Khamis, 29 Ogos 2013

Sayur Pucuk Paku Goreng Belacan

Dalam banyak-banyak sayur yang menjadi kegemaran Cik Mun ialah pucuk paku. Sedap dimakan. Nak goreng ke, rebus dan jadikan sebagai ulam cincah ke... apa-apa pun boleh. Ni Cik Mun nak kongsikan resepi pucuk paku goreng belacan.



Bahan-bahannya:

Secekak pucuk paku
1/3 genggam ikan bilis*
3-5 tangkai cili kering (nak pedas boleh tambah lagi)*
3 ulas bawang kecil (merah)*
2 ulas bawang putih*
1 sudu teh belacan*

Semua bahan bertanda * ditumbuk bersama-sama.


Cara Memasak: 

  1. Tumiskan semua bahan tumbuk.
  2. Setelah itu masukkan pucuk paku yang telah dipotong dan perasakan dengan garam. (Kurangkan garam kerana ikan bilis pun telah menyumbangkan rasa masin kepada sayur dimasak)
  3. Masukkan sedikit air sebagai kuah. 
  4. Tunggu hingga sayur empuk. Angkat dan hidangkan.
Saiz hidangan adalah untuk 3 orang.


Petua: 

Bagi orang yang sakit urat tapi nak makan juga pucuk paku ni, tambahkan sedikit lada hitam bagi mengurangkan kesan sejuk/sakit urat.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan