Selasa, 18 Mac 2014

Kek Cheese Lapis Coklat Kacang Bermentega Dengan Pemanggang Ajaib Ikan

Kek Cheese Lapis Coklat Kacang Bermentega Dengan Pemanggang Ajaib Ikan. Hebat tak nama resepi ni...? Hebat dan panjang. Tapi jangan risau, senang saja nak membuatnya.
Kek lapis ni Cik Mun buat saja je sebab nak alang-alang je nak menghabiskan coklat kacang bermentega yang Cik Mun buat.Untuk resepi coklat kacang mentega lain kali Cik Mun akan share resepinya ok...Tapi kalau tak nak letak Coklat kacang bermentega punya inti pun ok. Gantikan dengan fiiling lain yang korang suka. `be creatif and inovatif' ok...Kat dapur ni kena ber eksperimen sikit baru best memasak!


Kek ni gebu sangat. Bagi penggemar-penggemar cheese macam Cik Mun ni boleh lah cuba buat. Percayalah! memang sedap ..
Cuma satu je Cik Mun nak pesan, kalau nak potong, tunggu kek sejuk dan gunakan pisau yang tajam. Kalau tak, comot macam kek Cik Mun ni lah.


Kalau nak cuba, resepi dan bahan-bahannya seperti di bawah:


Bahan-bahannya:

83gm tepung
83gm marjerin
50gm gula halus
2 keping cheese (Cik Mun guna  Melbourne cheese/ apa-apa pun boleh)
1 biji telur ayam gred A
1 sudu ovalette
1 sudu `baking powder'
1/4 tin susu sejat
1 sudu susu pekat


Cara-cara Memasaknya:
  1. Pukul gula, ovalette, merjerin dan telur hingga kembang. 
  2. Masukkan tepung (yang digaul bersama dengan `baking powder') secara berperingkat dengan diselang selikan dengan susu sejat dan susu pekat.
  3. Bahagikan kepada 2 adunan. Bakar secara berasingan dengan menggunakan Pemanggang Ajaib di atas api dapur biasa selama 8 minit. (4 minit sebelah bawah dan 4 minit sebelah atas).
  4. Ulangi bakar bagi adunan ke dua hingga masak.
  5. Angkat dan lepakan dengan coklat kacang bermentega, tutupkan dengan lapisan kek yang satu lagi.
  6. Potong menjadi 4 segi dan susun secara bertingkat setinggi mana dikehendaki.
Saiz hidangan untuk 3 orang.



Cheese yang Cik Mun gunakan:

Cik Mun pukul sendiri guna tangan, sebab bancuhan sikit sangat. Kalu nak buat banya-banyak tu, gandakan bahan-bahannya dan gunalah mixer untuk lebih mudah ye...




Ni pula gambar kek selepas dbakar, masih dalam pemanggang ajaib ikan lagi...


Sejukkan dahulu agak-agak suam-suam kuku sebelum disapu dengan inti pilihan. Cik Mun pilih Coklat Kacang Bermentega yang Cik Mun buat sendiri. Kalau nak guna lain-lain inti pun boleh...




Ini pula gambar Coklat Kacang Bermentega

Resepi bagi Coklat Kacang Bermentega:

Bahan-bahannya:
Sorry Cik Mun dah tak ingat sukatannya. Ikut suka ikut rasa ok...

Serbuk coklat

Susu pekat
Kacang tanah (digoreng dahulu dan diblender halus)
Minyak jagung
Secubit garam

Cara memasaknya:



Humban semua bahan dalam kuali, adjust rasa dan warna sepertimana dikehendaki.
Masak lebih kurang hingga semua bercampur dan mendidih.
Angkat dan layerkan pada kek kat atas tu.


Semoga dengan gambar-gambar yang dipaparkan ini dapat menerangkan dengan lebih jelas berkenaan proses kek lapis `step by step' hingga akhir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan