun masukkan resepi Kek Ubi kayu yang Cik Mun buat minggu lepas. Ubi kayu ni sebenarnya dah lama terseimpan dalam peti sejuk kat tempat freezer tu. Alang-alang mengemas peti sejuk, perabihkan apa yang ada. Kan dulu ada kat dalam `entry' Cik Mun pasal `husband' yang mengemas semua pokok-pokok kat belakang rumah. So, ubi kayu ni kira hasil tanaman dari kebun herba kat belakang rumah Cik Mun la...

 Kalau nak cuba, resepi dan bahan-bahan seperti kat bawah ni...


Bahan-bahannya

250 gram ubi kayu (sagat kecil-kecil dan toskan airnya)
250 gram gula putih
250 gram tepung gandum
1 sudu teh soda Bikarbonat
1 sudu teh baking Powder
Telur 5 biji (Gred A)
2-3 titik esen vanila
Sedikit pewarna kuning (Yellow Egg)


Cara-cara Membuatnya

1. Satukan semua bahan.
2. Pukul hingga kembang dan masukkan esen vanila
3. Masukkan dalam Pemangang Ajaib Ikan (Isi 2/3 penuh je...)
4. Bakar kira-kira 8-10 minit dengan api kecil (bergantung kepada jenis dapur/api korang)
5. Buat lah hinga semua adunan siap dibakar ye... 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan