Isnin, 21 April 2014

Kek Coklat Moist Cheese Leleh Simple Tapi Sedap

Menerima kunjungan dari Kak Na dan Adik Munirah pada Hari Rabu yang lalu. Dah hampir sebulan tapi entri ni baru Cik Mun nak `post' kan dalam blog.


Dengan kelazatan coklat yang lemak sedap giler ditambah dengan keenakan cheese yang meleleh!


Ada pulak tu pelakon tambahan (Anak teruna Cik Mun dengan diapit oleh makcik Munirahnya yang asyik ada kek je.. `birthday' dia, ada kek je.. `birthday' dia, asal `birthday' dia je... ada kek! Bosan tul!


Tak pe lah. Kalu nak `try' test buat, resepi macam kat bawah ni...


Bahan A
Campur dan gaul ratakan. dalam satu bekas

1 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk coklat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
 
 
Bahan B
1 cawan gula putih (Cik Mun letak 3/4 cawan je...)
1 cawan  susu pekat
1 cawan susu cair (susu sejat)
1 cawan minyak masak/mazola
1 sudu teh garam
2 biji telur gred A (pukul sikit dengan garpu sebelum masukkan)
 
Hiasan:
 
Buah anggur tanpa biji.
Bunga kek
Adunan cheese (jenama tartura)
                    (100gm cheese + 10ml susu cair + gula secukup manis dan putar hingga kembang + 1 
                     sudu jus limau)
 

Cara-cara memasaknya
  1. Campur semua bahan B dan sebatikan. Masukkan bahan A sikit demi sedikit.
  2. Campurkan kesemua bahan A dan bahan B dan tuang ke dalam bekas aduan. (Cik Mun guna acuan bulat berdiameter 7 inci)
  3. Kukus selama 50 minit hingga sejam / bergantung kepada saiz acuan yang korang gunakan.
  4. Angkat dan sejukkan sebelum dihiaskan dengan adunan cheese leleh, bunga kek danbuah anggur.



Sabtu, 19 April 2014

Nasi Kiub Goreng Basah

Daripada Cik Mun membazir, baik Cik Mun buat masakan yang lain sikit. Kiub nasi ni Cik Mun masak sebelumnya masa bakar satey. Ada lebihannya dan Cik Mun teringat nak masak macam Cik Mat Gebu masak. Tapi tak le ikut 100% resepi sebab Cik Mun cuma ambil ideanya saja.... (Minta izin ye Cik Mat Gebu)Kalau nak tengok lebih lanjut boleh rujuk Dapur Tanpa Sempadan, laman mat gebu, blogger masakan yang amat terkenal tu...

Ini close-up nya. kalau nak cuba buat versi Cik Mun, resepi bahan-bahan dan cara memasaknya seperti di bawah ni.


Bahan-bahan

210gm bihun
2 keping` fish cake'
Daun bawang
Daun sup

2 biji bawang kecil*
2 ulas bawang putih*
8-10 ekor ikan bilis*
5biji cili kering* boleh tambah lagi jika mahu lebih pedas

Semua bahan bertanda * ditumbuk hingga lumat


Bahan sos

2 sudu besar tomato paste
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap pekat
1/2 sudu besar gula putih
1/2 sudu teh gula merah
1/4 kiub ayam maggie
Garam secukup rasa
Minyak 3 sudu besar


Cara-cara memasak:


  1. Goreng` fish cake' dan ketepikan.
  2. Tumiskan semua bahan tumbuk hingga naik baunya.
  3. Masukkan semua bahan sos dan air (anggaran 1 cawan/150ml) untuk melembutkan bihun.
  4. Masukkan bihun dan sebatikan dengan semua bahan-bahan.
  5. Akhir sekali, taburkan daun bawang,daun sup dan `fish cake'.
  6. Sedia dihidangkan.

Saiz hidangan untuk 2 orang.