Selasa, 24 Februari 2015

Daging Masak Hitam ` NUMBER ONE'

Gambar 1 : Daging Masak Hitam kegemaran Iskandar Ibad

Ada tak di kalangan kengkorang ni yang teringin sangat nak masak sesuatu benda yang anak ataupun suami suka makan. Tapi tak tahu nak buat benda/rempah asasnya? Kalau ada..sama la macam Cik Mun ni. Ada la satu hari tu Cik Mun pergi rumah kakak, anak Cik Mun yang sulung tu suke benor makan daging masak hitam yang dimasak kakak. Yang ada pun sikit sangat, berebut pulak la dengan sepupunya.. malu Cik Mun bila dia nangis-nangis nak jugak....

Gambar 2 : Yang sebijik besar tu kentangnya...
Makanya, Cik Mun pun cubalah juga membuat masakan kegemaran Iskandar Ibad, dalam masa yang sama cuba untuk kurangkan pedasnya sebab kesian... budak-budak nak makan kan.. biar lah kurang pedas dan di pun boleh nak makan banyak...
Gambar 3 : Rempah `ready mix'. Kabur sikit gambarnya. Almaklumlah, Cik Mun ni `jurugambar professional' la katakan...
Dan tanpa berahsianya.. Cik Mun nak bagitau yang Cik Mun ni tak pandai pun nak buat rempah masak hitam sendiri... dan kalau pandai pun malas sikit nak buat sebab ada yang senang....`Rempah Masak hitam One' ni la yang Cik Mun gunakan. Alhamdulillah... bukannya nak `promote'... (sesen pun tak dapat), tapi kalau benda bagus apa salahnya berkongsi kan...? Inya kurang pedas dan bukan saja rempah ni boleh buat masak hitam daging/ayam, malah boleh guna untuk buat pajeri nenas/terung jugak. `Best' kan?

Kalau nak tahu cara memasaknya, (yang Cik Mun tiru cara buat dari paket yang ada tulis di belakangnya...) tengok la macam kat bawah ni ok....


Bahan-bahannya:

250 daging lembu (jenis batang pinang. -potong nipis-nipis)
1 sudu makan rempah masak hitam ( Cik Mun guna jenama `ONE'-lain-lain jenama pun boleh)
1 biji kentang (potong 4)
1/4 inci halia *
2 ulas bawang putih *
2 ulas bawang merah *
1 biji bawang besar (kisar/tumbuk halus) **
1 sudu makan kicap pekat **
Kicap manis (cap kipas udang) **
Air asam jawa secukupnya **
3 sudu makan kerisik **

Perasa (`Optional') **
Minyak secukupnya untuk menumis

Perapkan semua bahan bertanda ** lebih kurang 10-15 minit. Ketepikan.




 
Cara-cara memasaknya:


  1. Tumiskan dengan semua bahan bertanda * hingga naik baunya/garing
  2. Masukkan bahan yang diperap, kentang dan air secukupnya sebagai kuah.
  3. Tunggu hingga daging dan kentang empuk. Tambah apa-apa yang perlu untuk seimbangkan rasa.
  4. Siap dihidangkan bersama lauk-lauk lain/nasi panas.
Saiz hidangan : 6  orang makan.



Ahad, 22 Februari 2015

Biskut Semperit Simple Sedap

Bekalan siap untuk ke tempat kerja. 12 biji...? cukup la tu. karang kalau makan banyak-banyak kalori pulak....nanti gemok...

Menjelang Hari Raya Cina ni... teringin pulak Cik Mun nak buat biskut raya. Masa Raya Puasa tahun lepas, memang biskut semperit ni salah satu daripada list biskut yang Cik Mun nak buat. Tapi memandangkan banyak sangat biskut raya yang ada (sebab ada juga yang beli selain dari buat sendiri), makanya, tak buat le biskut ni.

Ini untuk dibakar menggunakan Pemanggang Ajaib Ikan.

Untuk mencuba pelbagai kelain dan membuat eksperimen juga, Cik Mun membakar biskut ni menggunakan 2 versi. Ada adunan biskut yang dibakar menggunakan Pemanggang Ajaib Ikan dan ada juga yang dibakar menggunakan oven. Hasilnya berbeza -beza.

Dulang ini untuk dibakar menggunakan avon kecil Cik Mun tu...
 Yang Cik Mun bakar menggunakan Pemanggang Ajaib Ikan tu bawahnya masak ok, tapi yang dalam dan atasnya kurang  masak/masih basah. Kecewa betul Cik Mun.

Siap diangkat dari dulangyang paans, serapkan dulu biskut dengan tisu dapur..

Sudahnya, yang dibakar menggunakan oven jugalah yang masak menjadi kesemuanya, Alhamdulillah, selamat adunan seterusnya daripada tak menjadi biskut yang diidamkan.

Gambar ni sebagai buti, memang Cik Mun buat sendiri biskut ni... ha ha ha...

Kalau ada sesiapa yang nak cuba buat biskut Semperit Cik Mun ni, bahan-bahan dan cara-cara membuatnya seperti di bawah ni...


Bahan-bahannya:

1 1/2 biji butter
1 cawan gula (blender hingga halus dahulu)
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung kastad
3 titik pewarna kuning (kod `yellow egg')
2 biji kuning telur (gred c)
Pewangi (Cik Mun guna pewangi pisang sebab vanila dah abis)

Hiasan : Buah ceri yang dipotong kecil-kecil.

Cara-cara membuatnya:

  1. Dalam satu bekas, satukan butter, gula dan telur. Pukul dengan `mixer; hingga adunan kembang. (lebih kurang 5-10 minit)
  2. Masukkan tepung kastad dan tepung gandum secara berselang seli.
  3. Masukkan adunan ke dalam acuan dan bentukkan hingga menjadi seperti bunga dahlia/semperit.
  4. Letakkan hiasan biskut dengan menggunakan buah ceri.
  5. Bakar menggunakan avon dengan suhu 170 darjah celcius selama 8-10 minit. (bergantung kepada jenis oven)
  6. Angkat dan sejatkan di atas tisu dapur sebelum disimpan/dihidangkan.

Saiz hidangan : 85-95 biji. (bergantung kepada saiz biskut yang dibentuk)