Selasa, 4 November 2014

Bunga Matahari Kecilku...

Bunga matahari disamping batu yang hodoh.

Bunga matahari ni Cik Mun tanam sebab nak tenggelamkam batu yang hodoh tu. Besar sangat batu tu, dan kalau dibiarkan nampak usang sangat halaman rumah. Alkisahnya batu tu wujud masa roboh rumah lama untuk buat yang baru. Tapi tak pulak dikemasnya batu ni dan sekarang ni buat semak mata memandang je..Dah suruh `mr husband' angkat pun tak termampu dia. Cik Mun pun tak berani la nak mengangkat benda-benda yang berat. Sayang badan la katakan...Kalau sakit nanti kan susah...
 
Buat masa ni ini sajalah bunga yang ada. Lebih kurang 15 pokok gitu.. Nak tengok, sampai berapa lama pokok ni boleh `survive' dek `dipotong kerana terpotong' masa `mr husband' mesin rumput. Nak juga tahu berapa lama pokok ni `survive' tanpa Cik Mun siram. ( Ha ha aha.. sebab sekarang ni musim ujan.) kalau malas pun kira bunga segar dan `steady, lagi .

Lepas ni nak ambil benihnya. Nak tanam banyak-banyak dalam pasu kecil dan susun kat semau tempat. Hahahaha.....Mu a hahaha...





Tiada ulasan:

Catat Ulasan