Sabtu, 28 November 2015

Stok Paste Masak Sambal `Hommade'

Pandainya dia beratur setiap minggu


Salam selasa. Dah Hari Selasa baru Cik Mun nak update pasal entry ni.  Pasal sambal yang Cik Mun buat untuk frozenkan dalam peti sejuk beku. Buat dalam anggraan 3 mangkuk/ tupaware lutsinar tu dan boleh tahan sampai 2 minggu/ (bergantung pada tahap penggunaannya). Nak resepi jugak ke?


Macam ni je:

250gm cili kering,
3 biji bawang besar,
asam jawa (ambil perahan airnya sahaja)
7 sudu makan gula putih
2 dudu makan gula merah/gula perang
garam secukupnya
perasa (optional) - Cik Mun tak letak
Minyak secukupnya untuk menumis


Cara-caranya:

  1. Potong cili kering dan ayak untuk buang semua bijinya dan rebus hingga kembang.
  2. Blender bersama dengan bawang besar dan air perahan asam jawa dan sedikit minyak (1 sudu makan) -
  3. Tumiskan dengan minyak hingga garing/kering kuahnya.
  4. Masukkan garam dan gula secukupnya.
  5. Masak hingga betul-betul masak/hingga kuah kering sedikit.
  6. Tuangkan dalam bekas bertutup  dan simpan dalam peti ais tempat dingin beku.

* Tips:
  1. Cik Mun suka letak 1 bekas di tempat biasa supaya bila nak pakai tak perlu nak defrost dulu.
  2. Untuk yang lain-lain yang tak konfirm nak pakai tu, letakkan di tempat dingin beku. Baru lah tahan sampai berbulan-bulan. Tapi tak ler samapai tahap berbulan-bulan pon sebab dalam 2-3 minngu pun dah habis...ngeh ngeh ngeh! 
  3. Cik Mun masukkan minyak masa blender tu sebab nak hancur lumatkan semua biji cili tuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan