Selasa, 4 November 2014

Bunga Matahari Kecilku...

Bunga matahari disamping batu yang hodoh.

Bunga matahari ni Cik Mun tanam sebab nak tenggelamkam batu yang hodoh tu. Besar sangat batu tu, dan kalau dibiarkan nampak usang sangat halaman rumah. Alkisahnya batu tu wujud masa roboh rumah lama untuk buat yang baru. Tapi tak pulak dikemasnya batu ni dan sekarang ni buat semak mata memandang je..Dah suruh `mr husband' angkat pun tak termampu dia. Cik Mun pun tak berani la nak mengangkat benda-benda yang berat. Sayang badan la katakan...Kalau sakit nanti kan susah...
 
Buat masa ni ini sajalah bunga yang ada. Lebih kurang 15 pokok gitu.. Nak tengok, sampai berapa lama pokok ni boleh `survive' dek `dipotong kerana terpotong' masa `mr husband' mesin rumput. Nak juga tahu berapa lama pokok ni `survive' tanpa Cik Mun siram. ( Ha ha aha.. sebab sekarang ni musim ujan.) kalau malas pun kira bunga segar dan `steady, lagi .

Lepas ni nak ambil benihnya. Nak tanam banyak-banyak dalam pasu kecil dan susun kat semau tempat. Hahahaha.....Mu a hahaha...





Ahad, 2 November 2014

Bunga Pagar Si Bunga Ixora...

Bunga Pagar Cik Mun.

Bunga pagar ni renek je.. dah lama tanah. rasanya dah hampir setahun. Tapi masaih berkeadaan renek macam ni. Memang masa Cik Mun beli nakkan yang renek cam gini. Tapi terlalu renek sampai rasanya macam tak naik-naik. Apa pun.. Cik Mun tetap seronok bila tengok bunganya yang kembang mekar mancantikkan pemandangan rumah.

Leps ni nak semai lagi dalam poli beg. Ada jiran yang bertanya nak buat benih katanya. Takpe.. Cik mun kasi `free' je lah walaupun Cik Mun sendiri kena beli RM12.00/beg. Tolong menolong ni dapat pahala. Esok2 kalau Cik Mun ada berkenan bunga kat rumah diaorang pulak, Cik Mun mintak pun diaorang kasi je..